Jumaat, 4 Disember 2020

HA bersunat

5 Dec 2020 -Tahun ni AH 6 tahun,memang aku & HA dah sepakat nak sunatkan dia hujung tahun ni,mula-mula aku tanya dekat klinik yang MA bersunat haritu,senang depan rumah je.Tapi tahun ni klinik tu tak  buat pulak,Aku mencari-cari lagi klinik-klinik area yang berdekatan tapi takde jugak,Last sekali aku terfikir PMC,aku call untuk cek,diorang kata ada buat,Proses laser-RM250,so terus aku fix date 3Dec 2020 pukul 8malam,

,AH nampak dah bersedia,tiba-tiba  3Dec tengah hari, PMC call kata tak boleh buat haritu sebab dekat hospital tu ada Covid pulak,frust je rasa...Hari Jumaat aku call  balik nak tau boleh buat ke tak,diorang kata ada kosong hari Sabtu pukul 2.45pm.Jadi aku on terus.

Kami pergi berdua je,sebab dekat hospital tu tak boleh ramai-ramai.Sampai-sampai terus daftar terus diorang bawak naik tingkat 1,masuk dalam bilik terus.Aku tengok AH ok je.

Masa bius ada 3-4 kali masa tu dia mengadu sakit nampak dia gelisah.Lepas tu dia nampak ok,tapi dia asyik tanya dah siap ke belum.MO tu kata dia rasa sakit sebab kulit dia melekat.Semua proses aku tengok dari dekat,Masa MA haritu,abah dia ada,abah dia yang duduk dekat dia.Masa AH abah dah takde,aku la yang hadap.Aku tengok alat laser tu potong kulit sampai semua selesai.

Alhamdullilah selesai lagi satu tanggungjawab ibu untuk AH,dia sangat ok dia kata tak sakit.dia jalan pun ok je.Hari Ahad tak sampai 24jam lepas bersunat tu dia dah tak nak duduk diam,berjalan ke sana sini,dia dah tak nak buat kain tergantung tu.Dia kata bosan.Dia kata malam nanti pun dia taknak tidur dekat tilam dia,dia nak tidur tempat biasa dia.Ok lah terima kasih AH sebab tak buat drama. 

Terima kasih mak sebab tolong jaga.



Lepas selesai,ada makcik tu tegur dia,makcik tu sedekah kat AH.


Hari ni je dia boleh duduk diam,esoknya dia dah taknak tergantung.



Selamba je dia duduk,makan pun tak nak bersuap,dia kata macam budak kecik


Isnin, 24 Ogos 2020

Birthday yang terakhir

Situasi: Aida nak tulis, tapi tak dapat ranting yang tajam,aida batalkan niat nak tulis,tapi has paksa jugak aida tulis...rupanya ini untuk dijadikan kenangan birthday Has yang ke 39,yang akan terpahat dalam kepala ni.
 

 

Tahun lepas 2019,kami masih berempat menyambut birthday Has yang 39.......tahun 2020 tiada lagi sambutan birthday 23 Aug...Has....sepi...rindu...pedih....kalau la aida boleh mengadu semuanya pada Has macam masa Has ada.....

Khamis, 6 Ogos 2020

AQIQAH/KORBAN 2020

Tahun ni memang dari awal tahun aku dah merancang nak buat korban,aku dah cakap dekat HA pun....aku ajak dia jugak untuk buat korban sama-sama.
Siapa sangka siapa menduga,semuanya ketentuan Allah,tak sempat HA buat korban masa hayatnya...dia dah tinggalkan aku dan anak-anak.
Aku jugak buatkan aqiqah untuk AH,baru ada rezeki untuk buat.
MA aku dah buatkan aqiqah dia masa dia kecik lagi.Masa ni pun buat dengan JAKIM jugak,tapi takde gambar macam ni.Untuk AH je lambat...sorry AH.
Untuk aqiqah aku buat dengan JAKIM,buat 2 bahagian lembu-RM350 x 2bahagian.
Selesai dah secebis dari tanggungjawab aku untuk diorang.

Rabu, 5 Ogos 2020

Proses dapatkan surat kuasa dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian



1.Sediakan dokumen kat bawah.Ini list masa aku buat ( Jul 2020).Proses sediakan dokumen-dokumen ni pun ambil masa jugak,sebab aku buat semua ni dalam tempoh PKP,banyak pejabat waktu kerja dipendekkan dari biasa.
  • 1) Salinan borang A-Isi details dalam website,dah isi dan semak semua details betul,lepastu boleh print.Lepas print borang ni kena bawa ke pesuruhjaya sumpah untuk di cop.Bayaran untuk pesuruhjaya sumpah RM10.
  • 2)Bukti kematian- Sijil kematian
  • 3)Salinan kad pengenalan pemohon- depan dan belakang
  • 4)Sijil Nikah untuk suami isteri
  • 5)Harta tak alih-macam kes aku-rumah. Rumah ni nama berdua,jadi kena sediakan dokumen rumah ni.Rumah aku dah ada hakmilik pemaju,jadi kena mintak pemaju bagi surat hak milik dan pelan.Masa first time pergi ke pejabat tanah & galian ni,diorang mintak sediakan CTC (certified true copy)hakmilik,dia kata kena pergi pejabat SUK Shah Alam untuk dapatkan salinan CTC,maka aku pun menjejakkan kaki ke SUK macam yang disuruh.Proses apply CTC ni pulak ambik masa seminggu,nanti dah siap kena datang balik ambil CTC.Proses untuk CTC ni pulak dikhususkan untuk hari Rabu sahaja.Dah ada CTC hakmilik aku pun submit lagi sekali,dah pulak dia kata dokumen tak cukup jugak lagi,dia kata nak ada pelan lantai la pulak.Jadi aku pun cuba call kontraktor yang ada nama dalam geran tapi tak dapat dihubungi,tengok dekat google -status ditutup sementara.Adoiiiii susahnya proses ni,aku naik balik ke pejabat tanya dia macamana kalau kontraktor tu dah tak wujud? dia suruh pulak cek dengan Jabatan Insolvensi.Aku pun call insolvensi untuk cekkan,diorang kata tak bankrupt,tapi kalau company tu tutup diorang tak boleh cek.Aku jadi buntu,tak tau nak cari macamana,2 hari aku ambil tempoh bertenang,baru aku terfikir untuk call pemaju.Alhamdullillah dengan pemaju prosesnya senang,lepas 3-4 hari aku dah dapat dokumen yang diorang nak.Lagi sekali pergi ke pejabat tanah.Untuk kali ke 3 ni baru dokumen lengkap,staff tu kata ambil masa 5-6 bulan...wauuuu lamanya.Aku jugak seminggu sekali cek status,takut-takut kalau diorang request apa-apa dokumen lagi through website tu je,
  • Harta alih-macam duit simpanan,kenderaan,insuran.Untuk kenderaan, kena dapatkan geran dahulu sebab kena lampirkan sebagai supporting docs.
Lepas submit semua dokumen,lepas seminggu boleh cek status dalam website  https://www.jkptg.gov.my/my/-status keluar macam ni:

So sekarang aku masih menunggu....

Rabu, 3 Jun 2020

12 Syawal 1441

Has,
Kalau ikut bulan Islam,harini ulangtahun perkahwinan kita yang ke - 15,tapi kita cuma sempat bersama selama 14tahun,belum puas lagi jadi suri hidup Has,Has dah pergi menghadap sang Pencipta.
Takde lagi wish dari Has,sunyinya hidup Aida Has...😢
Memori dari facebook semalam keluar post Has yang ni,siapa yang sangka lepas setahun Has pulak yang menghadap sang Pencipta..Raya untuk Aida & anak-anak dah tak sama macam dulu.Ini ketentuan Allah untuk Aida dan anak-anak.

Jumaat, 1 Mei 2020

1May 2004-1May 2020

Has,
Hari ni 1May 2004-16 tahun yang lepas kita disatukan dengan ikatan pertunangan.Meriah hari ni dan kita bergembira sebab kita dah maju setapak dalam perhubungan kita.....

Harini 1May 2020 kita dipisahkan antara dunia dan alam barzakh.Hari ni semua orang bersedih atas permergian Has....
Selamat jalan Has......moga  jodoh kita sampai ke syurga yang abadi.Has ingat tak Aida pernah nangis cakap kat Has,aida nak kita disatukan di syurga jugak.Ini doa Aida sekarang menggantikan doa untuk Has yang masa Has bernafas...

Pagi tadi last Aida dapat peluk & cium Has,pagi tadi last aida dapat pegang tangan Has,pagi tadi last aida "melepek" dekat Has.Has ampunkan dosa-dosa Aida.Halalkan segala-galanya..


Rabu, 29 April 2020

Hari terakhir

30Apr 2020-
Hospital Selayang
2.20 PM

Pukul 13.54 aku dapat call dari Hospital Selayang,dia kata doktor nak jumpa,masa tu aku tengah lipat kain.Aku tak fikir apa-apa,macam biasa mungkin doktor nak update apa-apa cuma semalam doktor baru jumpa,aku agak mungkin doktor nak buat rawatan lain yang perlukan persetujuan aku.

Bila aku sampai,aku terus tuju ke katil semalam,katil 17,sebelum ni katil 15.Aku tengok tirai ditutup,aku ingat nurse tengah "mandikan" has,macam semalam,time-time macamni jugak diorang "mandikan",jadi aku berdiri je dekat tiang tu menunggu.Aku pun takde la dengar nurse kecoh-kecoh cakap pasal apa-apa.

Tiba-tiba doktor datang dekat aku,dia tanya aku isteri Hasnizam ke? aku cakap ye la...dia tanya aku....puan tau suami puan dah takde?Masa tu aku rasa doktor ni mungkin salah orang...mungkin nak bagitau waris patient lain....tapi lepas aku berfikir sejenak,ya betul itu Has,aku meraung....aku telefon Mirza...aku cakap kat dia abah dah meninggal...Aku tak dengar dia menangis,tapi aku dengar dia bagitau kat adik,aku harap anak-anak tabah dengan takdir diorang,lepastu aku telefon Kak Lin ,aku bagitau K.Lin. Kak Lin tenang...aku mintak K.Lin bagitau adik beradik lain.

Aku tak nak telefon mak dulu,aku tau kalau mak dulu,mesti aku tak boleh telefon orang lain dah lepas tu.Mak meraung.....aku meraung.Aku terus letak telefon.

Lepas mak aku telefon Noi...aku bagitau Noi untuk dia inform pada kawan-kawan lain.

Aku duduk sebelah Has,menghayati muka Has sepenuhnya...cuma aku & Has waktu tu.
Has cepatnya Has pergi tinggalkan Aida..............Masa doktor cakap buah pinggang Has dah rosak,Aida cuma membayangkan mungkin Has tak boleh kerja dah.Mungkin Has kena buat dialisis,kan kita pernah bincang pasal orang yang ada diabetis + kena dialisis mungkin tak dapat bertahan lama,jadi,Aida mengharapkan kita ada masa setahun atau 2tahun lagi untuk mengharung hidup ni bersama-sama...at least Aida dah bersedia dengan segala kemungkinan.Tapi siapa kita untuk merancang semua tu.Janji Has dengan Allah dah ditetapkan sampai 30Apr2020, tak cepat tak lambat.
Has pergi tinggalkan orang-orang yang sayang Has....


Lepas bagitau pada orang-orang yang sepatutnya,Aida mintak tolong Che Man belikan makanan untuk anak-anak. Sebab tak tau urusan hospital ni sampai pukul berapa.Mula-mula Aida called Fyzan tapi tak angkat lepastu tu aida called Niza tak angkat jugak,alternatif terakhir adalah Che Man.Che Man belikan nasi untuk diorang. Niza called balik,dia tengokkan anak kita,dia suruh anak-anak duduk rumah Lan,

Has....aida buntu....sementara tunggu orang dari bilik jenazah datang,Aida masih ada masa dengan Has,aida guna masa ni untuk terus menghayati Has untuk kali terakhir....Has,roh Has nampak kan macamana keadaan Aida lepas Has tinggalkan  Aida...Hasssssss💔

Tak perasan pukul berapa...ada orang dari forensik datang ambil Has,bawak Has ke bilik jenazah.
Kat sini ada pendaftaran jugak,dia nak IC Has & IC aida jugak,nasib baik la aida memang bawak Ic Has tu ke mana-mana Aida pergi.Diorang ni jugak yang tolong carikan van dan orang untuk mandikan Has..Masa ni Rudy dari Toyota datang,dia orang pertama yang sampai,lepastu abang Abu,
Orang yang nak mandikan Has pun dah sampai, Rudy & abang Abu yang tolong ustaz tu uruskan Has...Kak Lin & Abang ngah dan tak lama lepas tu Wan pulak sampai masa Has dah nak siap dimandikan.

Bila Has dah siap "handsome2" dengan pakaian terakhir Has,ustaz tu panggil semua orang berkumpul,dia cakap dia tak pernah kenal Has pun,tapi dia tau Has orang yang baik,dia cakap Has bersih-sebersihnya.Alhamdullilah....moga segala kebaikan Has Allah terima dan moga semua dosa Has diampunkan.

Selesai urusan mandi,Aida & K.Lin bergerak balik kerumah kita,Aida nak ambil anak-anak.Aida tinggalkan Has dengan Abang Ngah & Wan,aida tak dapat temankan Has,kalau Aida temankan Has macamana dengan anak-anak.Kita "jumpa" kat kampung nanti ye.



Bila sampai kat rumah aida ambil anak-anak kat rumah Lan,lepastu terus mandi & sembahyang Magribh dan terus tunggu Isyak.Lepas sembahyang jiran-jiran datang berziarah.Syukur ada jiran-jiran yang prihatin.Lepas jiran-jiran beredar Aida,Kak Lin & anak-anak terus bergerak menuju ke kampung.
Dekat tol Rawang ada polis,tapi diorang tak tahan pun...lepas satu roadblok,masa keluar tol polis tahan,dia tanya aku jawab je la,masa nak sampai kat mambang pun ada satu lagi roadblock diorang ok je bagi lepas siap ucapkan takziah.Alhamdulliah perjalanan ini lancar.
Masa Aida & K.Lin sampai Has dah sampai dulu.Ada jiran-jiran kat sini yang buat tahlil. tapi tak ramai,takpe la memang tak boleh ramai pun,nanti kena denda pulak.

Malam last jasad Has didunia, esok Has dah pindah....
Mak & K.Lin temankan Has kat luar 😢😢😢


Mak kata dahi Has berpeluh,mak selalu lapkan peluh Has,aida dapat lap sekali je.


Ahad, 5 April 2020

Jangkitan kuman

Alkisahnya:

Sejak lockdown HA tiap-tiap hari sakit kepala,aku tak ambil berat sangat sebab dia asyik menghadap telefon,jadi aku assume sebab tu.Dah hilang sakit kepala dia  kata macam ada jerawat dekat scrotum macam ada jerawat,dia pandai-pandai buat rawatan sendiri,sampai membengkak besar,baru pergi klinik,seperti telahan aku,klinik just bagi antibiotik & tahan sakit,Doktor tu kata lepas seminggu kalau tak ok pergi hospital,malangnya lepas 2hari dia dah tak boleh tahan sakit,aku suruh pergi KK pulak,pergila dia ke KK dan sepatutnya haritu jugak dia dibawa ke Hospital Selayang tapi dia kata nak bincang dengan keluarga...
Tapi balik tak bincang pun dengan aku,penyakit disimpan 2hari lagi....Dia kata nak tunggu hari Isnin pulak baru nak pergi KK lagi sekali.




Conversation masa kat KK

Aku stress betul la perangai berlengah macam ni, aku paksa juga dia ke Hospital Selayang,hari tu juga,yakni hari Sabtu,pagi Sabtu tu dia dah turun dah sebenarnya tunggu Grab,alih-alih mamat Grab tu tau nak pergi Hospital,dia tak nak ambil untuk keselamatan diri dia dan penumpang-penumpang lain katanya,dia takut HA nak pergi hospital sebab rawatan COVID-19.Pastu dia naik balik sebab tak dapat Grab,aku bukan tak nak hantar,dia yang tak bagi sebab anak-anak tak boleh bawak musim-musim PKPni,road block merata-merata naya je nanti Pak Polis tu suruh patah balik.


                                                     Ini anak-anak amik gambar abah masa tengah tunggu Grab pagi tu.

Aku cari Grab yang offline diorang bagi alasan susah musim PKP ni,
Makanya HA pun berangkat la dengan motor ke Hospital Selayang,tabahnya dia.
Dari pukul 11pagi dia sampai kat hospital sampai last update dia pukul 5pm,dia inform dia confirmed warded.



Lepastu aku tak tau apa jadi kat dia,sampaila ke pukul 1245malam aku dapat call dari hospital kata dia dalam ICU,esok kena operation,dia suruh datang untuk sign surat kebenaran sebab operation ni berisiko tinggi.
Aku decide tinggalkan MA & AH dekat rumah,ajar dia orang berdikari.Tapi sebelum pergi aku dah simpan pisau & gunting siap-siap,kunci bilik semua and berdozzen pesanan aku pada MA,Aku hantar mesej pada K.Lin mintak "tengokkan"diorang sejam sekali.
Kak Lin pulak ingat aku kena stay lama kat hospital K.Lin mintak tolong abanglong untuk ambil diorang.Abanglong dah dapatkan kebenaran dari balai polis tapi masa ni aku dah sampai dekat rumah,so cepat-cepat aku stop abanglong dari datang sini.
Di hospital pulak aku sampai dekat pukul 11am,terus jumpa doktor,apa nama doktor tu aku tak boleh ingat,Doktor tu explain kat aku:
Kuman merebak dengan teruk dan cepat,jadi kena buat operation secepat mungkin,dia kata sepatutnya semalam kena buat tapi disebabkan platlet terlampau rendah,doktor masukkan platlet dulu untuk bekukan darah.Kalau tak buat operation, chances untuk hidup adalah zero....😓 dan risiko buat operation pulak sekiranya pendarahan berlaku risiko untuk sakit jantung & stroke ada disitu.
Aku hanya berserah pada Allah dan percaya doktor tu tahu apa yang dia buat.
Lepas doktor tu,doktor bius pulak buat penerangan.Kena bius sepenuhnya untuk mengelakkan pendarahan yang teruk.
Nurse bagi aku masa 5minit lagi dgn HA,pastu dia kata dia nak siapkan untuk masuk OT.
Aku tunggu sampai 1150,aku tinggalkan dia dengan doa....dan kebergantungan sepenuhnya kepada Sang Pencipta,.
Dah sampai lega aku tengok MA&AH,dan rumah pun tak bersepah sangat.
Aku update yang berkenaan kecuali mak,aku taknak mak risau.
Sampai ke saat aku tulis ni HA belum sedar. Dan doktor akan bagi ubat tidur supaya jantung dia tak stress.Sampai semuanya dah ok baru berhenti bagi ubat tidur.


Khamis, 26 Mac 2020

PKP /MCO

First time aku melalui benda ni.Orang-orang veteran mungkin dah biasa,masa zaman darurat dulu.Itu sebab perang.
PKP kali ni bukan sebab perang,tapi  akibat dari si Covid yang dah menawan satu dunia.PKP ni start dari 18Mar-31Mar pada mulanya,tapi dilanjutkan lagi ke 14Apr 2020,dekat sebulan.
Sektor pelancongan terjejas teruk,start dari hujung December 2019 haritu office aku dah kurang sangat sales.Orang dah mula takut nak travel.tapi masa mula-mula tu orang-orang yang dah ada plan ke China je yg cancel booking,hari makin hari banyak negara terjejas jugak,jadi pelancong ke luar dah kurang,yang dah buat booking satu demi satu minta refund booking.
Aku boleh katakan sibuk juga,tapi sibuk sebab handle refund,booking baru langsung nan hado.Sedih & risau takut gaji terjejas banyak.Syukur kereta aku bulan depan last payment.Lega sikit disitu.Tapi still nak kena renew road tax & insurance.

Kerajaan umumkan boleh keluarkan KWSP,kalau keadaan mendesak kena pertimbangkan option tu.Ekonomi negara pun sangat-sangat terjejas....Sedih.

Berdoa semoga semua ni berakhir dengan cepat.

Aktiviti AH,aku ajar dia membaca,dia masih merangkak lagi,lepas membaca teacher ada bagi homework,so dia kena buat homework,masalahnya pulak aku tak de printer,jenuh la aku buat satu-satu homework dia tu,salin balik dari apa yang teacher hantar dari telegram,rasa macam jadi cikgu pulak.😅Dia cepat fed up dengan homework dia,salah sikit je dia dh start merampuih.Takpe la buat sikit-sikit.

Aktiviti MA pulak,untuk sekolah agama,aku suruh dia buat hafazan,syukur dia dah settledkan 2 1/2 surah,berharap dia terus rajin menghafal,sambil-sambil betulkan bacaan sembahyang dia.MA ok,cuma dia suka berlengah-lengah.

HA & aku kitaorang tambah aktiviti dengan bersenam,dapat keluarkan peluh sikit jadila,kalau tak asyik makan je,perut ni pun jahat time-time macam ni la asyik nak mengunyah,craving itu ini mengalahkan orang mengidam.Setakat ni dah terjebak dengan kopi viral. Lain-lain tu aku tak buat la sebab aku pemalas.

Catatan hari pertama sampai hari ke10.

Khamis, 20 Februari 2020

Simpan sini untuk dikenang.....


Ni kerja Qila & Nina

Tiada lagi aktiviti berkelah dengan opah macam ni

Opah sentiasa bersemangat bila nak raya,lap dinding rumah paling aku tak boleh lupa.



Birthday opah yang ke berapa?

Ni masa opah dah tak berdaya....
Gambar 1- Mak & nyah bawak opah ke hospital Kampar,sebab opah dah lemah sangat tak makan,doktor kata doktor tak boleh buat apa untuk umur macam opah-91tahun...masuk air je.
Gambar 2-Lepas masuk air balik rumah nampak segar sikit.
Gambar 3-Beberapa hari lepas balik hospital,mak kata opah terlentang macam tu je....😢😢😢

Last aku jumpa opah,beberapa minggu sebelum opah meninggal,opah larat bangun & sembahyang lagi,tapi opah dah tak tau hari siang ke malam ke sebab opah banyak tidur je,bangun kejap lepastu tidur balik.Masa aku balik opah tak pakai pampers lagi,makan boleh lagi tapi makan bubur je.
Opah cakap kat aku....entah ada ke lagi umur opah petang ni...lagi satu opah cakap....opah dah nak mati ni....Aku sedih.😭😭😭
Masa aku nak balik ke rumah aku,aku tak salam & peluk opah pun sebab opah tidur,aku tak nak kacau.Masa balik raya haji sebelum tu je aku dapat peluk cium opah.Itu yang terakhir.



HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...