Sabtu, 9 Mei 2015

Bukit Gambang-31Apr-2Mei 2015

Masa ni kan ada cuti panjang hari wesak bersambung dengan hari pekerja.Aku & Has dah lama merancang nak ke sini,tapi kalau setakat 2 hari 1malam,rasanya tak berbaloi dengan perjalanan kesini,sementelah adanya cuti panjang ni,aku pun mencari-cari homestay yang berdekatan dengan Bukit Gambang ni,sebab mula-mula ingatkan nak pegi ramai-ramai,tapi masing-masing ada hal masing-masing,so kami berempat je la yang pegi,
Dapat homestay dekat Jambu Homestay 1.-RM150satu malam,
Review homestay ni : secara keseluruhannya:pada akula kurang sikit dari segi kebersihan,yang lain-lain tu bolehla....








Start gerak dari rumah pukul 7,kononnya nak mengelakkan trafic jam,rupa-rupanya memang dah jam pun,sebelum plaza tol tu pun dah jam,nangis,,,,,sampai kat BG dalam pukul 12kot,berenti kat Lanchang sekejap untuk toilet stop,orang punyala ramai,Q masuk toilet pun sampai keluar-keluar toilet.
Sampai BG terus masuk  animal safari,compare dengan AFamosa dekat sini bersih dan nampak lagi terjaga binatang-binatang ni,mungkin sebab tempat baru kot.Bas kat sini ada aircond,bertutup sepenuhnya,dekat Afamosa jaring-jaring je-takde aircond,Tapi tempat ni nak ke satu-satu tempat tu kena menapak jauh,penatla,ada tempat yang boleh naik bas tapi lepas tu kena jalan.Kalau dengan orang tua terukla diaorang nak menapak.Pengidap DVT tu pun daripada ada darah beku,darah boleh cair and beku balik.
Bila dah penat AH pun meragam + aku pun demam,jadi aku decide duduk satu tempat and biarkan Ija and abahnya mengexplore tempat-tempat tu.Nampak Ija enjoy,bagusla itu pun tujuannya,nak dia happy sambil dia mengenal binatang-binatang yang kat ada dalam tu.Dah habis menjelajah,kitaorang pun keluarla,nak cari makanan untuk lunch dulu,Kedai kebanyakannya penuh,yela kan cuti..Dah beli makanan,terus masuk rumah,rehat-rehat.
Petang Ija & abah keluar berdua je untuk tengok night safari & tarzan show.Mirza suka tengok tarzan show,balik rumah itu yang diulang cerita kat aku sambil buat aksi orang utan tumbuk-tumbuk dada.

Berapa hara tiket masuk aku pun tak ambil port-RM48 kot termasuk Night Safari.










Tengok cara duduk tu,macam dah besor sangat





Animal show-siang
Tarzan show













































Day 2- kitaorang ke bandar Kuantan-nak naik river cruise,mencari jetty dia punyala susahnya,mencari sampai ke Teluk cempedak,Last sekali jumpa,ngam-ngam cruise tu ada pukul 12.ok,tunggu kejap kat jetty tu dibawah panahan mentari.

 Mirza macam excited,tapi bila bot dah gerak muka dia cuak,takutle tu..nak-naknya bila bot memecut masuk ke laut.Perjalanan cruise ni menyusuri Sg Kuantan dan terus menuju ke laut.
Tambang RM15 untuk adult.Mirza tak kena bayar rasanya.Lepas naik cruise cari tempat makan yang best-makan kat Tanjung Lumpur.Has makan kepala ikan apa ntah,aku ambil udang 4-5 ketul,kena dalam  RM35,tak tau berbaloi ke tak,tapi ikan and udang ni fresh.Lepas makan balik rumah balik,petang tak de buat apa-apa pun,Has dengan Mirza je yang pergi pasar malam.Pasar malam ni dekat je dengan homestay,jalan kaki je pun boleh.



 






















Day 3-Siap-siap untuk balik,gerak dari BG pukul 10,perjalanan balik tak jem,baguslah.Nasib baik esok cuti lagi, boleh rehat-rehat lagi esok.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...