Jumaat, 7 Jun 2013

Melaka...

Hari tu masa cuti Wesak kitaorang pergi Melaka.Perghhhh!!!Melaka mengalami kemajuan yang pesat sesangat.Dah jadi serabut je.
Trip ke Melaka kali ni sangat la hambar....sebab kesesakan yang melampau,membuatkan aku malas nak pergi mana-mana,Nak pergi ke satu-satu tempat kena ambil masa yang lama dari biasa sebabkan trafik yang  amat sesak.
Hari Jumaat tu keluar rumah pukul 8am.tapi sangkut 2 jam kat jejantas sg buloh sebab nak breakfast..lembap nak mampus servicenya!!!!Pukul 10 baru gerak ke Melaka.
Sampai kat Melaka dah dekat pukul 1.apalagi lunch hour la.Tempat wajib untuk lunch adalah Telago Biru-kedai  masakan Minang cum kedai favourite laki aku.Dah makan kitaorang menuju ke hotel,nak check in.Tapi tak boleh check in lagi sebab bilik tak siap.Ermmm..masalah kelembapan kali ke 2 untuk hari ni.
Diorang kata siap dalam masa 1 jam lagi.Kitaorang decide untuk membuang masa.Jadi pergi la bersiar-siar ke muzium samudera.walaupun sebelum ni dah masuk kat sini,tapi demi membuang masa kita terjah la lagi sekali.
Dah buang masa sejam,balik ke hotel balik,hah nasib baik dah boleh check in.Sementara menunggu laki aku check in hotel ada served welcome drink.Aku ambil dia punya muffin.Errm sedap...air minum je tak dapat.
Review hotel :
Hotel : Holiday Inn Melaka-berjiran dengan Mahkota apartment.
Rate: RM150 -guna rate Toyota
Breakfast-tak ada
Bilik- Luas dan dapat view jalan-cantik.Bilik dia pun besar.Ada 1 katil queen and 1 katil single.Bilik air pun besar.Ada mini bar,ada kettle,ada teh & kopi,and ada tv juga.Ada wifi tapi kena bayar.

Aktiviti memanjat-dah jatuh pun tak serik!

Angkat telefon,pastu pah,pah,pah.
Konon-konon cakap dengan opah la kot.Opah yang rajin layan dia  bergayut



Tak sudah-sudah lagi!

Baran-barang wajib untuk 'diangkut'


Tempat bersiram
 Luas kan bilik ni-Satu katil king + satu katil single
Pandangan kat luar tingkap-dia suka duduk kat tingkap ni

Kettle-benda wajib ada

Bantal dia ada tag-yang mana lembut,yang mana keras


Ada channel Astro dgn lg satu channel tu apa ntah
















Anak ibu menungkan apa?



Kalau dapat berjalan...
Dekat jeti-tepi kedai Telago Biru
Atas Muzium Samudera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...