Jumaat, 22 Disember 2017

PERSEDIAAN KE DARJAH 1


3 hari sebelum MA bersunat aku bawak dia pergi beli baju sekolah,tak nak mencari last minute.Nanti kelam kabut,sementara tengah tak de buat apa-apa ni kan,nanti bila dia dah bersunat tak boleh kelaur pulak.
Tak pergi jauh pun dekat Pasaraya KW je,senang & harga mampu milik,pergi dengan mak sekali.Awal-awal ni takde la bersesak dengan orang,lapang je nak pilih baju pun tak rasa rushing.
Beli baju dulu kasut nanti cari kemudian kat tempat lain.
Ini untuk rekod aku,untuk tahun-tahun akan datang,bila AH nak masuk darjah 1 nanti,jadi boleh le buat anggaran & tahu jugak apa yang nak dibeli.Aku pelupa,bila dah ada kat sini nanti senang refer je kat sini.
Macam kamus-kamus tu sepatutnya tak payah beli,itu pun ada yang aku dah potong dari list yang dibagi pihak sekolah.Kalau ikut apa yang ada dalam list tu membazir je,kalau digunakan takpe,ni dah beli tak guna.

                           Pakaian

Butiran





Bil  





Harga



            Jumlah
Baju putih lengan pendek-Bestari 2 14.90 29.80
Baju melayu-Cemerlang 2 27.90 55.80
Seluar pendek-Cemerlang 2 17.90 35.80
Sampin hijau  2 10.00 20.00
Kasut Asadi( The store) 1 34.90 34.90
Kasut cemerlang (KW) 1 26.90 26.90
Singlet 2 7.90 15.80
T-shirt putih (standby PJ) 1 8.90 8.90
Stoking 3pasang 1 9.90 9.90
Bekas air 1 8.90 8.90
 Songkok            RM10                                       256.70                                                                          


Keperluan Sek Agama (Beli di sekolah)
Buku tulis
Iqra
Lencana 1 2 2
Jumlah 53.00
Keperluan Sek Kebanggsaan(Beli di Sekolah)
Baju PJK-lengan panjang 2 19.50 39.00
Seluar PJK 1 21.90 21.90
Tie 1 14.00 14.00
Pembalut buku tulis (10 SHEETS) 1 5.00 5.00
Pelbagai buku tulis 16 0.90 14.40
Fail Peribadi-wajib 1 10.00 10.00
Lencana 1set-3kpg 1 5.00 5.00
Buku sifir *tak wajib 1 2.20 2.20
Beg + buku lukisan* tak wajib 1 8.50 8.50
Magic cover-pembalut buku teks 1 10.50 10.50
Buku +pembaris I think-wajib 1 2.90 2.90
Kamus kosa kata*tak wajib 1 9.80 9.80
Kamusbgambar m/bahasa *xwajib 1 14.90 14.90
Buku rampaian Bahasa Melayu 1 4.90 4.90
Buku rampai Matematik 1 4.90 4.90
Buku rampaian Sains 1 4.90 4.90
153.30


Yang ini pulak  yuran pendaftaran di sekolah :
Sekolah Agama                 RM183.00
Sekolah Kebanggsaan       RM  84.00
Transit                               RM150.00
Van Sekolah                      RM110.00 (4 trip)
                                     
Jumlah keseluruhan          RM1009.50
472.50




Isnin, 4 Disember 2017

MA BERSUNAT

Memang aku merancang untuk sunatkan dia sebelum dia masuk darjah 1,sebab pendedahan pada cerita-cerita bersunat ni dia belum dapat secara meluas,setakat ni dia tau bersunat tu dari cerita upin & ipin.Takde la dia dimomokkan dengan benda-benda yang mengerikan.
Dan Alhamdullilah dia telah disunatkan secara "laser" pada 3Dec-2 minggu sebelum dia berumur 6tahun.
Start cuti sekolah aku dah mula mencari-cari klinik yang berdekatan yang ada buat sunat,dah ada beberapa klinik dalam senarai dekat Shah Alam,harga pun ok tapi kaedah clamp.
Tiba-tiba satu malam tu lepas kitaorang balik makan,nampak la banner kecik "Pendaftaran berkhatan dibuka"kt klinik Tasik biru.Maka kami pun menerjah klinik tu untuk tanya details.Diorang buat kaedah laser dengan harga RM170.OK dahtu,dekat & harga pun ok.Maka kami pun mendaftarkan MA.
Sampai pada hari yang dan masa yg ditetapkan 3dec-11am,kami pun pergi ke klinik,pergi 1030,menunggu lama jugak-sejam.Sebab ada 4 orang lagi yang tengah tunggu turn,sebelum MA punya turn dia dihidangkan dengan drama seorang budak yang menangis kat dalam bilik operasi tu,lepas budak tu siap disunatkan,budak tu berlari keluar dengan tak berseluar,aku dah risau MA terganggu dengan situasi tu,bila aku tanya MA,dia kata ok dia budak lelaki.Lega sikit.
Masa MA disunatkan dia tak nangis pun ok je.Tapi bila dah nak turun kereta dia dah mula rasa sakit sebab bius dah habis,bila sampai rumah,siap-siapkan tempat dia,dia dah mula meraung....suruh dia makan sikit lepastu terus bagi ubat tahan sakit dan antibiotik yang dibekalkan dari klinik.
Ingatkan senang nak jaga budak pantang sunat ni,ingatkan kena jaga makan je,tapi tak ye...yang paling penting kena jaga luka tu,kena bersihkan,kena keringkan.
Aku tak tau kalau teknik clamp & tradisional macamana jaga.Tapi ini cara jaga untuk teknik laser yang di ajar doktor ;
1) 2 hari pertama jangan kena kan air.
2) Lepas 2 hari mandi boleh kena air,lepas mandi kena keringkan-sila ambil perhatian kat bahagian-bahagian yang terselindung,lap-lap keringkan.
Aku geramje tengok keruping-keruping tu,masa mandi tu banyakkan kena air.
3) 3 x sehari sapu krim yang doktor bagi
Masa sunat ni mak pun ada duduk kat rumah,bila ada orang tua ni ada la bantuan yang mana-mana kita tak tau,mak tau.Jadi senang sikit.
Dengan izin Allah-hari ke-5 dia dah boleh pakai seluar-tapi bukan la seluar yang ketat,seluar yang besar-besar yang longgar,nampak mula-mula dia pakai seluar tu terbongkok-bongkok dia berjalan.nak mengelakkan supaya tak terkena.Lepas 2hari pakai seluar,aku suruh pulak dia pakai under wear,tengok dah pakai dia ok,ok lah tu.
Alhamdullillah...lepas dah satu kewajipan kami ke atas dia.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...