Sabtu, 26 Disember 2015

Melaka 24DEC 2015

Tahun ni mula-mula planning nak pegi Bukit Gambang Resort.
Aku dah pun booked homestay dekat sana,tapi memandangkan hujung tahun selalu banjir,kitaorang cancelled kan trip ke Bukit Gambang tukar ke Melaka.(lagi sekali).
Nasib baik tuan rumah homestay tu bagi refund deposit,mungkin sebab aku cancel awal kot,sebulan sebelum tarikh check in.
Makanya misi mencari homestay kat Melaka pulak,decide duduk dekat Afamosa sebab ada bungalow 4 bilik,so cukup-cukup untuk kitaorang.Pastu aku nak ahli rombongan tengok animal parade.
Booked dekat villa D'FARO.Rumah so-so je,tuan rumah okay.Yang tak okay kebersihan toilet,toilet berdaki,pintu dah reput kat bahagian bawah.Lepas tu pencahayaan kurang.Malap je bilik,rasa nak marah je,gelap-gelap macamtu,Lepas tu tuan rumah tak provide tuala and toiletries,kalau dia beritahu awal-awal senang boleh bawak sendiri,ni tak dah nak check in baru dia bagitau.Kena la membeli tuala dengan sabun mandi.Harga rumah ni baper ke...RM850 rasanya untuk 1 malam.Tak ingat dah

Itinerary
Day 1-Bertolak dari rumah pukul 6.30pagi,jumpa ahli rombongan yang lain dekat Jejantas Sg Buloh.
Kitaorang breakfast dulu.Nasib baik tak sangkut dekat sini macam ada sekali haritu,sangkut sampai 2 jam kat sini....ggggrrrrrr.Kesilapan haritu adalah makan kat kedai yang kena order makanan.Kali ni makan kat gerai yang makanan dia dah tersedia.So cepat la siap.
Sampai kat Melaka dalam pukul 9.30,terus mencari lokasi rumah terbalik.
Tiket masuk RM15 untuk dewasa kanak-kanak RM10.Rumah terbalik ni tak best langsung!!!sebab...
dahla kecik dia cuma ambil 2 lot kedai,sempit...nak possing pun susah,membazir sangat rasanya.Kejap je dalam tu kitaorang pun keluar,tak berbaloi langsung beratur kat luar tu sampai sejam,kat dalam tu hampeh je.
Dah keluar dari situ menuju ke klebang plak,niat hati nak tengok Bustel,dah sampai kat Dataran tu tapi tak nampak pun bustelnya,ntah kat mana ntah,yang nampak nya buslet(aku bagi sendiri nama ni-Bus+toilet) apa yang special kat dalam ni aku pun tak tau,nak masuk kena bayar RM1,tak kuasa aku.
Tak nampak bustel,jadi kitaorang pun makanla-punyal mahal makan kat sini kena sampai RM80.
Yang ni mak yang belanja.Padahal makanan simple-simple je,bukannya ada nasi berlauk ke apa ke.Lepas makan kitaorang bergerak ke AFamosa resort.Nak check in dah,mak pun dah tak larat,dah macam-macam complaint keluar dari mulut mak.
Sampai kat bungalow,budak-budak dah buntang biji  mata tengok swimming pool,semua sibuk nak berendam la tu.
Makan malam kitaorang tapau je,takut tak sempat nak mengejarkan animal parade,taule ahli rombongan ramai bebudak,macam-macam ragam.
Lepas Magribh siap-siap terus menuju ke animal parade,hujan boleh dikatakan lebat jugak,tapi nasib baik diorang provide baju hujan,tapi baju hujan yang nipis je tu,jadila...tapi kesian kat budak-budak takut demam.
Show ni dah makin tak best,ini entah kali yang keberapa aku tengok,yang ni la paling tak best,animal yang buat parade dah kurang,masa first time aku tengok,harimau,gajah ada buat parade,yang terbaru ni takde pun.Animal yang biasa-biasa je,tak taule kot pasal hujan ke.Pastu yag red indian show pun dah tak best.Mungkin untuk first timer ok la kot.Pastu mc dia pun tak  "sehappennig" yang dulu.
Dulu dia seorang je yang handle tapi rasa best,yang ni sampai 2 orang tapi kurang happening.
Overallnya AFAMOSA ni makin tak best.
Lagi satu surau dia...........sedih sangat tengok......tak layak digelar surau pun,dahla tersorok,kotor...siap ada busut lagi dalam surau tu.
Habis bebel pasal AFAMOSA dah.

Day 2-Pagi kitaorang tapau jugak breakfast,senang...makan je kat rumah tu,lepas makan masuk swimming pool kejap,lepas tu siap-siap nak check out.Kitaorang check out awal sebab nak pegi taman rama-rama,ada request dari ahli rombongan.Aku dengan mak bayar tiket masuk,tapi kitaorang melepak je dekat cafe diorang,tak larat nak bawak AH jalan kat dalam tu,biar abang jalan dengan abah dia je.Lepas keluar dari taman rama-rama terus gerak balik ke kampung.
~~~~Selesai trip 2015~~~~





Ni buaya kat taman rama-rama









Mak happy dengan cucu-cucunya




Ni semua gambar-gambar homestay yang kitaorang stay.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...