Khamis, 23 Februari 2017

Opah......



Gambar opah lepas balik appointment dengan doktor....Ucu & Mira yang bawak.
Tak tau kenapa rasa sayu tengok gambar opah ni.Opah dikategorikan sihat lagi,sebab boleh duduk sorang-sorang,buat segala-galanya seorang pada usia 89 tahun.
Sunyi hidup opah sekarang...dulu masa kecik-kecik selalu pergi rumah opah,walaupun kena turun naik bas.Kalau tak naik bas pun ucu yang bawak.Bila hari raya -petang raya pertama balik rumah opah,tidur dekat rumah opah 2-3 hari,sekarang bila dah besar,masing-masing dah ada kereta makin kurang melawat opah.Sepatutnya sekarang ni la ambik kesempatan untuk habiskan waktu dengan opah.
Balik raya pun balik kejap je,balik tengah hari,sebelum malam dah sibuk nak balik dah.Apala salahnya tidur 1 malam sekurang-kurangnya,tentu opah seronok.
Bila nak balik mesti opah cakap ingatkan nak tidur sini.
Rindu dengan nasi goreng belacan opah,opah masak sedap & teliti sangat.Susah nak memenuhi standard kesedapan opah.
Komitmen masing-masing,dah kawin sibuk dengan family sendiri.Macamtu la kitaran kehidupan kita.Nanti bila aku dah tua,aku pulak yang akan hadapi situasi ni,itupun kalau sempat tua.




 Sajer nak simpan gambor opah kat sini,ni kerja Qila & Nina la ni-menggayakan onyang diorang.
Opah stay dengan mak-sebab kejadian tangan patah untuk kali ke 2 nya.

Selasa, 21 Februari 2017

Dah 12 tahun-22.02-2005-21.02.2017

CHAN KWAI YIN@AISAH ABDULLAH

Post ni dari tahun 2013-tapi aku terdelete,akhirnya aku jumpa jugak post ni.

Tahun ni dah 8 tahun arwah opah (sebelah ayah) meninggalkan kami.Sedihnya.... :-(.
Kenangan yang masih melekat kuat dalam kepala otak ni tentang arwah opah.Sengaja nak tulis dekat sini takut satu hari nanti aku lupa....aku ni ada sms.

-Tolong opah kopek petai untuk berniaga.tolong isikan serbuk ubat yang opah buat sendiri untuk ubat darah tinggi dalam kapsul ubat


-Masa opah berniaga dekat pasar kampar-masa ni pasar dekat bawah target,selalu.kadang-kadang je sebenarnya. temankan opah berniaga kat  situ.Ada satu hari tu masa kat market ni la opah suruh karenkan rambut depan,rasanya aku belum sekolah lagi masa ni.Lantas aku pun mintak mak karenkan rambut aku,maka merasa lah aku rambut karen....karenkan rambut kat kedai dalam bazar-ada lagi ke kedai tu?

karen=kerintingkan rambut.

-Belajar bahasa cina dengan opah-aku tanya words yang aku nak tahu dalam bahasa cina,pastu aku tulis dalam buku.Buku tu dah dibuang rasanya.Selalu tanya opah macam-macam,tapi semua tu dah lupus dari ingatan.Aktiviti ni berlaku waktu hujan kat "kedai" yang dah diconvertkan jadi dapur.Yang belajar ni aku & anis.Mak pun ada sekali.Belajar tak habis.sekarang bila opah dah takde baru rasa menyesal kenapa tak belajar betul-betul.

*Sekarang aku tengah layan lagu My baby you(tak ade kena mengena langsung dengan cerita opah ni)

-Opah tiap-tiap hari waktu petang akan turun ke rumah kami,lepak-lepak,minum-minum & sembang-sembang.Magrihb opah pun balik rumah opah balik.


-Opah tak sempat tengok aku kahwin.Nasib baik masa aku bertunang opah ada datang.


-Word yang opah selalu sebut & jadi ikutan kitaorang-"bodoh punya orang".


-Selalu tidur dengan opah,dekat rumah opah.


-Aku temankan mak uruskan A-Z pasal operation mata opah.Rasanya ada katarak kot.Urusan kat Chinese Maternity Hospital Ipoh.



-Pernah temankan opah bermalam kat hospital.bermalam ke? entah macam tak ingat aku tidur kat hospital ke atau tak.


-Yang ni paling-paling aku ingat-petang tu macam biasa lepak-lepak dengan opah,petang tu mak goreng keropok ikan,masa tea-time tu opah mengimbas kenangan dengan arwah atuk,opah cerita macamana atuk tackle opah,masa kitaorang gelak-gelak tu,tiba-tiba aku tengok ada darah keluar dari hidung opah-banyak sangat,sampai 1 towel bersaiz towel good morning tu penuh dengan darah opah.aku takut dan tak tau nak buat apa.semua orang kelam kabut....bawak opah ke hospital,doktor kata nasib baik darah tu keluar ikut hidung,kalau tak opah boleh dapat stroke.Start dari sini opah mula sakit-sakit.

Masa opah sakit opah duduk kat rumah kitaorang.mak yang banyak jaga opah.Sampai mak nak pergi haji opah diserahkan pada ucu rosli.Sampai la ke akhir hayat opah kat rumah ucu.

-Ikut cerita ucu,masa opah nak menghembuskan nafas terakhir tu senang sangat,lepas opah makan opah masuk toilet,pastu opah tidur.Rasa aku opah meninggal masa tidur(part ni aku tak ingat).Aku pulak pada 22.02.2005 ada dekat office.Aku dapat call dari Anis,dia cakap sambil menangis......opah dah takde...

Aku terkejut sangat.Terus mintak balik dari Lilian.Aku telefon has,tanya dia nak ikut ke tak,dia kata tak.Aku pun balik rumah tunggu cik & ijam,dan aku pun terus memecut balik kampar...........Syukur aku sempat jumpa opah buat kali terakhir................

*Al fatihah untuk arwah opah.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...