Isnin, 25 November 2013

Bila aku demam

Balik dari Langkawi aritu,aku demam teruk,sampai 4 hari melepek,dah tak larat nak buat apa-apa dah.Masak makanan Mirza pun macam berat sangat je tugasan tu.

Masa pergi "bagi" duit kat klinik keluarga aritu,doktor tu kata kalau lebih 3hari demam,sila la buat blood test.
Aku ni pemalas,aku sebenarnya dah demam 4hari,tapi aku rasa ok lagi kot, tak payah la buat blood test tu.

Kalau jadi sesuatu yang serius baru padan muka aku.Macam anak Mel aritu,demam-demam bila buat blood test baru tau kena kencing tikus!!huh mintak simpang.Aku dah kebah dari demam sebenarnya,tapi badan rasa lemah sangat-sangat.Malas nak  buat follow up!!

Bila aku demam yang aku tak suka rumah jadi lintang pukang.Banyak kerja aku kena tangguhkan,aku tak suka tangguh-tangguh sebab at the end aku jugak yang kena mengadap semuanya.Penat sangat.
Yang aku suka bila demam,aku dapat special treatment dari laki aku.Rasa disayangi je.hehe.Aku harap dia boleh terus jaga aku dan Mirza sampai akhir hayat dia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...