Jumaat, 21 Jun 2013

18 BULAN

Mirza dah setahun enam bulan.Hari Khamis haritu bawak dia pergi klinik untuk suntikan yang last sekali.
Dah lengkap dah.Alhamdullillah....
Mirza pun jarang demam...Mirza melepasi 6 bulan pertama tahun 2013 tanpa deman.Anak ibu kuatkan.Risau jugak lepas suntikan haritu kalau dia demam.Syukur...dia sihat.
Perkembangan....gigi atas belah dalam kiri kanan dah keluar,dah boleh keraskan sikit nasi dia.
Apa yang aku masak sekarang aku dah masak macam masak untuk orang besar,kadang-kadang aku letak garam,kadang-kadang aku tak letak.Ikut suka aku je.
Cakap belum boleh lagi,tapi yang senang-senang :-nak, tak boleh,terima kasih,babai-boleh la itu pun dalam cara dia yang tersendiri.
Panggil orang semua bah ke pah,ikut suka dia.Paling comel kalau dia nak bangunkan orang dia panggil lembut je...bah...bah sambil tepuk-tepuk badan orang tu.
Tapi bab nak berenggang dengan aku tu susahnya.....aku kat dapur dia pun ada kat dapur,sibuk keluarkan periuk-periuk,senduk sudip bagai habis semua berterabur.Sudip non stick ibu hilang!!!Mirza!!! sorok kat mana benda tu?isssh..anak-anak.
Kalau aku basuh kain ke sidai kain ke,dia sibuk dengan bakul kain tu nak bawak ke depan,nak tolak-tolak.Anakkkk ooi itu bukan kereta la!
Itu je rasa perkembangan Mirza.

*Sekarang tengah musim jerebu.....tiap-tiap tahun jadi jerebu sebab "jiran" yang "baik" la sangat!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...