Kitaorang pergi naik Malindo,senang sebab dekat dengan rumah.First time AH naik flight,lagi kecik dari MA masa dia first time naik flight,masa MA dia dah 2 tahun lebih,AH umur dia 1 tahun 4 bulan,so far dua-dua nampak ok.Nasib baik la si AH tak meragam dalam flight,pergi balik dia tidur je.Bagus senang kerja aku.
First time pulak aku naik flight dengan baby,rupanya dia bagi belt untuk "tambat" aku dengan baby,rasa aku kalau premier airline dia akan bagi duduk dekat row yang ada bassinet.So bila time take off and landing,baby kena masukkan dalam bassinet tu.Setahu aku la,tapi sebab ini budjet airline macamtu la caranya.Stewardess tu siap pesan,"apa-apa jadi jangan buka belt tu",scarynya :(
Macam biasa aku akan cari homestay,ntah rasa lagi selesa kot duduk kat homestay,rasa macam boring nak naik turun lift.
Book homestay dekat Nilam Quest House.Jauh sikit dari airport and Kuah,tapi still ok.
Rumah cantik and paling penting bersih.Aku suka deco rumah ni.
Hari 1-Gerak dari rumah pukul 7pagi,dah janji dengan teksi siap-siap supaya tak kelam kabut.Teksi pun ontime.sampai dekat airport cun-cun dekat pukul 8,pergi breakfast dulu,pastu baru check in,kalau takde baby boleh buat web check in,and boleh gerak lambat sikit ke airport.Flight selamat sampai dekat Langkawi pukul 11,Tunggu kereta sewa,tengok-tengok sampai kereta baru,bestnya.Aku sewa vios,saje nak merasa kereta mahal,pakai sendiri tak mampu,waktu bukan peak season macamni harga vios dapat RM80/24h.Jakun kejap dengan kereta ni,sebab dia tak guna kunci,tekan je butang start dia.
Macamana la plak rasanya kalau drive kereta-kereta mewah yang lain.
Lepas tu terus menuju ke HIG,sebab nak ambik kunci homestay,janji dengan tuan rumah ambil dekat situ.Dah dapat kunci kitaorang terus lunch dekat kedai makan depan HIG.Dah makan terus mencari homestay,
lega dah jumpa...dapatla nak merehatkan badan.Hari pertama ni tak pegi mana-mana pun,lagipun AH tiba-tiba demam,cuaca panas sangat kot.Nasib baik aku bawak bekalan ubat diorang.
Malam je keluar mencari makanan,last-last depan HIG lagi sekali.
Hari 2-Pagi pergi Oriental village,jalan-jalan je kat sini,tak naik pun cable car tu,sebab kitaorang dah naik sebelum ni jadi takpayah la naik banyak kali.Tapi yang lawaknya gambar kenangan kitaorang kat pelantar kat atas tu,diorang edit je.MA sibuk bagi ikan makan kat sini.
Dah penat jalan kat sini,balik ke homestay balik.
Rehat-rehat kejap,petang keluar balik pergi Wildlife park,Homestay ni dekat je dengan wildlife park.
Tengok budak berdua tu enjoy bagi makan kat semua binatang kat sini,MA dah biasa bagi,pengalaman baru untuk AH,dia pun nampak ok,kadang-kadang takut tu ada jugak.Paling seronok dekat tempat deer dengan rabbit,masing-masing berebut nak makan.Meriah la binatang-binatang kat sini.
Dah keluar dari sini kitaorang ke tempat kapal-kapal berlabuh,tempat ni nampak macam dah kotor,macam dah tak berjaga.Suram je tempatnya,Lepak kat sini kejap lepas tu kitaorang bersiar-siar dalam Langkawi,Dah habis pusing-pusing,nak isi perut untuk makan malam pulak.
Hari ke 3-Takde apa-apa aktiviti untuk harini,cuma menunggu masa untuk check out je,check out awal sikit,pastu ronda-ronda kat Pantai Cenang.Pusing-pusing lepastu menuju ke airport.
Serahkan kereta,pastu kitaorang pergi lunch sementara menunggu masa untuk terbang balik ke Subang.
Ni kat Wildlife park |
Homestay Nilam-dapur |
Homestay Nilam-Ruang makan |
Ruang tamu |
MA sedih bila tunjuk gambar ni,sebab dia tengah tidur dalam kereta,malas nak bangunkan. |
Tak naik pun atas-tapi ada gambar. |
Dalam flight masa nak pergi-dia tak boleh duduk diam |
Abah duduk kat seberang |
Kat airport Subang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan