Selasa, 26 November 2013

Family trip -Langkawi 2013

16-18Nov 2013-Kitaorang pergi Langkawi.Trip tajaan Pn Maheran...hehe.
Sebahagian besar perbelanjaan mak yang keluarkan duit.Aku ikutje,dah mak berhajatkan.

Aku cari homestay-sebab pergi ramai-ramai adalah lebih murah kalau stay kat homestay,lagipun homestay boleh duduk selonggok macam kat rumah.Kalau aku amik bilik hotel dah kena amik 2-3 bilik,dahla ahli rombongan tak dapat diconfirmkan,jd lebih mudah dengan homestay,mana tau last minute ada yang nak ikutke.

Maka setelah berhari-hari aku mentelaah homestay-homestay yang ada lat Langkawi ni,aku decide untuk book dekat Dpadi 2.Atas sebab ciri-cirinya menepati apa yang aku nak.
Lokasi : Kat tepi sawah padi,mukim ulu melaka.
Harga : RM 220 X 2 malam =RM440
Bilik   : Bilik 1-Aircond + bilik air .
            Bilik 2-aircond +kipas katil queen
           Bilik 3-kipas katil queen
Dalam rumah ni ada kelengkapan memasak,iron baju & basuh baju jugak.Lengkapla macam rumah kita sendiri.
Transport : Avanza baru (auto)=RM140 X 2hari=48jam=RM 280.Condition kerete ni ok la sesangat,sebab kereta baru.Baru 8ribu km.

Semua ni aku amik dengan owner homestay ni,senang one stop centre!settle semua,cumanya lokasi dia jauh dari pekan kuah,1/2 jam dari pekan kuah.Tapi kalau nak pergi tempat cable car tu dekatla jugak.

Perjalanan start pukul 3pagi sampai kat jeti K.Perlis pukul 9pagi.
Naik feri pukul 10.Sampai kat Langkawi pukul11.1 jam dalam ferry.
Minyak : RM 45,refill kat Gurun RM40,on the way balik tu refill lagi RM45.Dah sampai Sg Buloh baru aku refill balik RM45=Total RM 180
Tol : Gopeng-Juru=RM20 x 2 = RM 40
       Juru-hutan kampung =RM 13 X 2 = RM26
       Ada sikit lagi xingat dah baper-

So anggaran minyak dan tol lebih kurang~RM300
Feri naik dari Kuala Perlis-Langkawi-  RM 18 X 2 =RM36.

Hari pertama lepas rehat-rehat dan makan kitaorang pergi Makam Mahsuri,lagi pergi mana? dah lupa plak.
Hari kedua lepas breakfast- Pergi Taman buaya-Singgah kejap dekat tempat kapal layar berlabuh.meneruskan perjalanan ke Taman buaya,pastu oriental village-tengok-tengok je xnaik cable car pun,sebab ahli rombongan takut.Aku dan Has dah naik dah sebelum ni so lepak-lepak jap dekat sini.pastu gerak ke Kuah untuk bershopping.Tengahhari balik rumah rehat jap,pastu kuar balik ke Kuah sambung shopping.Dah siap shopping pergi ke Dataran Lang-lepak-lepak jap pastu makan kat kuah.Lepas makan balik rumah...tidurrrrr
Hari ketiga-Lepas breakfast terus siap-siap nak balik dah.Ferry kul 11.15,kul 10 dah sampai jetty.
Bye bye Langkawi.
Ni tuan tanah dengan Mem besar yang jadi penaja utama

Kalau kejadian sebenar,kat puncak gunung kat belakang tu boleh nampak cabel car!


Ada tangan kecik yang menyibuk

Frust sebab tak dapat beli tiket ferry balik esok
Nasib baik tak beranak kat LKWI!


Mirza demam lagi

Mirza demam balik,jangkit dari aku la ni.Kesian dia,nasib baik abah tak kena...
Bila Mirza demam aku tak cukup tidur,biasala tu kan,dia jenis merengek,kalau aku tau apa yang dia nak senang,ni tak...tak tau apa yang dia nak.tanya nak susu ke?geleng...tanya lagi nak air ke? gelengggg.Mirza nak apa??? tolongla ibu,esok ibu kena kerja...

Pagi tadi aku sampai kat office pukul 1030!!! 3jam aku sangkut dalam jem....sebab ada repair jalan kat Subang...satu lorong ditutup.Eeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiiiiieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiii,tak boleh pikirke,ini waktu puncak orang nak pergi kerja,cari la waktu lain-malam ke,apa ke jadahnya buat waktu puncak ni?????????????????????????????????tension betul!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 25 November 2013

Bila aku demam

Balik dari Langkawi aritu,aku demam teruk,sampai 4 hari melepek,dah tak larat nak buat apa-apa dah.Masak makanan Mirza pun macam berat sangat je tugasan tu.

Masa pergi "bagi" duit kat klinik keluarga aritu,doktor tu kata kalau lebih 3hari demam,sila la buat blood test.
Aku ni pemalas,aku sebenarnya dah demam 4hari,tapi aku rasa ok lagi kot, tak payah la buat blood test tu.

Kalau jadi sesuatu yang serius baru padan muka aku.Macam anak Mel aritu,demam-demam bila buat blood test baru tau kena kencing tikus!!huh mintak simpang.Aku dah kebah dari demam sebenarnya,tapi badan rasa lemah sangat-sangat.Malas nak  buat follow up!!

Bila aku demam yang aku tak suka rumah jadi lintang pukang.Banyak kerja aku kena tangguhkan,aku tak suka tangguh-tangguh sebab at the end aku jugak yang kena mengadap semuanya.Penat sangat.
Yang aku suka bila demam,aku dapat special treatment dari laki aku.Rasa disayangi je.hehe.Aku harap dia boleh terus jaga aku dan Mirza sampai akhir hayat dia.


Selasa, 12 November 2013

12 NOVEMBER 2005-8 TAHUN DAH

Has,
Terima kasih sebab ada dalam hidup aida,
Terima kasih atas kesabaran has,
Terima kasih atas kecekalan has dalam mengharung hidup dengan aida,
Terima kasih sebab setia dengan hubungan ni,
Terima kasih sebab memahami diri ini,
Moga kita tetap bersama sampai ke syurga,
Terima kasih....& terima kasih lagi

Rabu, 6 November 2013

Mirza Demam

Hari ni Mirza demam teruk...malam tadi dia muntah banyak kali...sampai longlai,sampai tak boleh senyum dah..
Masa nak bawak Mirza pergi klinik,start-start kereta,enjin tak boleh on...arghhh! dugaan di pagi hari,confirm pasal bateri...padahal baru tukar bulan  5 haritu,bulan 11 dah out!Kad warranty mana entah aku campak,malas nak cari,beli je la baru.Tinggalkan kereta,kitaorang naik motor.Nasib baik has pun cuti bersam-sama,kalau tak camner la aku nak bawak Mirza pergi klinik.
Sampai kat klinik,punya la ramai nya manusia,Kitaorang sampai pukul 10,tapi orang dah berduyun-duyun.
Rupa-rupanya klinik dah tukar time dia beroperasi :

Isnin-Khamis- 8.30am-4pm
Jumaat            9.30-12.30pm
Sabtu              9am-1pm

Menunggu 2 jam kat klinik ni,bengang pun ada!Dah masuk bilik doktor cerita apa yang patut-masa yang diambil 5min je...huh!Doktor bagi ubat masuk kat bontot untuk demam & tahan muntah.
Ada lagi antibiotik  and juga ubat rawatan usus..Total kena RM113.
Doktor,boleh tak nak mintak diskaun sebab dah tunggu 2 jam?Mana maunya!!!

Kesiannya dia...tak larat sangat.
Dah settle bab Mirza,Has kena settlekan pasal kereta pulak...beli bateri free maintenance jenama century-RM168,ada warranty setahun.Has sendiri yang pasang kan bateri tu..oh...ingat kan tak tau!
Terima kasih Has.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...