First time aku melalui benda ni.Orang-orang veteran mungkin dah biasa,masa zaman darurat dulu.Itu sebab perang.
PKP kali ni bukan sebab perang,tapi akibat dari si Covid yang dah menawan satu dunia.PKP ni start dari 18Mar-31Mar pada mulanya,tapi dilanjutkan lagi ke 14Apr 2020,dekat sebulan.
Sektor pelancongan terjejas teruk,start dari hujung December 2019 haritu office aku dah kurang sangat sales.Orang dah mula takut nak travel.tapi masa mula-mula tu orang-orang yang dah ada plan ke China je yg cancel booking,hari makin hari banyak negara terjejas jugak,jadi pelancong ke luar dah kurang,yang dah buat booking satu demi satu minta refund booking.
Aku boleh katakan sibuk juga,tapi sibuk sebab handle refund,booking baru langsung nan hado.Sedih & risau takut gaji terjejas banyak.Syukur kereta aku bulan depan last payment.Lega sikit disitu.Tapi still nak kena renew road tax & insurance.
Kerajaan umumkan boleh keluarkan KWSP,kalau keadaan mendesak kena pertimbangkan option tu.Ekonomi negara pun sangat-sangat terjejas....Sedih.
Berdoa semoga semua ni berakhir dengan cepat.
Aktiviti AH,aku ajar dia membaca,dia masih merangkak lagi,lepas membaca teacher ada bagi homework,so dia kena buat homework,masalahnya pulak aku tak de printer,jenuh la aku buat satu-satu homework dia tu,salin balik dari apa yang teacher hantar dari telegram,rasa macam jadi cikgu pulak.😅Dia cepat fed up dengan homework dia,salah sikit je dia dh start merampuih.Takpe la buat sikit-sikit.
Aktiviti MA pulak,untuk sekolah agama,aku suruh dia buat hafazan,syukur dia dah settledkan 2 1/2 surah,berharap dia terus rajin menghafal,sambil-sambil betulkan bacaan sembahyang dia.MA ok,cuma dia suka berlengah-lengah.
HA & aku kitaorang tambah aktiviti dengan bersenam,dapat keluarkan peluh sikit jadila,kalau tak asyik makan je,perut ni pun jahat time-time macam ni la asyik nak mengunyah,craving itu ini mengalahkan orang mengidam.Setakat ni dah terjebak dengan kopi viral. Lain-lain tu aku tak buat la sebab aku pemalas.
Catatan hari pertama sampai hari ke10.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan