Khamis, 23 Februari 2017

Opah......



Gambar opah lepas balik appointment dengan doktor....Ucu & Mira yang bawak.
Tak tau kenapa rasa sayu tengok gambar opah ni.Opah dikategorikan sihat lagi,sebab boleh duduk sorang-sorang,buat segala-galanya seorang pada usia 89 tahun.
Sunyi hidup opah sekarang...dulu masa kecik-kecik selalu pergi rumah opah,walaupun kena turun naik bas.Kalau tak naik bas pun ucu yang bawak.Bila hari raya -petang raya pertama balik rumah opah,tidur dekat rumah opah 2-3 hari,sekarang bila dah besar,masing-masing dah ada kereta makin kurang melawat opah.Sepatutnya sekarang ni la ambik kesempatan untuk habiskan waktu dengan opah.
Balik raya pun balik kejap je,balik tengah hari,sebelum malam dah sibuk nak balik dah.Apala salahnya tidur 1 malam sekurang-kurangnya,tentu opah seronok.
Bila nak balik mesti opah cakap ingatkan nak tidur sini.
Rindu dengan nasi goreng belacan opah,opah masak sedap & teliti sangat.Susah nak memenuhi standard kesedapan opah.
Komitmen masing-masing,dah kawin sibuk dengan family sendiri.Macamtu la kitaran kehidupan kita.Nanti bila aku dah tua,aku pulak yang akan hadapi situasi ni,itupun kalau sempat tua.




 Sajer nak simpan gambor opah kat sini,ni kerja Qila & Nina la ni-menggayakan onyang diorang.
Opah stay dengan mak-sebab kejadian tangan patah untuk kali ke 2 nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...