Isnin, 22 Julai 2013

Panduan untuk aku...




MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian

..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak 


kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. 

Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana 


tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya 

tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak 

mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, 

oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan 

oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan 


sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. 

Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? 

Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu 


bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan 

perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. 


Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. 

Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata 

dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun 

dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan 


masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat 

kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik 

atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama 

sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan 

minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana 

perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan 


sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan 

layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.

Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan 

sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang 

memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect 

anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah 

anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia 

melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya 


yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh 

dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. 

Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke 

arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka 

menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang 

tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang 

kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut 


memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. 

Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama 

sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin 


kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, 

papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan 

faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak 


yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan 

ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah 

memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali 


tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam 

setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-

ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan 


perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap 

kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak 

menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika 

dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi 

dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan 

syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang 

serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami 


dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan 

anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam 

sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, 


disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, 

mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan 


berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita 

sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...



c&p dr facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...