Jumaat, 22 Disember 2017

PERSEDIAAN KE DARJAH 1


3 hari sebelum MA bersunat aku bawak dia pergi beli baju sekolah,tak nak mencari last minute.Nanti kelam kabut,sementara tengah tak de buat apa-apa ni kan,nanti bila dia dah bersunat tak boleh kelaur pulak.
Tak pergi jauh pun dekat Pasaraya KW je,senang & harga mampu milik,pergi dengan mak sekali.Awal-awal ni takde la bersesak dengan orang,lapang je nak pilih baju pun tak rasa rushing.
Beli baju dulu kasut nanti cari kemudian kat tempat lain.
Ini untuk rekod aku,untuk tahun-tahun akan datang,bila AH nak masuk darjah 1 nanti,jadi boleh le buat anggaran & tahu jugak apa yang nak dibeli.Aku pelupa,bila dah ada kat sini nanti senang refer je kat sini.
Macam kamus-kamus tu sepatutnya tak payah beli,itu pun ada yang aku dah potong dari list yang dibagi pihak sekolah.Kalau ikut apa yang ada dalam list tu membazir je,kalau digunakan takpe,ni dah beli tak guna.

                           Pakaian

Butiran





Bil  





Harga



            Jumlah
Baju putih lengan pendek-Bestari 2 14.90 29.80
Baju melayu-Cemerlang 2 27.90 55.80
Seluar pendek-Cemerlang 2 17.90 35.80
Sampin hijau  2 10.00 20.00
Kasut Asadi( The store) 1 34.90 34.90
Kasut cemerlang (KW) 1 26.90 26.90
Singlet 2 7.90 15.80
T-shirt putih (standby PJ) 1 8.90 8.90
Stoking 3pasang 1 9.90 9.90
Bekas air 1 8.90 8.90
 Songkok            RM10                                       256.70                                                                          


Keperluan Sek Agama (Beli di sekolah)
Buku tulis
Iqra
Lencana 1 2 2
Jumlah 53.00
Keperluan Sek Kebanggsaan(Beli di Sekolah)
Baju PJK-lengan panjang 2 19.50 39.00
Seluar PJK 1 21.90 21.90
Tie 1 14.00 14.00
Pembalut buku tulis (10 SHEETS) 1 5.00 5.00
Pelbagai buku tulis 16 0.90 14.40
Fail Peribadi-wajib 1 10.00 10.00
Lencana 1set-3kpg 1 5.00 5.00
Buku sifir *tak wajib 1 2.20 2.20
Beg + buku lukisan* tak wajib 1 8.50 8.50
Magic cover-pembalut buku teks 1 10.50 10.50
Buku +pembaris I think-wajib 1 2.90 2.90
Kamus kosa kata*tak wajib 1 9.80 9.80
Kamusbgambar m/bahasa *xwajib 1 14.90 14.90
Buku rampaian Bahasa Melayu 1 4.90 4.90
Buku rampai Matematik 1 4.90 4.90
Buku rampaian Sains 1 4.90 4.90
153.30


Yang ini pulak  yuran pendaftaran di sekolah :
Sekolah Agama                 RM183.00
Sekolah Kebanggsaan       RM  84.00
Transit                               RM150.00
Van Sekolah                      RM110.00 (4 trip)
                                     
Jumlah keseluruhan          RM1009.50
472.50




Isnin, 4 Disember 2017

MA BERSUNAT

Memang aku merancang untuk sunatkan dia sebelum dia masuk darjah 1,sebab pendedahan pada cerita-cerita bersunat ni dia belum dapat secara meluas,setakat ni dia tau bersunat tu dari cerita upin & ipin.Takde la dia dimomokkan dengan benda-benda yang mengerikan.
Dan Alhamdullilah dia telah disunatkan secara "laser" pada 3Dec-2 minggu sebelum dia berumur 6tahun.
Start cuti sekolah aku dah mula mencari-cari klinik yang berdekatan yang ada buat sunat,dah ada beberapa klinik dalam senarai dekat Shah Alam,harga pun ok tapi kaedah clamp.
Tiba-tiba satu malam tu lepas kitaorang balik makan,nampak la banner kecik "Pendaftaran berkhatan dibuka"kt klinik Tasik biru.Maka kami pun menerjah klinik tu untuk tanya details.Diorang buat kaedah laser dengan harga RM170.OK dahtu,dekat & harga pun ok.Maka kami pun mendaftarkan MA.
Sampai pada hari yang dan masa yg ditetapkan 3dec-11am,kami pun pergi ke klinik,pergi 1030,menunggu lama jugak-sejam.Sebab ada 4 orang lagi yang tengah tunggu turn,sebelum MA punya turn dia dihidangkan dengan drama seorang budak yang menangis kat dalam bilik operasi tu,lepas budak tu siap disunatkan,budak tu berlari keluar dengan tak berseluar,aku dah risau MA terganggu dengan situasi tu,bila aku tanya MA,dia kata ok dia budak lelaki.Lega sikit.
Masa MA disunatkan dia tak nangis pun ok je.Tapi bila dah nak turun kereta dia dah mula rasa sakit sebab bius dah habis,bila sampai rumah,siap-siapkan tempat dia,dia dah mula meraung....suruh dia makan sikit lepastu terus bagi ubat tahan sakit dan antibiotik yang dibekalkan dari klinik.
Ingatkan senang nak jaga budak pantang sunat ni,ingatkan kena jaga makan je,tapi tak ye...yang paling penting kena jaga luka tu,kena bersihkan,kena keringkan.
Aku tak tau kalau teknik clamp & tradisional macamana jaga.Tapi ini cara jaga untuk teknik laser yang di ajar doktor ;
1) 2 hari pertama jangan kena kan air.
2) Lepas 2 hari mandi boleh kena air,lepas mandi kena keringkan-sila ambil perhatian kat bahagian-bahagian yang terselindung,lap-lap keringkan.
Aku geramje tengok keruping-keruping tu,masa mandi tu banyakkan kena air.
3) 3 x sehari sapu krim yang doktor bagi
Masa sunat ni mak pun ada duduk kat rumah,bila ada orang tua ni ada la bantuan yang mana-mana kita tak tau,mak tau.Jadi senang sikit.
Dengan izin Allah-hari ke-5 dia dah boleh pakai seluar-tapi bukan la seluar yang ketat,seluar yang besar-besar yang longgar,nampak mula-mula dia pakai seluar tu terbongkok-bongkok dia berjalan.nak mengelakkan supaya tak terkena.Lepas 2hari pakai seluar,aku suruh pulak dia pakai under wear,tengok dah pakai dia ok,ok lah tu.
Alhamdullillah...lepas dah satu kewajipan kami ke atas dia.

Sabtu, 11 November 2017

Konsert akhir tahun Mirza




MA dah sampai ke penghujung tadika,tahun depan dah masuk sekolah rendah,11 November 2017,hari tu konsert akhir tahun dia. Buat dekat KDU School.Start pukul 1tengah hari..Pagi tu aku kerja lagi jadi marilah beramai-ramai melepak kat office.Senang terus pergi dari office je.
On the way pergi office pagi tu,kunci office tertinggal pulak...adoiiyai,kena patah balik...geram 100kali.Nasib baik la lewat 10minit je.

MA kena pakai baju merah & seluar hitam,pastu kena buat rambut pacak.Teacher siap pesan kena pakai pomade.hehehe

Pukul 12.30 dah keluar dari office menuju ke KDU,pendaftaran>>>ambil makanan>>>serahan MA kepada teacher>>>cari tempat duduk.Lepas tu pergi sembahyang gilir-gilir dengan HA.Surau kat sini pun kecik la sangat-sangat,berhimpit-himpit orang sembahyang.Tak kisah la janji boleh sembahyang.
Dewan yang guna untuk konsert ni kecil dari yang masa sukan tu,jadi macam berhimpit-himpit sangat dalam tu.
Tengok budak-budak ni buat show-terpikir dalam kepala otak,macamana la cikgu-cikgu ni boleh handle latih budak-budak renit ni buat show.Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi-yang memang takde dalam diri aku.Kagum dengan diorang.

MA & kawan-kawan buat persembahan lagu PPAP,I am me,dengan lagi satu lagu tak tahu lagu apa.
Tarian dia.....kayu.hahaha,tapi ok la,tepuk sikitπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ .Yang penting keberanian dia naik atas pentas tu and buat show.Tak kisah la kayu ke apa,janji tak nangis atas pentas.

Abang sibuk buat show atas pentas,adik dah boring kat bawah,mula la dia meragam-ragam.Sementara tunggu show abang habis,kitaorang keluar kejap makan makanan yang dapat tadi.Nak menghilangkan rasa boring AH jugak.

Acara penutup-penyampaian sijil untuk 6tahun-bila sampai turn MA,rasa macam oooh,anak aku dah habis tadika-habis satu bab untuk MA.












Qayla



-MA-Syifa-Putri






Kot nanti dia lupa nama kawan dia tu-Umaira




Rabu, 4 Oktober 2017

DUNIA BARU-AH

Macam biasa ambil AH dari rumah pengasuh,tapi afiq je yang menyambut aku.Dia cakap AH kencing & muntah,aku mula-mula blur,pastu aku jenguk ke dalam rumah "A" -anak aku tengah berdiri tersengih tengok aku.Aku tanya Afiq ibu dia mana? dia kata ibu dalam bilik.Aku pun takpela,aku angkat AH,letak dia dekat luar rumah,aku suruh dia tunggu,aku nak bersihkan kencing dia.aku mintak mop Afiq kata mop dalam toilet,tapi ada orang dalam toilet.Aku mintak kain buruk pulak,dia tolong cari kain buruk dan bagi kat aku.
Aku lap la kencing AH,tapi kepala otak sibuk berfikir...apa la yang tengah terjadi ni,settled aku basuh kain and letakkan dalam bakul baju kotor.
Then terus naik ke rumah macam biasa,lepas magrihb ke isyak aku pun tak perasaan,suami A called HA,dia kata nak jumpa,masa tu tertanya-tanya lagi.HA pergi kejap je,balik-balik aku tengok dia bawak barang-barang AH-diapers,beg,susu & baju.Aku dah berdebar,HA kata A dah taknak jaga AH puncanya  tak diketahui sampai hari ni.😒😒😒.
 Terus ambil telefon cari nombor pengasuh-pengasuh yang ada kat dalam kawasan ni.Harga pengasuh tak semurah dengan A.
Esok aku & HA kena ambil EL,sebab nak uruskan pencarian pengasuh....
Masa hantar MA,aku tanya teacher dia kalau boleh masukkan AH,tapi pengetua takde,jadi dia tak dapat bagi keputusan,tak lama lepas tu pengetua dia called bagi details semua...
Harga pun lagi murah dari pengasuh...baik masukkan dia dekat playschool,ada jugak benda yang dia boleh belajar.
So maka 4 October 2017 bermula lah dunia baru untuk AH.
Sedih tapi takpe,ada hikmah nya-AH boleh belajar awal.
Pesanan unutk diri sendiri :Ada tangan yang menolak dan akan ada juga tangan yang menerima.
Ni gambar-gambar dia kat tempat baru pada hari pertama.
Syukur...dia happy dengan dunia baru dia.







Sabtu, 2 September 2017

Hari Raya Haji + Birthday Mak + Birthday Qila



Hari raya haji...macam biasa je, makan-makan je,aktiviti menziarah ke rumah opah je.Lepas tu balik rumah abang melepak je.
Hari raya tahun ni serentak dengan birthday  Mak & Qila,so malam tu tong-tong belanja mak makan dekat Kampar Club.2-3 hari sebelum tu mak & Qila dah potong kek dekat rumah. Ingatkan kedai tu tutup sebab raya,tapi nasib baik buka.Petang tu pergi tanya dan terus order.Masakan dia lebih kepada menu masakan Cina.Not bad- tak la macam selalu masakan tomyam je kan.Nampak majoriti ok je dengan masakan tu,so next time boleh datang sini lagi.Tapi masa kitaorang makan ni masing-masing tengah bertabah tadah telinga dengor aunty kat luar berkaraoke lagu cina.Kalau lagu melayu tu ada la best nya jugak,itu je yang spoil.Yang lain-lain ok.

Tengok-tengok gambar je la.



Opah 2 Sep & Qila 1 Sep-

Dia tengah tunggu kek

Apa la perbincangan diorang ni.Tekun abang Lah mendegor


Jumaat, 21 Julai 2017

AH-Kecederaan kaki

2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baju-baju yang perlu diiron.Tengah layan iron aku dengar buci kaca berderai yang  kuat sangat,keluar-keluar dari bilik tengok cermin atas rak tv dah berkecai.Aku tak tau la apa yang dibuatnya.MA dengan aku masa tu sibuk kacau aku iron baju,aku & MA terpaku tengok kaca-kaca tu,ada dalam 2minit aku biar & tengok je,tak tau nak buat apa,aku marah AH,dia xcakap apa-apa pun,pastu aku nampak kaki dia berdarah,menakutkan...aku teru dukung & basuh kaki dia,baringkan dan tinggikan kaki dia.Dia tak menangis tapi merengek-rengek je.
Aku nak berhenti kan darah.Mula-mula aku tengok dah ok darah dah berenti.So aku tinggalkan dia nak bersihkan kaca-kaca yang berkecai,AH sibuk bangun -dia memang tak boleh duduk diam.Bila dia bergerak-gerak tu darah keluar balik.
Aku takut ada kaca yang masuk dalam kaki dia,so aku bawak jugak ke klinik.Masa aku sampai tu dah pukul 7,orang dah standby nak berbuka,doktor pulak takde,doktor pun nak cari juadah berbuka.Duduk tak sampai 5minit doktor pun masuk,
Dia cuci luka & pastu jahit luka yang koyak tu.dapatla dia 4 jahitan.
Kos rawatan RM84, lagi  seminggu kena datang lagi sebab nak buka jahitan.Masa buka jahitan dia charge RM10je.


Ni masa dah kering


Buka balutan

Dia macam takde masalah,ok je,duduk kejap lepastu ligat la dia bergerak,Dia tau macamana nak bergerak dalam keadaan kaki dia macamtu.



ROMBONGAN KE SUNWAY PETTING ZOO



20Julai -First time lepaskan MA,pergi jalan-jalan tanpa kitaorang.Bagi pengalaman baru kat dia,biar dia rasa berjalan-jalan dengan kawan-kawan pulak.
Trip ni pergi Sunway petting zoo dengan KL city gallery.Bayaran untuk trip ni RM70.
Pukul 7.30 dah hantar dia berkumpul dekat Siddiq.Gerak awal sebab bas nak pick up anak-anak dari cawangan lain.
Aku hantar dia kejap,pastu aku tak boleh tunggu dah nanti lambat pulak sampai office.Cikgu-cikgu tu taula nak handle budak-budak ni macamana kan





Apa la yang ditengoknya


Lambai kat ibu.Masa ni aku dah masuk kereta,tengok dari jauh je

First time naik bas tanpa ibu & ayah
Renit-renit je semua,tak dapat kesan dia kat mana



















Pukul 7 lebih baru sampai rumah,amik dia dekat Siddiq jugak,bas turunkan kat situ.Excited dia bercerita pengalaman baru dia....seronok tengok anak happy.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Malam tu ingatkan dia pengsan awal,tapi tak siap nak sambung tengok cerita dari mastika pulak.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...