Ayah dah duduk hospital seminggu-sebab kencing manis naik tinggi sampai 41 bacaannya.
Jadinya kitaorang pun balik kampung.
Hari Sabtu tu tak sempat kitaorang nak pergi hospital,dah dapat tau ayah dah boleh keluar.
Nyah uruskan apa yang patut sebab guna GL dia.
Nurse tu kata kul 11 dah boleh kuar.ok.Ayah nak terus balik padang tembak,so aku bawak kereta,nyah pulak bawakkan motor ayah,masa check in haritu ayah datang sendiri hospital,tu sebab ada motor.
Aku tak reti bawak motor,maka tugas bawak balik motor diserahkan pada yang layak sahaja...
Lepastu ayah kata nak tongkat 3 kaki tu-aku pun pergila nak cari kat farmasi,malangnya farmasi tutup sebab hari Yang di Pertuan Agung punya birthday.
So agak kecewa disitu...tengokla balik akan datang kalau ayah tak beli lagi aku belikan.
Mak,anis,kak lin & kak anim pun balik jugak-memang meriah la jadinya.Bila semua ada balik makanya harusla balik taman indah jugak.
Meriah sebab semua ada kan....budak-budak tu seronok berkubang dalam kolam ikan opah tu.Pagi-pagila lagi dah masuk kolam...tu la budak-budak kan.Kalau pakcik jadi datang,lagila meriah,tambah dengan anak-anak pakcik tak muat kolam tu!
Mirza pulak tengok dari kejauhan,sebab dia tak cukup umur lagi untuk aktiviti yang extrem macamni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan