Selasa, 27 Jun 2017

Warna-warni Aidilfitri 2017

Perjalanan balik kampung kali ni  tak dirancang sebaiknya,tapi syukur jalan tak sesak sangat.Aku dah memang apply cuti hari jumaat,walaupun tak balik kampung lagi,tapi dah takde mood nak pergi office.Fikir nak balik kampung je.HA boleh start cuti hari Sabtu je,dia akan bercuti panjang-2minggu.Tiba-tiba petang khamis HA bagitau dia dapat cuti hari Jumaat.Aku ada urusan yang harus diselesaikan,jadi tetap tak boleh balik.Lepas selesai urusan dekat sini barula kitaorang bergerak ke kampung dalam pukul 11pagi.
Highway takde la jem teruk,setengah-setengah tempat je yang sangkut.Sampai dekat Bidor jem,jadi kereta semua bergerak perlahan,masa ni la baru aku ternampak  kereta sebelah ada baju raya bergantungan.....lepas tu aku tengok belakang kereta aku.....takde baju yang bergantungan.....alamak baju raya tertinggal...😓😓😓,tak tau nak gelak ke nak nangis.
Tertinggal sebab aku dah siap iron baju-baju tu pastu aku sangkut kat tingkap,konon senang nak nampak....ye la nampak sangat sampai terlupa nak hangkut.Takpe la xde rezeki nak pakai baju tu di pagi raya.
Exit tol Tapah terus menuju ke hari2,tapi takde yang berkenan,pikir-pikir balik rumah dulu rehat,malam nanti baru keluar cari baju.Kebetulan adik ipar ada kat rumah masa kitaorang sampai,mak kata dia ada jual baju bentuk baju melayu tapi kain t-shirt,so ok lah aku set dengan dia nak tengok esok nya.Keesokannya aku beramai-ramai pergi kat rumah dia tengok,berkenan,harga pun murah sebab dia nak clearkan stock,so dapat la baju yang tak sama warna.apa salahnya ke kan...
Jadi ini lah baju raya kami untuk tahun 2017.
HA kata betul dugaan raya Aida macam iklan raya TNB tu.




Anak-anak di pagi raya

Kami 4 beradik-sorang beraya diperantauan.

Tenggelam opah dengan cucu-cucu



Beraya ke rumah atuk pulak

Menantu yang ada.Tak cukup jugak

Mana MA?MA yang MIA


Opah "tenggelam"


Weeee

Beraya sorang-sorang di Pahang

Beraya kat rumah opah pulak




Itu je cerita raya kami...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...