Rabu, 29 April 2020

Hari terakhir

30Apr 2020-
Hospital Selayang
2.20 PM

Pukul 13.54 aku dapat call dari Hospital Selayang,dia kata doktor nak jumpa,masa tu aku tengah lipat kain.Aku tak fikir apa-apa,macam biasa mungkin doktor nak update apa-apa cuma semalam doktor baru jumpa,aku agak mungkin doktor nak buat rawatan lain yang perlukan persetujuan aku.

Bila aku sampai,aku terus tuju ke katil semalam,katil 17,sebelum ni katil 15.Aku tengok tirai ditutup,aku ingat nurse tengah "mandikan" has,macam semalam,time-time macamni jugak diorang "mandikan",jadi aku berdiri je dekat tiang tu menunggu.Aku pun takde la dengar nurse kecoh-kecoh cakap pasal apa-apa.

Tiba-tiba doktor datang dekat aku,dia tanya aku isteri Hasnizam ke? aku cakap ye la...dia tanya aku....puan tau suami puan dah takde?Masa tu aku rasa doktor ni mungkin salah orang...mungkin nak bagitau waris patient lain....tapi lepas aku berfikir sejenak,ya betul itu Has,aku meraung....aku telefon Mirza...aku cakap kat dia abah dah meninggal...Aku tak dengar dia menangis,tapi aku dengar dia bagitau kat adik,aku harap anak-anak tabah dengan takdir diorang,lepastu aku telefon Kak Lin ,aku bagitau K.Lin. Kak Lin tenang...aku mintak K.Lin bagitau adik beradik lain.

Aku tak nak telefon mak dulu,aku tau kalau mak dulu,mesti aku tak boleh telefon orang lain dah lepas tu.Mak meraung.....aku meraung.Aku terus letak telefon.

Lepas mak aku telefon Noi...aku bagitau Noi untuk dia inform pada kawan-kawan lain.

Aku duduk sebelah Has,menghayati muka Has sepenuhnya...cuma aku & Has waktu tu.
Has cepatnya Has pergi tinggalkan Aida..............Masa doktor cakap buah pinggang Has dah rosak,Aida cuma membayangkan mungkin Has tak boleh kerja dah.Mungkin Has kena buat dialisis,kan kita pernah bincang pasal orang yang ada diabetis + kena dialisis mungkin tak dapat bertahan lama,jadi,Aida mengharapkan kita ada masa setahun atau 2tahun lagi untuk mengharung hidup ni bersama-sama...at least Aida dah bersedia dengan segala kemungkinan.Tapi siapa kita untuk merancang semua tu.Janji Has dengan Allah dah ditetapkan sampai 30Apr2020, tak cepat tak lambat.
Has pergi tinggalkan orang-orang yang sayang Has....


Lepas bagitau pada orang-orang yang sepatutnya,Aida mintak tolong Che Man belikan makanan untuk anak-anak. Sebab tak tau urusan hospital ni sampai pukul berapa.Mula-mula Aida called Fyzan tapi tak angkat lepastu tu aida called Niza tak angkat jugak,alternatif terakhir adalah Che Man.Che Man belikan nasi untuk diorang. Niza called balik,dia tengokkan anak kita,dia suruh anak-anak duduk rumah Lan,

Has....aida buntu....sementara tunggu orang dari bilik jenazah datang,Aida masih ada masa dengan Has,aida guna masa ni untuk terus menghayati Has untuk kali terakhir....Has,roh Has nampak kan macamana keadaan Aida lepas Has tinggalkan  Aida...Hasssssss💔

Tak perasan pukul berapa...ada orang dari forensik datang ambil Has,bawak Has ke bilik jenazah.
Kat sini ada pendaftaran jugak,dia nak IC Has & IC aida jugak,nasib baik la aida memang bawak Ic Has tu ke mana-mana Aida pergi.Diorang ni jugak yang tolong carikan van dan orang untuk mandikan Has..Masa ni Rudy dari Toyota datang,dia orang pertama yang sampai,lepastu abang Abu,
Orang yang nak mandikan Has pun dah sampai, Rudy & abang Abu yang tolong ustaz tu uruskan Has...Kak Lin & Abang ngah dan tak lama lepas tu Wan pulak sampai masa Has dah nak siap dimandikan.

Bila Has dah siap "handsome2" dengan pakaian terakhir Has,ustaz tu panggil semua orang berkumpul,dia cakap dia tak pernah kenal Has pun,tapi dia tau Has orang yang baik,dia cakap Has bersih-sebersihnya.Alhamdullilah....moga segala kebaikan Has Allah terima dan moga semua dosa Has diampunkan.

Selesai urusan mandi,Aida & K.Lin bergerak balik kerumah kita,Aida nak ambil anak-anak.Aida tinggalkan Has dengan Abang Ngah & Wan,aida tak dapat temankan Has,kalau Aida temankan Has macamana dengan anak-anak.Kita "jumpa" kat kampung nanti ye.



Bila sampai kat rumah aida ambil anak-anak kat rumah Lan,lepastu terus mandi & sembahyang Magribh dan terus tunggu Isyak.Lepas sembahyang jiran-jiran datang berziarah.Syukur ada jiran-jiran yang prihatin.Lepas jiran-jiran beredar Aida,Kak Lin & anak-anak terus bergerak menuju ke kampung.
Dekat tol Rawang ada polis,tapi diorang tak tahan pun...lepas satu roadblok,masa keluar tol polis tahan,dia tanya aku jawab je la,masa nak sampai kat mambang pun ada satu lagi roadblock diorang ok je bagi lepas siap ucapkan takziah.Alhamdulliah perjalanan ini lancar.
Masa Aida & K.Lin sampai Has dah sampai dulu.Ada jiran-jiran kat sini yang buat tahlil. tapi tak ramai,takpe la memang tak boleh ramai pun,nanti kena denda pulak.

Malam last jasad Has didunia, esok Has dah pindah....
Mak & K.Lin temankan Has kat luar 😢😢😢


Mak kata dahi Has berpeluh,mak selalu lapkan peluh Has,aida dapat lap sekali je.


Ahad, 5 April 2020

Jangkitan kuman

Alkisahnya:

Sejak lockdown HA tiap-tiap hari sakit kepala,aku tak ambil berat sangat sebab dia asyik menghadap telefon,jadi aku assume sebab tu.Dah hilang sakit kepala dia  kata macam ada jerawat dekat scrotum macam ada jerawat,dia pandai-pandai buat rawatan sendiri,sampai membengkak besar,baru pergi klinik,seperti telahan aku,klinik just bagi antibiotik & tahan sakit,Doktor tu kata lepas seminggu kalau tak ok pergi hospital,malangnya lepas 2hari dia dah tak boleh tahan sakit,aku suruh pergi KK pulak,pergila dia ke KK dan sepatutnya haritu jugak dia dibawa ke Hospital Selayang tapi dia kata nak bincang dengan keluarga...
Tapi balik tak bincang pun dengan aku,penyakit disimpan 2hari lagi....Dia kata nak tunggu hari Isnin pulak baru nak pergi KK lagi sekali.




Conversation masa kat KK

Aku stress betul la perangai berlengah macam ni, aku paksa juga dia ke Hospital Selayang,hari tu juga,yakni hari Sabtu,pagi Sabtu tu dia dah turun dah sebenarnya tunggu Grab,alih-alih mamat Grab tu tau nak pergi Hospital,dia tak nak ambil untuk keselamatan diri dia dan penumpang-penumpang lain katanya,dia takut HA nak pergi hospital sebab rawatan COVID-19.Pastu dia naik balik sebab tak dapat Grab,aku bukan tak nak hantar,dia yang tak bagi sebab anak-anak tak boleh bawak musim-musim PKPni,road block merata-merata naya je nanti Pak Polis tu suruh patah balik.


                                                     Ini anak-anak amik gambar abah masa tengah tunggu Grab pagi tu.

Aku cari Grab yang offline diorang bagi alasan susah musim PKP ni,
Makanya HA pun berangkat la dengan motor ke Hospital Selayang,tabahnya dia.
Dari pukul 11pagi dia sampai kat hospital sampai last update dia pukul 5pm,dia inform dia confirmed warded.



Lepastu aku tak tau apa jadi kat dia,sampaila ke pukul 1245malam aku dapat call dari hospital kata dia dalam ICU,esok kena operation,dia suruh datang untuk sign surat kebenaran sebab operation ni berisiko tinggi.
Aku decide tinggalkan MA & AH dekat rumah,ajar dia orang berdikari.Tapi sebelum pergi aku dah simpan pisau & gunting siap-siap,kunci bilik semua and berdozzen pesanan aku pada MA,Aku hantar mesej pada K.Lin mintak "tengokkan"diorang sejam sekali.
Kak Lin pulak ingat aku kena stay lama kat hospital K.Lin mintak tolong abanglong untuk ambil diorang.Abanglong dah dapatkan kebenaran dari balai polis tapi masa ni aku dah sampai dekat rumah,so cepat-cepat aku stop abanglong dari datang sini.
Di hospital pulak aku sampai dekat pukul 11am,terus jumpa doktor,apa nama doktor tu aku tak boleh ingat,Doktor tu explain kat aku:
Kuman merebak dengan teruk dan cepat,jadi kena buat operation secepat mungkin,dia kata sepatutnya semalam kena buat tapi disebabkan platlet terlampau rendah,doktor masukkan platlet dulu untuk bekukan darah.Kalau tak buat operation, chances untuk hidup adalah zero....😓 dan risiko buat operation pulak sekiranya pendarahan berlaku risiko untuk sakit jantung & stroke ada disitu.
Aku hanya berserah pada Allah dan percaya doktor tu tahu apa yang dia buat.
Lepas doktor tu,doktor bius pulak buat penerangan.Kena bius sepenuhnya untuk mengelakkan pendarahan yang teruk.
Nurse bagi aku masa 5minit lagi dgn HA,pastu dia kata dia nak siapkan untuk masuk OT.
Aku tunggu sampai 1150,aku tinggalkan dia dengan doa....dan kebergantungan sepenuhnya kepada Sang Pencipta,.
Dah sampai lega aku tengok MA&AH,dan rumah pun tak bersepah sangat.
Aku update yang berkenaan kecuali mak,aku taknak mak risau.
Sampai ke saat aku tulis ni HA belum sedar. Dan doktor akan bagi ubat tidur supaya jantung dia tak stress.Sampai semuanya dah ok baru berhenti bagi ubat tidur.


HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...