Sabtu, 26 Disember 2015

Melaka 24DEC 2015

Tahun ni mula-mula planning nak pegi Bukit Gambang Resort.
Aku dah pun booked homestay dekat sana,tapi memandangkan hujung tahun selalu banjir,kitaorang cancelled kan trip ke Bukit Gambang tukar ke Melaka.(lagi sekali).
Nasib baik tuan rumah homestay tu bagi refund deposit,mungkin sebab aku cancel awal kot,sebulan sebelum tarikh check in.
Makanya misi mencari homestay kat Melaka pulak,decide duduk dekat Afamosa sebab ada bungalow 4 bilik,so cukup-cukup untuk kitaorang.Pastu aku nak ahli rombongan tengok animal parade.
Booked dekat villa D'FARO.Rumah so-so je,tuan rumah okay.Yang tak okay kebersihan toilet,toilet berdaki,pintu dah reput kat bahagian bawah.Lepas tu pencahayaan kurang.Malap je bilik,rasa nak marah je,gelap-gelap macamtu,Lepas tu tuan rumah tak provide tuala and toiletries,kalau dia beritahu awal-awal senang boleh bawak sendiri,ni tak dah nak check in baru dia bagitau.Kena la membeli tuala dengan sabun mandi.Harga rumah ni baper ke...RM850 rasanya untuk 1 malam.Tak ingat dah

Itinerary
Day 1-Bertolak dari rumah pukul 6.30pagi,jumpa ahli rombongan yang lain dekat Jejantas Sg Buloh.
Kitaorang breakfast dulu.Nasib baik tak sangkut dekat sini macam ada sekali haritu,sangkut sampai 2 jam kat sini....ggggrrrrrr.Kesilapan haritu adalah makan kat kedai yang kena order makanan.Kali ni makan kat gerai yang makanan dia dah tersedia.So cepat la siap.
Sampai kat Melaka dalam pukul 9.30,terus mencari lokasi rumah terbalik.
Tiket masuk RM15 untuk dewasa kanak-kanak RM10.Rumah terbalik ni tak best langsung!!!sebab...
dahla kecik dia cuma ambil 2 lot kedai,sempit...nak possing pun susah,membazir sangat rasanya.Kejap je dalam tu kitaorang pun keluar,tak berbaloi langsung beratur kat luar tu sampai sejam,kat dalam tu hampeh je.
Dah keluar dari situ menuju ke klebang plak,niat hati nak tengok Bustel,dah sampai kat Dataran tu tapi tak nampak pun bustelnya,ntah kat mana ntah,yang nampak nya buslet(aku bagi sendiri nama ni-Bus+toilet) apa yang special kat dalam ni aku pun tak tau,nak masuk kena bayar RM1,tak kuasa aku.
Tak nampak bustel,jadi kitaorang pun makanla-punyal mahal makan kat sini kena sampai RM80.
Yang ni mak yang belanja.Padahal makanan simple-simple je,bukannya ada nasi berlauk ke apa ke.Lepas makan kitaorang bergerak ke AFamosa resort.Nak check in dah,mak pun dah tak larat,dah macam-macam complaint keluar dari mulut mak.
Sampai kat bungalow,budak-budak dah buntang biji  mata tengok swimming pool,semua sibuk nak berendam la tu.
Makan malam kitaorang tapau je,takut tak sempat nak mengejarkan animal parade,taule ahli rombongan ramai bebudak,macam-macam ragam.
Lepas Magribh siap-siap terus menuju ke animal parade,hujan boleh dikatakan lebat jugak,tapi nasib baik diorang provide baju hujan,tapi baju hujan yang nipis je tu,jadila...tapi kesian kat budak-budak takut demam.
Show ni dah makin tak best,ini entah kali yang keberapa aku tengok,yang ni la paling tak best,animal yang buat parade dah kurang,masa first time aku tengok,harimau,gajah ada buat parade,yang terbaru ni takde pun.Animal yang biasa-biasa je,tak taule kot pasal hujan ke.Pastu yag red indian show pun dah tak best.Mungkin untuk first timer ok la kot.Pastu mc dia pun tak  "sehappennig" yang dulu.
Dulu dia seorang je yang handle tapi rasa best,yang ni sampai 2 orang tapi kurang happening.
Overallnya AFAMOSA ni makin tak best.
Lagi satu surau dia...........sedih sangat tengok......tak layak digelar surau pun,dahla tersorok,kotor...siap ada busut lagi dalam surau tu.
Habis bebel pasal AFAMOSA dah.

Day 2-Pagi kitaorang tapau jugak breakfast,senang...makan je kat rumah tu,lepas makan masuk swimming pool kejap,lepas tu siap-siap nak check out.Kitaorang check out awal sebab nak pegi taman rama-rama,ada request dari ahli rombongan.Aku dengan mak bayar tiket masuk,tapi kitaorang melepak je dekat cafe diorang,tak larat nak bawak AH jalan kat dalam tu,biar abang jalan dengan abah dia je.Lepas keluar dari taman rama-rama terus gerak balik ke kampung.
~~~~Selesai trip 2015~~~~





Ni buaya kat taman rama-rama









Mak happy dengan cucu-cucunya




Ni semua gambar-gambar homestay yang kitaorang stay.










Ahad, 30 Ogos 2015

SG KLAH

Macam tak tau nak pergi mana,terdecide nak pergi sini,dah lama dah sebenarnya teringin nak check in kat sini,dari masa mula-mula tengok kat tv1,lama dulu...dengan mak.Aku jugak nak bawak mak datang sini.
Maka terjadila short trip ke sini,bersempena birthday HA.
Aku book villa -villa ada private jakuzi.Memang best berendam dengan air panas.
Ruang tamu

Dekat jakuzi




Ini namanya "kerusi air"-terpengaruh dengan cerita Hagemaru

Berendam

Ini bilik air kat dalam,luas gila bilik air dia


Jumaat, 21 Ogos 2015

SURVEY TADIKA

Dah start cari tadika untuk MA.Banyak jugak yang ada kat area-area rumah aku ni,dah dapat dalam 6-7 tadika,tapi ada yang berkenan ada yang tak,ada yang yurannya mahal sangat,ada yang tempat tak berapa strategik.Ada yang murah,tapi aku tak berkenan dengan pengetuanya-banyak cakap,susah nak berhenti.First time aku call haritu aku nak tanya details pasal tadika dia,dia punya cerita,sampai aku kena tinggikan suara untuk letak phone...perhggggghh!!Tu baru first time...kalau dah lama tu tak tau la camner agaknya.Tapi tempat dia la yang paling murah.

Inilah hasil pencarian di google:
1)Tadika Naluri Bestari 012 2475723-dalam pertimbangan
2)Tadika Aisyah-dalam pertimbangan
3)Ar Razi-out
4)ABS-dalam pertimbangan-0176105134
5)LC-pertimbangan untuk umur 6 tahun
6)Islam Bestari-out
7)Q-dees-out jugak.
8) Titian Ilmu-reject awal-awal

Tinggal 3 yang dah di shortlistedkan,aku rasa macam nak ABS,Has pulak nak aisyah.
Tadika Aisyah-aisyah aku kurang berkenaan dengan konsep dia sebab
 1)Lepas 11.30am diorang bawak budak-budak balik rumah cikgu.Rumah ni ada
kelulusan JKM tak?kalau waktu kecemasan,camner dia nak handle budak-budak ni.Turun tangga 14 tingkat? Keselamatan dekat balkoni.
Berape orang yang akan disumbatkan dalam rumah yang berukuran 850sf itu?
2)Waktu belajar pendek 8-11.30
Tapi kat sini yang bestnya ada Iqra-sebelum dia start dengan kelas.Yuran dia pun tak mahal sangat.
Yuran tahunan RM 300
Bulanan           RM 300
Waktu              7.00am-6.30pm
OT                    Lepas 6.30 kira OT=RM5per 1/2 hour
                         8-11.30 kelas,11.30 balik rumah,kalau dah kat rumah tu dah takde saper yang                                        pantau,takkan nak belajar lg dak?
Subject            BM,BI,MATH & PENDIDIKAN ISLAM

ABS-0132716500
Aku pulak macam berkenan dengan ABS-tapi yuran bulanan dia mahal la pulok!Mahal pada aku laki bini,pada orang lain tak mahal kot.Pengisian dia banyak.Ada belajar sembahyang semua,petang ada lagi kelas,
Yuran tahunan RM 680
Bulanan           RM 440
Waktu              8.00am-5.30pm
OT                    Lepas 5.30 kira OT=RM5per hour( aku sampai dalam 6.30-memang kena bayar ot                               setiap hari)RM 5 X 20hari =RM100.....
                         8-12-kelas, 2-4 ada aktiviti,lepas pukul 5 siap-siap untuk balik.Ada sembahyang                                  zuhur & asar jugak.
Subject            BM,BI,MATH & PENDIDIKAN ISLAM



Naluri Bestari-cikgu Husna
Paling dekat dengan rumah,yuran pun ok,Pembelajaran pun ok.
Yuran tahunan RM 790
Bulanan           RM 350
Waktu              6.30am-6.30pm
OT                    Lepas 6.30 kira OT=RM5per hour
                         8-12-kelas, 2-4 ada aktiviti,lepas pukul 5 siap-siap untuk balik.
Subject            BM,BI,MATH & PENDIDIKAN ISLAM

Hmmmmmmmmmmmmm........................Susah jugak nak buat pilihan........nak cari lagi ke nak stop dengan 3 ni.....

Isnin, 8 Jun 2015

Pesta flora lagi

6jun-7Jun 2015-Ke pesta flora sekali lagi.Tapi tahun ni rasa macam kurang best,sebab orang ramai sangat kot,pastu ditambah dengan cuaca yang teramat panas,nak jalan pun tak larat dah,banyak tempat tak tengok pun,lalu je,tahun lepas siap masuk satu-satu.Faktor usia jugak ni,tapi mak semangat nak membeli orkid,aku suruh mak jalan sensorang tengok orked,aku betul-betul dah tak larat.Sakit kepala. Aku dengan AH melepak kat pintu masuk bazar tu,Has dengan Mirza tak tau pergi meronda kemana.
Keluar dari situ dalam pukul 1 kot.Pastu cari tempat nak makan pulak,pusing-pusing cari tempat makan terjumpa Handramawt,so makan kat sini,tak jauh pun dari hotel Citadines Pulze.Lepas makan terus check in hotel.


Dekat sini je yang sempat nak ambil gambar,sementara tunggu mak shopping orkid,tempat lain semua panas-nak jalan laju-laju je.


Review hotel Citadines Cyberjaya: Amat puas hati.
Bersih,location dia pun best,turun bawah ada shopping mall.Senang.
Harga RM 360 untuk apartment 2bilik.2 bilik air jugak-2 tv jugak.1 dekat hall,1 dalam masterbedroom.
Tapi satu part yang tak best adalah - breakfast.Takde makanan,Breakfast ni bukan hotel yang yang sediakan,tapi ada satu kedai dalam shopping mall tu yang sediakan breakfast.Nak kata kitaorang turun lambat,tak jugak,masa tu dalam pukul 8 lebih je.
Makanan yang diorang provide adalah bihun,roti,cereal.sosej,telur.Dah la tak banyak pilihan,lepastu makanan takde,kena tunggu lama baru dapat.Dah tunggu lama,pinggan pulak takde.Bukat setakat pinggan takde,cawan pun takde jugak!Tak professional langsung.Ini pengalaman breakfast kat hotel yang paling teruk!



Aktiviti malam:
Makan la apalagi,ingat nak pergi balik Putrajaya,tapi macam malaaaas je semua orang,jadi makan dekat Ole-Ole Bali,Uishhh makan kat kedai ni,amatla mahal,untuk 3 orang makan dekat RM200 harganya.Fuhhhhhh....kopak le mak!...lepas ni tak masuk dah kedai ni.Mahal untuk environment dia.
Harga air pun takde yang bawah RM5,paling murah RM12 kot.
Lepas makan pusing-pusing dalam mall kejap,tapi tak la meriah macam Mid Valley.Lengang je.Greentownmall kat ipoh tu lagi meriah dari sini.Mak beli kasut kat sini.
Dah habis pusing-pusing naik balik hotel.

Pagi lepas breakfast melepak lagi dalam bilik-hujan tak boleh pergi mana-mana pun.Pukul 12 baru check out.
Sekian cerita untuk cuti-cuti kali ni.




Sabtu, 9 Mei 2015

Bukit Gambang-31Apr-2Mei 2015

Masa ni kan ada cuti panjang hari wesak bersambung dengan hari pekerja.Aku & Has dah lama merancang nak ke sini,tapi kalau setakat 2 hari 1malam,rasanya tak berbaloi dengan perjalanan kesini,sementelah adanya cuti panjang ni,aku pun mencari-cari homestay yang berdekatan dengan Bukit Gambang ni,sebab mula-mula ingatkan nak pegi ramai-ramai,tapi masing-masing ada hal masing-masing,so kami berempat je la yang pegi,
Dapat homestay dekat Jambu Homestay 1.-RM150satu malam,
Review homestay ni : secara keseluruhannya:pada akula kurang sikit dari segi kebersihan,yang lain-lain tu bolehla....








Start gerak dari rumah pukul 7,kononnya nak mengelakkan trafic jam,rupa-rupanya memang dah jam pun,sebelum plaza tol tu pun dah jam,nangis,,,,,sampai kat BG dalam pukul 12kot,berenti kat Lanchang sekejap untuk toilet stop,orang punyala ramai,Q masuk toilet pun sampai keluar-keluar toilet.
Sampai BG terus masuk  animal safari,compare dengan AFamosa dekat sini bersih dan nampak lagi terjaga binatang-binatang ni,mungkin sebab tempat baru kot.Bas kat sini ada aircond,bertutup sepenuhnya,dekat Afamosa jaring-jaring je-takde aircond,Tapi tempat ni nak ke satu-satu tempat tu kena menapak jauh,penatla,ada tempat yang boleh naik bas tapi lepas tu kena jalan.Kalau dengan orang tua terukla diaorang nak menapak.Pengidap DVT tu pun daripada ada darah beku,darah boleh cair and beku balik.
Bila dah penat AH pun meragam + aku pun demam,jadi aku decide duduk satu tempat and biarkan Ija and abahnya mengexplore tempat-tempat tu.Nampak Ija enjoy,bagusla itu pun tujuannya,nak dia happy sambil dia mengenal binatang-binatang yang kat ada dalam tu.Dah habis menjelajah,kitaorang pun keluarla,nak cari makanan untuk lunch dulu,Kedai kebanyakannya penuh,yela kan cuti..Dah beli makanan,terus masuk rumah,rehat-rehat.
Petang Ija & abah keluar berdua je untuk tengok night safari & tarzan show.Mirza suka tengok tarzan show,balik rumah itu yang diulang cerita kat aku sambil buat aksi orang utan tumbuk-tumbuk dada.

Berapa hara tiket masuk aku pun tak ambil port-RM48 kot termasuk Night Safari.










Tengok cara duduk tu,macam dah besor sangat





Animal show-siang
Tarzan show













































Day 2- kitaorang ke bandar Kuantan-nak naik river cruise,mencari jetty dia punyala susahnya,mencari sampai ke Teluk cempedak,Last sekali jumpa,ngam-ngam cruise tu ada pukul 12.ok,tunggu kejap kat jetty tu dibawah panahan mentari.

 Mirza macam excited,tapi bila bot dah gerak muka dia cuak,takutle tu..nak-naknya bila bot memecut masuk ke laut.Perjalanan cruise ni menyusuri Sg Kuantan dan terus menuju ke laut.
Tambang RM15 untuk adult.Mirza tak kena bayar rasanya.Lepas naik cruise cari tempat makan yang best-makan kat Tanjung Lumpur.Has makan kepala ikan apa ntah,aku ambil udang 4-5 ketul,kena dalam  RM35,tak tau berbaloi ke tak,tapi ikan and udang ni fresh.Lepas makan balik rumah balik,petang tak de buat apa-apa pun,Has dengan Mirza je yang pergi pasar malam.Pasar malam ni dekat je dengan homestay,jalan kaki je pun boleh.



 






















Day 3-Siap-siap untuk balik,gerak dari BG pukul 10,perjalanan balik tak jem,baguslah.Nasib baik esok cuti lagi, boleh rehat-rehat lagi esok.




Jumaat, 24 April 2015

Darah beku-DVT

Takkan ada yang pisahkan kita,Biarpun Abah sudah tiada...akan kupastikan,kukan memeluk mencium mu di Syurga..
Masa aku dengan anak-anak melawat dia kat Pusat Kusta.


Haritu Has kena masuk HSB sebab kaki dia bengkak-penyakit ni namanya DVT.Darah yang beku kat kaki ni ingatkan tak bahaya pun,sebab  kat kaki,tapi sebenarnya dia bahaya,Dia dekat hospital tu seminggu,buat macam-macam test,kena buat ct scan jugak macam AH,jadi dia boleh rasa apa yang AH dah tempuh.Dan aku pun secara tak langsung dapat tau,apa yang AH rasa bila kena buat ct scan haritu.Kesian dia.
So Has kena makan ubat untuk mencairkan darah beku tu selama 3 hari,lepas 3 hari pergi hospital balik untuk buat test "kecairan" darah tu,Still result tak bagus sangat,dia still kena makan warfarin.(tak tau ejaan ubat ni betul ke tak)
Dia jugak kena pantang makan sayur hijau,ais-tapi dia peduli apa,dia minum jugak ais-degil nak mampus,untuk sementara waktu je.bila darah tu dah cair,bolehla makan macam biasa balik.Sekarang nampak kaki dia dah ok.Takde la menempang je.

Khamis, 9 April 2015

HSB-09APR 2015

Appoitment lagi sekali untuk tahu result scan 25hb haritu,takde apa sangat....darah masih ada,tak bertambah tak berkurang,tak membesar,tak mengecil.sampai bila? tak de rawatan ke? apa yang patut dibuat?Macam tiap-tiap kali pergi benda yang sama.
Harini dapat Dr yang bernama Nurul.Dia ni macam budak-budak yang baru belajar medic.Semua soalan aku macam jawapan dari dia ntah apa-apa je..kalau aku google apa yang aku tanya dia tu aku akan banyak dapat jawapan yang at least macam menjawab soalan aku,ni soalan-soalan aku :


Soalan 1
Aku : Nanti baby boleh makan,makanan apa yang dia tak boleh makan untuk eckzema dan untuk galektosemia.
Budak baru belajar medic aka "doktor" :Ibu yang kena tengok,bagi dia makan,kalau nampak ada alahan jangan bagi.saya tak tahu,sebab bukan saya jaga dia..
Jawapan dalam hati aku : Bodohla ko...macam ni aku pun tau...jawapan ni tak payah belajar medic pun boleh jawab!!!!


Soalan 2
Aku : Nanti saya nak buat suntikan pneoumococcal untuk baby,sebab hati dia ada masalah,takpe ke suntikan tu?
Budak baru belajar medic aka "doktor" :Nanti ada list effect untuk suntikan tu,nanti tengok la,saya pun tak ingat.
Jawapan dalam hati aku : Doc...izinkan saya lempang doc...

Soalan 3
Aku : Lepas dia menyusu selalu nya dia akan berak..takpe ke?
Budak baru belajar medic aka "doktor" : Memang dia akan berak kan?- dia tanya aku balik!!!
Jawapan dalam hati aku : Doktor berak lepas tiap kali makan ke?

ok dah..tak payah tanya dia lagi..buat sakit hati je...nak keluar tu aku tak cakap pun terima kasih...
Terima kasih untuk apa? untuk jawapan-jawapan dia yang tak membantu langsung?

Lepas habis dekat HSB,ngam-ngam pukul 11,aku buat appoitment untuk service kereta pukul 1130,cun je,mula-mula dah bincang dengan Has,nanti dia bawak hari Sabtu,tapi memikirkan hari Sabtu kereta banyak,jadi aku pun decide untuk terus jugak buat service,Has tinggal kat HSB sebab nak pergi jumpa doktor pasal kaki dia yang bengkak tu.
Sampai kat PeroduaAH tidur,jadi aku angkut sekali dia dengan car seat dia.Tempat ni dah renovate,ruang menunggu dah lebih selesa dari yang dulu.Ada tv,ada tempat budak main tapi kecik je,ada bilik untuk menyusukan baby & tukar lampin baby jugak.Ok la tu,AH selesa je golek-golek dekat tempat kanak-kanak tu,sebab takde orang lain kat situ.Pukul 1.30 baru siap.Kena RM210 untuk servis yang ke 80,000.Harga selepas GST.Tiap-tiap satu benda semua ada GST.

Aku pun balik rumah,Has belum settle lagi...petang sikit dia bagitau dia kena masuk wad pemerhatian,aku ingat kejap je la,rupa-rupanya dia kena overnight,aku pun jadi kelam kabut,pack barang-barang dia nak hantar kat dia.Masa aku packing barang-barang ni,Mirza tanya aku,Ibu,kita nak pergi hotel ke? Anak ooi....takdenya hotel...hospital adala.
Pukul 8 keluar rumah menuju ke HSB dengan anak-anak,cari wad pemerhatian,tengok sign board-budak bawah 12tahun tak boleh masuk.So aku tunggu kat luar je,bagi barang-barang terus aku chow,sebab hari dah hujan,nasib baik la boleh handle sorang-sorang semua ni.
Nasib baik aku yang jenis biasa drive sorang-sorang,kalau aku jenis yang tunggu laki je yang drive,bila jadi macam ni nak buat macamana.Mak adik beradik semua jauh...so have to be independent.And I'm glad i'm strong enough to face this, and I can do it.

Khamis, 2 April 2015

Terharu

Pagi tadi masa aku siap-siap nak pergi kerja,AH tergolek dari tilam,meraung mamat tu,aku dengan Mirza cepat-cepat tengok dia,aku dukung AH,pastu abang dia cakap "bagi dekat Ija",konon-konon dia nak tolong pujuk samala tu,memang dia pujuk pun,dia cakap"dah-dah adik,abang ni,abang ni"...alahai anak oii.AH menangis lagi.Aku terus pujuk dia,Mirza pulak keluar bilik,aku ingat dia nak sambung tengok kartun dia,tengok-tengok dia masuk bilik balik,dengan ada ice pack dengan tuala kat tangan dia...terharu rasanya tengok dia buat adik dia macamtu.Tapi aku rasa confius kejap,macamana dia boleh sampai ambik ice pack tu...dia panjat dari pintu bawah ke?takpe petang karang aku suruh dia demo,camna dia ambik ice pack tu.
Bila aku cakap :
Aku : Ehhh,ibu ingat Ija tak sampai.Macamana Ija ambil?
Mirza :Ija dah besar...
Ok Mirza,terima kasih sebab prihatin dengan adik,selama ni ibu tengok Ija macam buli adik je,tak sangka pulak tindakan Ija pagi tadi.
Harap dia boleh terus sayang adik dia dan jaga adik dia,aku selalu cakap kat dia,kalau ibu dengan abah mati,ija tinggal dengan adik je,jadi tolongla sayang adik..

Rabu, 1 April 2015

KECOHNYA PASAL GST

01 April 2015-start hari ni Malaysia  dah melaksanakan GST....pagi ni boss aku dah kecoh dah macamana nak buat invoice semua...bla...bla...bla.Itu la ini la...masalah dia ni bila aku nak cakap dia cakap...dahtu macamana nak explain kat dia?Yang akaun pun lambat sangat....bukan ke sepatutnya diorang dah get ready sebelum 1st Apr.Bukan 1st apr baru nak terhegeh-hegeh nak buat itu nak buat ini....Ini semua GST punya pasal.....kecohhhhhhhhh!

Rabu, 25 Mac 2015

HSB-25 MAR 2015

Ke hospital lagi harini untuk scan hati AH lagi sekali,prosedur macam biasa dia kena puasa...kesian sangat.appoitment kali ni pukul 11pagi,tapi kitaorang pergi awal jugak.Pukul 9 lebih dah keluar rumah,ingat boleh cepat keluar boleh cepat-cepat balik,tapi kena pergi tukar tayar lah pulak.Balik dari melawat wife Fir dekat PMC tu aku dah perasan dekat tayar ada bunyi,disebabkan dah nak sampai dekat rumah,aku terus drive je...pagi...bila tayar bergolek aku dengar lagi ada bunyi asing,tengok-tengok rupanya ada paku.Pergi dekat workshop ingat nak tampal je,tapi dia kata tayar dah bengkak,kena la tukar jugak...tayar secondhand kena RM75.
Lepas siap meneruskan perjalanan ke hospital,tawaf cari parking,dah dapat parking terus jalan laju-laju ke bahagian radiology.Register dan menunggu....
Nama AH diseru,aku pun menonong masuk dalam bilik scan tu,tiba-tiba aku tengok Mirza ada dengan aku!Grrrrrrr....geram ni,dah la aku kena mententeramkam AH,nak melayan karenah Mirza lagi,masa tu la dia nak kencing,masa tu jugakla dia nak berak,dengan memanjat katilnya...angin betul aku!AH pulak dah boring doktor tu usik-usik badan dia,dia meragamla,toys tak dapat membantu pun.
Dah siap doktor junior,dia panggil doctor senior pulak,doktor yang mula-mula tu tak tau nak report macamana kot.Memang service slow,dalam hati jerit..."ooooi...boleh tak korang buat keje laju-laju?"ke aku yang tak sabar ni.Diorang bukan buat slow tapi teliti and diorang nak detail....ayat untuk tenangkan hati.
Dah selesai tapau makanan,balik rumah,makan,sembahyang,siap-siap keluar balik bawak dia pegi KK Kuang pulak,untuk injection 5 bulan.Menunggu lagi.....selesai dekat-dekat pukul 4,wahhhh...penatnya!

Khamis, 1 Januari 2015

CT SCAN-31 DEC 2014

Semalam Haziq kena buat ct scan...kerana terpaksa aku relakan,doktor kata ct scan ni tak elok untuk baby,tapi kalau tak buat pulak macam mana nak tau apa benda yang ada dalam hati dia tu.Risiko untuk dapat kanser dimasa akan datang...doktor yang cakap.So...redha..
Siap kena sign surat persetujuan lagi...aku sign tapi beratnya rasa dada.

Dia kena puasa 4 jam sebelum buat ct scan ni...kena puasakan baby yang tak tau apa-apa ni,kesian dia...bertabahla wahai Haziq.Ingat senangke?Dia dahla jenis yang puting kalau boleh sentiasa ada dalam mulut,puting kosong tak nak la pulak.Dugaan betul.
Mula-mula nurse bagi dia ubat tidur-minum-ok senang je.
Lepastu  kena masukkan ubat untuk clearkan benda yang nak discan tu,masukkan ikut urat,doktor cari urat kat tangan & kaki kiri kanan,tapi tak dapat sebab dia tiap-tiap minggu kena cucuk untuk ambil darah,tempat-tempat lama tu semua dah lebam...untuk cari urat tu sampai 3 orang doktor turun cucuk dia,tapi tak berjaya jugak.Aku dengar dia nangis...hati aku luluh..Haziq...ibu tak boleh tolong Haziq..
Last sekali doktor cadangkan 2 tempat-satu kat tengkuk & satu lagi kat kepala,dia kata kalau buat kat tengkuk,takut bila dia meronta-ronta atau gerak-gerak jarum tu takut tercabut.So no choice kena masuk kat kepala....Maka doktor pun cukur rambut dia dan masukkan ubat kat kepala dia..lega...selesai dah satu bab...pastu lagi sekali masukkan ubat tidur.Dia dah tidur baru boleh masuk dalam terowong aka mesin ct scan tu.Sebab kat dalam mesin tu tak boleh ada pergerakan,tu sebab kena bagi ubat tidur.Kalau orang dewasa tak payah tidur aku tengok...semua masuk dalam bilik tu dalam keadaan sedar.
Bila aku masuk dalam bilik ct scan tu,letak dia dalam tray tu...aku fikir apala rasanya duduk dalam mesin tu...panaske? sejukke?kalau la Haziq boleh cerita semua tu pada ibu kan bagus..Masa diorang nak scan dia,diorang suruh aku tunggu  kat luar...proses ni tak lama pun...dalam 5-10minit je,Dah siap scan kitaorang kena tunggu dia bangun,menunggu Haziq bagun sampai pukul 3petang.Doktor tak bagi balik,selagi dia tak sedar dari ubat tidur tu.Takut ada masalah lain pulak.
Syukur selesai untuk hari ni...tunggu 7Jan pulak untuk tahu result ct scan ni.

Lepas kena cucuk kat kepala
Kesan lebam yang lama tak hilang lagi,dah tambah yang baru

Tak boleh temankan dia...kena tunggu kat luar
Baby besar ni dah kena bagi ubat tidur,kena cucuk tiap-tiap minggu,kena buat ct scan.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...