Dah start cari tadika untuk MA.Banyak jugak yang ada kat area-area rumah aku ni,dah dapat dalam 6-7 tadika,tapi ada yang berkenan ada yang tak,ada yang yurannya mahal sangat,ada yang tempat tak berapa strategik.Ada yang murah,tapi aku tak berkenan dengan pengetuanya-banyak cakap,susah nak berhenti.First time aku call haritu aku nak tanya details pasal tadika dia,dia punya cerita,sampai aku kena tinggikan suara untuk letak phone...perhggggghh!!Tu baru first time...kalau dah lama tu tak tau la camner agaknya.Tapi tempat dia la yang paling murah.
Inilah hasil pencarian di google:
1)Tadika Naluri Bestari 012 2475723-dalam pertimbangan
2)Tadika Aisyah-dalam pertimbangan
3)Ar Razi-out
4)ABS-dalam pertimbangan-0176105134
5)LC-pertimbangan untuk umur 6 tahun
6)Islam Bestari-out
7)Q-dees-out jugak.
8) Titian Ilmu-reject awal-awal
Tinggal 3 yang dah di shortlistedkan,aku rasa macam nak ABS,Has pulak nak aisyah.
Tadika Aisyah-aisyah aku kurang berkenaan dengan konsep dia sebab
1)Lepas 11.30am diorang bawak budak-budak balik rumah cikgu.Rumah ni ada
kelulusan JKM tak?kalau waktu kecemasan,camner dia nak handle budak-budak ni.Turun tangga 14 tingkat? Keselamatan dekat balkoni.
Berape orang yang akan disumbatkan dalam rumah yang berukuran 850sf itu?
2)Waktu belajar pendek 8-11.30
Tapi kat sini yang bestnya ada Iqra-sebelum dia start dengan kelas.Yuran dia pun tak mahal sangat.
Yuran tahunan RM 300
Bulanan RM 300
Waktu 7.00am-6.30pm
OT Lepas 6.30 kira OT=RM5per 1/2 hour
8-11.30 kelas,11.30 balik rumah,kalau dah kat rumah tu dah takde saper yang pantau,takkan nak belajar lg dak?
Subject BM,BI,MATH & PENDIDIKAN ISLAM
ABS-0132716500
Aku pulak macam berkenan dengan ABS-tapi yuran bulanan dia mahal la pulok!Mahal pada aku laki bini,pada orang lain tak mahal kot.Pengisian dia banyak.Ada belajar sembahyang semua,petang ada lagi kelas,
Yuran tahunan RM 680
Bulanan RM 440
Waktu 8.00am-5.30pm
OT Lepas 5.30 kira OT=RM5per hour( aku sampai dalam 6.30-memang kena bayar ot setiap hari)RM 5 X 20hari =RM100.....
8-12-kelas, 2-4 ada aktiviti,lepas pukul 5 siap-siap untuk balik.Ada sembahyang zuhur & asar jugak.
Subject BM,BI,MATH & PENDIDIKAN ISLAM
Naluri Bestari-cikgu Husna
Paling dekat dengan rumah,yuran pun ok,Pembelajaran pun ok.
Yuran tahunan RM 790
Bulanan RM 350
Waktu 6.30am-6.30pm
OT Lepas 6.30 kira OT=RM5per hour
8-12-kelas, 2-4 ada aktiviti,lepas pukul 5 siap-siap untuk balik.
Subject BM,BI,MATH & PENDIDIKAN ISLAM
Hmmmmmmmmmmmmm........................Susah jugak nak buat pilihan........nak cari lagi ke nak stop dengan 3 ni.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan