1.Sediakan dokumen kat bawah.Ini list masa aku buat ( Jul 2020).Proses sediakan dokumen-dokumen ni pun ambil masa jugak,sebab aku buat semua ni dalam tempoh PKP,banyak pejabat waktu kerja dipendekkan dari biasa.
- 1) Salinan borang A-Isi details dalam website,dah isi dan semak semua details betul,lepastu boleh print.Lepas print borang ni kena bawa ke pesuruhjaya sumpah untuk di cop.Bayaran untuk pesuruhjaya sumpah RM10.
- 2)Bukti kematian- Sijil kematian
- 3)Salinan kad pengenalan pemohon- depan dan belakang
- 4)Sijil Nikah untuk suami isteri
- 5)Harta tak alih-macam kes aku-rumah. Rumah ni nama berdua,jadi kena sediakan dokumen rumah ni.Rumah aku dah ada hakmilik pemaju,jadi kena mintak pemaju bagi surat hak milik dan pelan.Masa first time pergi ke pejabat tanah & galian ni,diorang mintak sediakan CTC (certified true copy)hakmilik,dia kata kena pergi pejabat SUK Shah Alam untuk dapatkan salinan CTC,maka aku pun menjejakkan kaki ke SUK macam yang disuruh.Proses apply CTC ni pulak ambik masa seminggu,nanti dah siap kena datang balik ambil CTC.Proses untuk CTC ni pulak dikhususkan untuk hari Rabu sahaja.Dah ada CTC hakmilik aku pun submit lagi sekali,dah pulak dia kata dokumen tak cukup jugak lagi,dia kata nak ada pelan lantai la pulak.Jadi aku pun cuba call kontraktor yang ada nama dalam geran tapi tak dapat dihubungi,tengok dekat google -status ditutup sementara.Adoiiiii susahnya proses ni,aku naik balik ke pejabat tanya dia macamana kalau kontraktor tu dah tak wujud? dia suruh pulak cek dengan Jabatan Insolvensi.Aku pun call insolvensi untuk cekkan,diorang kata tak bankrupt,tapi kalau company tu tutup diorang tak boleh cek.Aku jadi buntu,tak tau nak cari macamana,2 hari aku ambil tempoh bertenang,baru aku terfikir untuk call pemaju.Alhamdullillah dengan pemaju prosesnya senang,lepas 3-4 hari aku dah dapat dokumen yang diorang nak.Lagi sekali pergi ke pejabat tanah.Untuk kali ke 3 ni baru dokumen lengkap,staff tu kata ambil masa 5-6 bulan...wauuuu lamanya.Aku jugak seminggu sekali cek status,takut-takut kalau diorang request apa-apa dokumen lagi through website tu je,
- Harta alih-macam duit simpanan,kenderaan,insuran.Untuk kenderaan, kena dapatkan geran dahulu sebab kena lampirkan sebagai supporting docs.
So sekarang aku masih menunggu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan