Jumaat, 21 Julai 2017

AH-Kecederaan kaki

2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baju-baju yang perlu diiron.Tengah layan iron aku dengar buci kaca berderai yang  kuat sangat,keluar-keluar dari bilik tengok cermin atas rak tv dah berkecai.Aku tak tau la apa yang dibuatnya.MA dengan aku masa tu sibuk kacau aku iron baju,aku & MA terpaku tengok kaca-kaca tu,ada dalam 2minit aku biar & tengok je,tak tau nak buat apa,aku marah AH,dia xcakap apa-apa pun,pastu aku nampak kaki dia berdarah,menakutkan...aku teru dukung & basuh kaki dia,baringkan dan tinggikan kaki dia.Dia tak menangis tapi merengek-rengek je.
Aku nak berhenti kan darah.Mula-mula aku tengok dah ok darah dah berenti.So aku tinggalkan dia nak bersihkan kaca-kaca yang berkecai,AH sibuk bangun -dia memang tak boleh duduk diam.Bila dia bergerak-gerak tu darah keluar balik.
Aku takut ada kaca yang masuk dalam kaki dia,so aku bawak jugak ke klinik.Masa aku sampai tu dah pukul 7,orang dah standby nak berbuka,doktor pulak takde,doktor pun nak cari juadah berbuka.Duduk tak sampai 5minit doktor pun masuk,
Dia cuci luka & pastu jahit luka yang koyak tu.dapatla dia 4 jahitan.
Kos rawatan RM84, lagi  seminggu kena datang lagi sebab nak buka jahitan.Masa buka jahitan dia charge RM10je.


Ni masa dah kering


Buka balutan

Dia macam takde masalah,ok je,duduk kejap lepastu ligat la dia bergerak,Dia tau macamana nak bergerak dalam keadaan kaki dia macamtu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...