Sabtu, 29 Disember 2018

Cerita tadika 2018-AH

Masa awal tahun dah pindah atas speedmart.


kecik nya dia.





Sambutan hari Kebangsaan ke-61

Teacher asyik bertukar je-takde yang lama.




Kenapa muka macam tu ntah.


Tak banyak gambar dah sekarang,sebab teacher dah hantar gambar macam dulu.

Rabu, 26 Disember 2018

Berkelah hujung tahun 2018


Mat Affan









Apartment 2 bilik-tingkat 9.

View dari tingkat 2-studio room
Pintu masuk yang belang-belang.Bilik ke-2 yang ada kasut-toilet pintu ke-3


View dari bilik kitaorang-seluas mata memandang.

Model tengah beraksi

Apartment 2bilik-1 bilik air
Hujung tahun 2018-Jalan-jalan ni untuk meraikan birthday MA,mak ada kat rumah ni stayed for 2weeks,jadi sebelum cuti sekolah habis, hantar mak balik kampung.Sebelum mak datang sini MA tinggal kat kampung,cuti sekolah,mau pulak dia tinggal kat kampung.

Mak bersemangat nak berkelah-sibuk mak masak rendang ayam pagi tu buat makanan berkelah,lauk-laik lain Nyah yang masak.Sampai Lumut,awal lagi dalam pukul12, nak check in pun tak boleh so mencari port nak berkelah-nak duduk kat pantai panas sangat,jadi dapat port bawah pokok yang redup ni pun ok je.Maka berkelah la kami kat sini,memakan bekalan yang dibawak dari rumah.

Pencarian hotel dah lama,tapi tak ada kata putus jadi tak buat booking,nasib baik last minute jumpa hotel ni-Marina Height Apartment.Lagipun masa ni orang ramai sambung cuti sebab hari Selasa adalah Krismas.

Baru sangat buka ni,mungkin masa cuti sekolah ni baru buka untuk menampung demand tinggi masa cuti sekolah.Baru buka 2 atau 1 block je,block lain-lain masih dalam proses lagi.

Hotel ni ok sangat-kami booked apartment 2bilik- apartment besar,bilik kami dapat view yang cantik.
Tapi design dia macam kurang best-sebab tv,mini bar & sinki dalam masterbed room,jadi orang bilik ke-2 kalau nak tengok tv ke nak guna sinki ke kena masuk dalam master bedroom.
Harga untuk apartment 2 bilik-RM313 booked dekat booking.com.
Sebab baru lagi-staff tak cukup kot,takde check in kaunter kat sini-jd kena check in dekat Marina Cove.Tapi slownya proses check in-sebab manual,semua tulis tangan.

Nyah pulak ambil studio room-RM211-bilik diorang tingkat 2 rasanya jadi dapat view swimming pool.Diorang pulak joint last minute,nasib baik ada lagi bilik kosong.

 Masa baru check in mak dapat call dari jiran opah kat kampung,kata opah jatuh kerusi,Allah,mak  dah tak senang duduk,nak balik,mak call ucu mintak ucu tengokkan,kalau teruk baru kitaorang balik kot. Nasib baik  la ucu tak jadi joint kalau tak,siapa nak tengok opah.

Pagi esoknya ada breakfast.Menu biasa-biasa je,nasi lemak wajib ada-ada bihun,mee,kuew tiow,roti.
Kuih tak de.OK la tu

Lepas breakfast geng kolam masuk kolam balik,aku & mak duduk dalam bilik je. Malas joint geng kolam.Lepas diorang naik,lepak-lepak pukul 12 baru check out.


Esok nya-kami balik ke sarang kami.MA dah menunjukkan tanda-tanda demam,banyak sangat berendam.
Geng kolam


Jumaat, 30 November 2018

MA -Cerita akhir tahun

Zaman sekarang takde ambil gambar kelas dah ke?

Ni kes ibu malas nak iron baju sekolah-ko pakai la baju tu.



Dengan Ustazah Ayu


Alhamdullilah...dah selamat dah darjah 1 MA-Gambar-gambar ni masa hari penyampaian hadiah dan hari selepas.
Ustazah Ayu-Ustazah kelas 1 Ar Razi-Terima kasih ustazah.Tahun depan MA dapat lagi ustazah Ayu jadi guru kelas.




Khamis, 18 Oktober 2018

Lawatan ke Klinik Gigi Iman

Hari ni AH ada lawatan ke Klinik Gigi-dekat je takpe la aku lepaskan,haritu sekolah ada buat lawatan tapi jauh sampai ke Seremban,aku tak tergamak lepaskan dia.

Lepas dari lawatan klinik ni-dia tukar nama klinik jadi Klinik Adik.

Layan gambar dia jela.





Dapat free gift-dalam tu ada kalendar,balik rumah abang koyakkan kalendar.Meraung dia,kesian AH.

Sabtu, 4 Ogos 2018

Masa untuk bertukar


Masa balik raya-
Tukar tayar belakang belah penumpang-sebab tayar dah koyak,nasib baik la ipar aku perasan,kalau tak kalau jadi apa-apa dekat highway dah berganda-ganda susahnya.
Tukar dekat kedai mambang-Tayar Silverstone-RM145

6 July-Masa untuk tukar specs untuk kesekian kalinya,entah dah tak terkira berapa kali tukar.
Buat dekat kedai biasa dalam The Store.
Kali ni katanya power aku turun belah kiri  675 kanan 750 dan silau 075.
Harga pulak RM500.

4 Aug- .Masa untuk tukar bateri kereta pulak,2-3 hari sebelum kejadian aku dah perasan bunyi bateri yang dah weak,tapi lenjan jugak lagi,sampai la malam Sabtu tu memang tujuan keluar untuk cari bateri,tapi kedai semua dah tutup,tak dapat la nak tukar,on the way balik singgah beli burger kat gerai tepi jalan,matikan enjin sebab masa menunggu tu lama.Burger dah sampai,nak start kereta dah tak boleh,HA pergi workshop yang tak jauh dari situ,dia kata dia takde bateri.Cari bateriku.com pun tak dapat membantu sebab diorang punya orang available lepas pukul 11pm je.HA jumpa no phone kedai dekat SU yang ada servis 24jam-orang tu pun kata ok boleh datang,lega..sementara tunggu orang tu datang melepak la kami dalam kedai makan tu,makan burger tadi.Tak lama lepastu orang tu pun sampai dan proses menukar bateri berjalan dengan lancar.Dia kata bateri tak charge mungkin sebab ada problem dengan belt.(Aku tak tau -aku dengar belt ke bar ke) dia suruh bawak ke workshop.
Ok terima kasih en pomen,atas service.Bateri lama baru tukar setahun yang lepas takkan cepat sangat,selalu aku guna lebih dari setahun.

Alhamdullillah Allah permudahkan semuanya.Aku takut kalau kereta breakdown bila aku tengah drive sorang-sorang.

Selasa, 24 April 2018

Ujian Kecil

Bulan April kesihatan anak-anak agak teruk.Start dari 2hb MA-demam dan muntah-muntah,yang ni HA cuti,bawak dia pergi klinik.Aku pergi kerja naik MRT-sebab kereta HA nak guna.Petang 3 beranak ni datang ambil aku dekat office.Esoknya dia dah boleh pergi sekolah.Alhamdullilah.

9hb-AH,pulak,dah siap-siap nak pergi sekolah,sementara tunggu nak keluar tu tiba-tiba dia muntah.Aku pun kena la ambil EL.Tak bawak dia pergi klinik,kongsi ubat dengan abang je.

13hb-Turn aku & HA pulak,sakit perut,muntah & demam.Dua-dua tersadai.Kesian anak-anak.

15 & 16hb-Lepas balik dari beriadah,MA dah bersin-bersin,petang dia dah start demam.Membawa ke hari isnin-aku nak terus cuti tak boleh,ada kerja yang aku kena settlekan.Jadi angkutla dia ke office.Rezeki aku,boss aku paham.
Dia tidurje dari aku masuk office,sampaila waktu nak balik baru aku bangunkan dia.Nampak dia segar sikit,balik singgah ke klinik keluarga.Macam biasa doktor bagi ubat demam & antibotik.
Pagi selasa aku tengok dia ok,so suruh jugak dia pergi sekolah.
Dalam pukul 4petang,terima call dari cikgu kelas kata MA muntah.Maka nya aku pun timeoff,ambil dia.Sampai kat sekolah tengok dia terbaring kat sofa di bilik guru.Aku pun buat apa yang patut-isi borang dekat pejabat baru ambil dia.Tak isi borang ni tak boleh bawak anak keluar dari kawasan sekolah.

19hb-Turn AH pulak,teacher hantar wassapp kata dia demam-38.3.Aku pun menebalkan muka pada boss ambil half day lagi sekali.Sebenarnya dia dah start demam hari isnin lagi.Masa ambil dia teacher dah beritahu suhu dia 38.Bila pagi aku tengok dia ok,tu aku hantar jugak dia pergi sekolah,Tengok petang makin teruk pulak.
AH demam on & off -petang dia start demam,bawak  ke malam,pastu pagi dia nampak ok.Berlarutan sampai seminggu.
Malam ahad bawak dia pergi klinik,dah beritahu doktor tu AH dah demam seminggu,dia cuma cek biasa-biasaje.Bagi ubat demam and antibiotik.Tu je yang mampu dia buat.

23hb-AH masih demam,aku kena datang office,bawak AH sekali.Sekali lagi ambil half day.
Nak buat macamana,bukan aku sengaja nak bawak dia datang.Aku takde pilihan.
Balik aku bawak dia ke HSB,HSB tak nak terima dia suruh pergi KK,aku pun melangkah la ke KK,ingatkan petang orang dah tak ramai,pun ramai jugak,takpela,tunggu je la,tapi takde la menunggu lama sangat.Register-proses saringan-masuk bilik doktor-ambil darah-hantar pergi lab-tunggu result-bawak balik jumpa doktor.
Doktor kata border line ada virus,tapi tak tau virus apa,hari rabu nanti buat test lagi.
Harap-harap takde apa-apa yang serius.Amin.
Tengok dia pun dah makin aktif, dah boleh berperang dengan abang.okla tu.

Sabtu, 6 Januari 2018

Birthday


Tahun ni menyambut ulangtahun kelahiran di Fuga Village,Melaka.
Best tempat ni sunyi je.selalu pergi Melaka masuk town,tapi kali ni mencari kelainan pergi tempat yang kitaorang tak pernah sampai.Jadi sampailah kami anak beranak ke Pengkalan Balak.
Chalet kat sini tak banyak,tak sampai sepuluh pun,jadi tu sebab sunyi je.
Owner bukan orang tempatan,tak tau dari mana.macamana dia boleh terjebak buat chalet kat sini tak pulak aku terpikir nak tanya.
Kitaorang ambil 1 chalet- boleh la anak kecik-kecik lagi boleh semua orang tidur atas 1 katil.Dalam bilik pulak takde tv,kalau nak tengok tv pergi tengok dekat "lobi" dia.
Tak ada apa sangat aktivit dekat sini,lepak-lepak kat pantai,lepak-lepak kat bilik pastu lepak-lepak makan.Tu je la aktivitinya.Ohh ada lagi satu,sebelah chalet ni ada pusat konservasi penyu,jadi kami pun melawat penyu yang bermaustatin dekat situ.
Dekat dalam Fuga ni ada swimming pool,tapi masa kami datang swiming pool tak boleh digunakan,jadi budak berdua ni berlari kesana-sini dalam kawasan ni,ada masa melepak kat swimming pool tu.Risau je aku si AH terjun masuk dalam swimming pool tu.
Tengok aktiviti diorang. Sampai sini je cerita kat Pengkalan Balak.
*Ada ternampak satu chalet yang menarik-Kg Pinang sebatang.mungkin next time.
Apa la yang difikirkan

Dah bertukar posisi


Ada peti ais kecik,ada kettle,ada coffee




Sibuk nak interframe

Model toilet bowl

Aktiviti berjemur

Budak ni penakut sikit,makanya dia layan ombak je.

Dah main pasir pulak





HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...