Bulan April kesihatan anak-anak agak teruk.Start dari 2hb MA-demam dan muntah-muntah,yang ni HA cuti,bawak dia pergi klinik.Aku pergi kerja naik MRT-sebab kereta HA nak guna.Petang 3 beranak ni datang ambil aku dekat office.Esoknya dia dah boleh pergi sekolah.Alhamdullilah.
9hb-AH,pulak,dah siap-siap nak pergi sekolah,sementara tunggu nak keluar tu tiba-tiba dia muntah.Aku pun kena la ambil EL.Tak bawak dia pergi klinik,kongsi ubat dengan abang je.
13hb-Turn aku & HA pulak,sakit perut,muntah & demam.Dua-dua tersadai.Kesian anak-anak.
15 & 16hb-Lepas balik dari beriadah,MA dah bersin-bersin,petang dia dah start demam.Membawa ke hari isnin-aku nak terus cuti tak boleh,ada kerja yang aku kena settlekan.Jadi angkutla dia ke office.Rezeki aku,boss aku paham.
Dia tidurje dari aku masuk office,sampaila waktu nak balik baru aku bangunkan dia.Nampak dia segar sikit,balik singgah ke klinik keluarga.Macam biasa doktor bagi ubat demam & antibotik.
Pagi selasa aku tengok dia ok,so suruh jugak dia pergi sekolah.
Dalam pukul 4petang,terima call dari cikgu kelas kata MA muntah.Maka nya aku pun timeoff,ambil dia.Sampai kat sekolah tengok dia terbaring kat sofa di bilik guru.Aku pun buat apa yang patut-isi borang dekat pejabat baru ambil dia.Tak isi borang ni tak boleh bawak anak keluar dari kawasan sekolah.
19hb-Turn AH pulak,teacher hantar wassapp kata dia demam-38.3.Aku pun menebalkan muka pada boss ambil half day lagi sekali.Sebenarnya dia dah start demam hari isnin lagi.Masa ambil dia teacher dah beritahu suhu dia 38.Bila pagi aku tengok dia ok,tu aku hantar jugak dia pergi sekolah,Tengok petang makin teruk pulak.
AH demam on & off -petang dia start demam,bawak ke malam,pastu pagi dia nampak ok.Berlarutan sampai seminggu.
Malam ahad bawak dia pergi klinik,dah beritahu doktor tu AH dah demam seminggu,dia cuma cek biasa-biasaje.Bagi ubat demam and antibiotik.Tu je yang mampu dia buat.
23hb-AH masih demam,aku kena datang office,bawak AH sekali.Sekali lagi ambil half day.
Nak buat macamana,bukan aku sengaja nak bawak dia datang.Aku takde pilihan.
Balik aku bawak dia ke HSB,HSB tak nak terima dia suruh pergi KK,aku pun melangkah la ke KK,ingatkan petang orang dah tak ramai,pun ramai jugak,takpela,tunggu je la,tapi takde la menunggu lama sangat.Register-proses saringan-masuk bilik doktor-ambil darah-hantar pergi lab-tunggu result-bawak balik jumpa doktor.
Doktor kata border line ada virus,tapi tak tau virus apa,hari rabu nanti buat test lagi.
Harap-harap takde apa-apa yang serius.Amin.
Tengok dia pun dah makin aktif, dah boleh berperang dengan abang.okla tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan