Masa nak bawak Mirza pergi klinik,start-start kereta,enjin tak boleh on...arghhh! dugaan di pagi hari,confirm pasal bateri...padahal baru tukar bulan 5 haritu,bulan 11 dah out!Kad warranty mana entah aku campak,malas nak cari,beli je la baru.Tinggalkan kereta,kitaorang naik motor.Nasib baik has pun cuti bersam-sama,kalau tak camner la aku nak bawak Mirza pergi klinik.
Sampai kat klinik,punya la ramai nya manusia,Kitaorang sampai pukul 10,tapi orang dah berduyun-duyun.
Rupa-rupanya klinik dah tukar time dia beroperasi :
Isnin-Khamis- 8.30am-4pm
Jumaat 9.30-12.30pm
Sabtu 9am-1pm
Menunggu 2 jam kat klinik ni,bengang pun ada!Dah masuk bilik doktor cerita apa yang patut-masa yang diambil 5min je...huh!Doktor bagi ubat masuk kat bontot untuk demam & tahan muntah.
Ada lagi antibiotik and juga ubat rawatan usus..Total kena RM113.
Doktor,boleh tak nak mintak diskaun sebab dah tunggu 2 jam?Mana maunya!!!
Kesiannya dia...tak larat sangat. |
Terima kasih Has.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan