Memang aku merancang untuk sunatkan dia sebelum dia masuk darjah 1,sebab pendedahan pada cerita-cerita bersunat ni dia belum dapat secara meluas,setakat ni dia tau bersunat tu dari cerita upin & ipin.Takde la dia dimomokkan dengan benda-benda yang mengerikan.
Dan Alhamdullilah dia telah disunatkan secara "laser" pada 3Dec-2 minggu sebelum dia berumur 6tahun.
Start cuti sekolah aku dah mula mencari-cari klinik yang berdekatan yang ada buat sunat,dah ada beberapa klinik dalam senarai dekat Shah Alam,harga pun ok tapi kaedah clamp.
Tiba-tiba satu malam tu lepas kitaorang balik makan,nampak la banner kecik "Pendaftaran berkhatan dibuka"kt klinik Tasik biru.Maka kami pun menerjah klinik tu untuk tanya details.Diorang buat kaedah laser dengan harga RM170.OK dahtu,dekat & harga pun ok.Maka kami pun mendaftarkan MA.
Sampai pada hari yang dan masa yg ditetapkan 3dec-11am,kami pun pergi ke klinik,pergi 1030,menunggu lama jugak-sejam.Sebab ada 4 orang lagi yang tengah tunggu turn,sebelum MA punya turn dia dihidangkan dengan drama seorang budak yang menangis kat dalam bilik operasi tu,lepas budak tu siap disunatkan,budak tu berlari keluar dengan tak berseluar,aku dah risau MA terganggu dengan situasi tu,bila aku tanya MA,dia kata ok dia budak lelaki.Lega sikit.
Masa MA disunatkan dia tak nangis pun ok je.Tapi bila dah nak turun kereta dia dah mula rasa sakit sebab bius dah habis,bila sampai rumah,siap-siapkan tempat dia,dia dah mula meraung....suruh dia makan sikit lepastu terus bagi ubat tahan sakit dan antibiotik yang dibekalkan dari klinik.
Ingatkan senang nak jaga budak pantang sunat ni,ingatkan kena jaga makan je,tapi tak ye...yang paling penting kena jaga luka tu,kena bersihkan,kena keringkan.
Aku tak tau kalau teknik clamp & tradisional macamana jaga.Tapi ini cara jaga untuk teknik laser yang di ajar doktor ;
1) 2 hari pertama jangan kena kan air.
2) Lepas 2 hari mandi boleh kena air,lepas mandi kena keringkan-sila ambil perhatian kat bahagian-bahagian yang terselindung,lap-lap keringkan.
Aku geramje tengok keruping-keruping tu,masa mandi tu banyakkan kena air.
3) 3 x sehari sapu krim yang doktor bagi
Masa sunat ni mak pun ada duduk kat rumah,bila ada orang tua ni ada la bantuan yang mana-mana kita tak tau,mak tau.Jadi senang sikit.
Dengan izin Allah-hari ke-5 dia dah boleh pakai seluar-tapi bukan la seluar yang ketat,seluar yang besar-besar yang longgar,nampak mula-mula dia pakai seluar tu terbongkok-bongkok dia berjalan.nak mengelakkan supaya tak terkena.Lepas 2hari pakai seluar,aku suruh pulak dia pakai under wear,tengok dah pakai dia ok,ok lah tu.
Alhamdullillah...lepas dah satu kewajipan kami ke atas dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan