Jumaat, 26 Julai 2013

Iftar RBTT 2013

Dah lama tak berbuka dengan geng office.
Last sekali masa tu masa ada Fazzy & Yan kat Crystal Crown PJ.Tahun bila pun dah tak ingat.2008-2009 kot.
Sejak dah duduk kat "ceruk tok kun" ni rasa macam tak berbaloi sangat nak menjointkan diri dengan aktiviti yang seangkatan dengan ni.Macam tak sampai hati nak biarkan laki berbuka sorang-sorang.Ditambah pulak bila ada Mirza,lagila berganda-ganda malas aku nak balik lambat-lambat.

Kali ni aku terpaksa jugak joint sebab date dan tempat dipilih mengikut kesesuaian aku & Melinda.Date tu mati-mati aku nak 25July sebab 26 July Selangor ada cuti Nuzul Quran.


 Tak sedap la pulak orang dah beria-ria,tapi aku tak boleh joint.Lagipun mak tengah ada kat rumah.So Has ada teman nak berbuka.

Majlis berbuka ni kat Oneworld PJ.Dekat je dengan office pun,dalam 10-15minit je ditambah sangkut dalam jem.

Okla makanan kat sini.Berbagai-bagai and sedap gak.Tapi orang adalah teramat ramai.Orang cina orang india pun ada!

Aku bukan boleh makan banyak pun,tengok je la orang makan.

Aku suka desert kat hotel,so aku dah aim tempat desert,and tidak menghampakan desertnya.Sedap-sedap belaka!!


Aku,Yah,Mel & K.Shima

Aku suka ni

Tengok sempit je.Meja disusun serapat yang mungkin

Sedap


Selasa, 23 Julai 2013

1 tahun 7 bulan

Perkembangan Mirza...
Takde apa yang baru sangat....Bercakap belum menunjukkan kemajuan yang menggalakkan,
Apa yang boleh Mirza sebut :
Nak
go=lets go
bard=bird
dog
bah & pah (semua orang adalah pah)
tup=tutup n buka
meow=kucing ( dia suka kucing sangat2-macam abah n ibu gak)
dok=duduk

Itu je la kot.Penat ikut arahan komander sorang ni,selalu la tarik tangan ajak masuk bilik dia tu,sebab dia nak memunggah peti mainan dia.Masuk je dalam bilik dia suruh on kan lampu,dah on lampu dia suruh duduk kat atas katil,tengok dia main.

Ada 2,3 hari tu Mirza asyik merengek-rengek,sikit je yang tak kena,dia dah mengamuk,agaknya sebab sakit nak keluar gigi lagi,sekarang nak keluar gigi atas dua-dua belah.
Belikan mirza brush teeth yang baru,sebab yang lama tu dia tak berapa nak guna.Bentuk yang lama tu tak macam yang adult punya,jadi cari yang bentuk sama macam adult-dapat yang brand Kodomo=RM3.90,beli kat Tesco.Harap-harap brush teeth yang ni dia suka.



Isnin, 22 Julai 2013

Panduan untuk aku...




MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian

..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak 


kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. 

Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana 


tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya 

tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak 

mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, 

oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan 

oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan 


sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. 

Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? 

Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu 


bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan 

perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. 


Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. 

Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata 

dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun 

dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan 


masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat 

kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik 

atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama 

sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan 

minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana 

perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan 


sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan 

layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.

Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan 

sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang 

memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect 

anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah 

anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia 

melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya 


yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh 

dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. 

Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke 

arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka 

menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang 

tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang 

kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut 


memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. 

Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama 

sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin 


kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, 

papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan 

faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak 


yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan 

ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah 

memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali 


tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam 

setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-

ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan 


perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap 

kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak 

menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika 

dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi 

dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan 

syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang 

serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami 


dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan 

anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam 

sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, 


disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, 

mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan 


berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita 

sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...



c&p dr facebook

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...