Sejak lockdown HA tiap-tiap hari sakit kepala,aku tak ambil berat sangat sebab dia asyik menghadap telefon,jadi aku assume sebab tu.Dah hilang sakit kepala dia kata macam ada jerawat dekat scrotum macam ada jerawat,dia pandai-pandai buat rawatan sendiri,sampai membengkak besar,baru pergi klinik,seperti telahan aku,klinik just bagi antibiotik & tahan sakit,Doktor tu kata lepas seminggu kalau tak ok pergi hospital,malangnya lepas 2hari dia dah tak boleh tahan sakit,aku suruh pergi KK pulak,pergila dia ke KK dan sepatutnya haritu jugak dia dibawa ke Hospital Selayang tapi dia kata nak bincang dengan keluarga...
Tapi balik tak bincang pun dengan aku,penyakit disimpan 2hari lagi....Dia kata nak tunggu hari Isnin pulak baru nak pergi KK lagi sekali.
Conversation masa kat KK |
Aku stress betul la perangai berlengah macam ni, aku paksa juga dia ke Hospital Selayang,hari tu juga,yakni hari Sabtu,pagi Sabtu tu dia dah turun dah sebenarnya tunggu Grab,alih-alih mamat Grab tu tau nak pergi Hospital,dia tak nak ambil untuk keselamatan diri dia dan penumpang-penumpang lain katanya,dia takut HA nak pergi hospital sebab rawatan COVID-19.Pastu dia naik balik sebab tak dapat Grab,aku bukan tak nak hantar,dia yang tak bagi sebab anak-anak tak boleh bawak musim-musim PKPni,road block merata-merata naya je nanti Pak Polis tu suruh patah balik.
Ini anak-anak amik gambar abah masa tengah tunggu Grab pagi tu.
Aku cari Grab yang offline diorang bagi alasan susah musim PKP ni,
Makanya HA pun berangkat la dengan motor ke Hospital Selayang,tabahnya dia.
Dari pukul 11pagi dia sampai kat hospital sampai last update dia pukul 5pm,dia inform dia confirmed warded.
Lepastu aku tak tau apa jadi kat dia,sampaila ke pukul 1245malam aku dapat call dari hospital kata dia dalam ICU,esok kena operation,dia suruh datang untuk sign surat kebenaran sebab operation ni berisiko tinggi.
Aku decide tinggalkan MA & AH dekat rumah,ajar dia orang berdikari.Tapi sebelum pergi aku dah simpan pisau & gunting siap-siap,kunci bilik semua and berdozzen pesanan aku pada MA,Aku hantar mesej pada K.Lin mintak "tengokkan"diorang sejam sekali.
Kak Lin pulak ingat aku kena stay lama kat hospital K.Lin mintak tolong abanglong untuk ambil diorang.Abanglong dah dapatkan kebenaran dari balai polis tapi masa ni aku dah sampai dekat rumah,so cepat-cepat aku stop abanglong dari datang sini.
Di hospital pulak aku sampai dekat pukul 11am,terus jumpa doktor,apa nama doktor tu aku tak boleh ingat,Doktor tu explain kat aku:
Kuman merebak dengan teruk dan cepat,jadi kena buat operation secepat mungkin,dia kata sepatutnya semalam kena buat tapi disebabkan platlet terlampau rendah,doktor masukkan platlet dulu untuk bekukan darah.Kalau tak buat operation, chances untuk hidup adalah zero....😓 dan risiko buat operation pulak sekiranya pendarahan berlaku risiko untuk sakit jantung & stroke ada disitu.
Aku hanya berserah pada Allah dan percaya doktor tu tahu apa yang dia buat.
Lepas doktor tu,doktor bius pulak buat penerangan.Kena bius sepenuhnya untuk mengelakkan pendarahan yang teruk.
Nurse bagi aku masa 5minit lagi dgn HA,pastu dia kata dia nak siapkan untuk masuk OT.
Aku tunggu sampai 1150,aku tinggalkan dia dengan doa....dan kebergantungan sepenuhnya kepada Sang Pencipta,.
Dah sampai lega aku tengok MA&AH,dan rumah pun tak bersepah sangat.
Aku update yang berkenaan kecuali mak,aku taknak mak risau.
Sampai ke saat aku tulis ni HA belum sedar. Dan doktor akan bagi ubat tidur supaya jantung dia tak stress.Sampai semuanya dah ok baru berhenti bagi ubat tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan