Selasa, 23 Julai 2013

1 tahun 7 bulan

Perkembangan Mirza...
Takde apa yang baru sangat....Bercakap belum menunjukkan kemajuan yang menggalakkan,
Apa yang boleh Mirza sebut :
Nak
go=lets go
bard=bird
dog
bah & pah (semua orang adalah pah)
tup=tutup n buka
meow=kucing ( dia suka kucing sangat2-macam abah n ibu gak)
dok=duduk

Itu je la kot.Penat ikut arahan komander sorang ni,selalu la tarik tangan ajak masuk bilik dia tu,sebab dia nak memunggah peti mainan dia.Masuk je dalam bilik dia suruh on kan lampu,dah on lampu dia suruh duduk kat atas katil,tengok dia main.

Ada 2,3 hari tu Mirza asyik merengek-rengek,sikit je yang tak kena,dia dah mengamuk,agaknya sebab sakit nak keluar gigi lagi,sekarang nak keluar gigi atas dua-dua belah.
Belikan mirza brush teeth yang baru,sebab yang lama tu dia tak berapa nak guna.Bentuk yang lama tu tak macam yang adult punya,jadi cari yang bentuk sama macam adult-dapat yang brand Kodomo=RM3.90,beli kat Tesco.Harap-harap brush teeth yang ni dia suka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...