Khamis, 2 April 2015

Terharu

Pagi tadi masa aku siap-siap nak pergi kerja,AH tergolek dari tilam,meraung mamat tu,aku dengan Mirza cepat-cepat tengok dia,aku dukung AH,pastu abang dia cakap "bagi dekat Ija",konon-konon dia nak tolong pujuk samala tu,memang dia pujuk pun,dia cakap"dah-dah adik,abang ni,abang ni"...alahai anak oii.AH menangis lagi.Aku terus pujuk dia,Mirza pulak keluar bilik,aku ingat dia nak sambung tengok kartun dia,tengok-tengok dia masuk bilik balik,dengan ada ice pack dengan tuala kat tangan dia...terharu rasanya tengok dia buat adik dia macamtu.Tapi aku rasa confius kejap,macamana dia boleh sampai ambik ice pack tu...dia panjat dari pintu bawah ke?takpe petang karang aku suruh dia demo,camna dia ambik ice pack tu.
Bila aku cakap :
Aku : Ehhh,ibu ingat Ija tak sampai.Macamana Ija ambil?
Mirza :Ija dah besar...
Ok Mirza,terima kasih sebab prihatin dengan adik,selama ni ibu tengok Ija macam buli adik je,tak sangka pulak tindakan Ija pagi tadi.
Harap dia boleh terus sayang adik dia dan jaga adik dia,aku selalu cakap kat dia,kalau ibu dengan abah mati,ija tinggal dengan adik je,jadi tolongla sayang adik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...