Jumaat, 17 Jun 2016

Abah dah takde

12Jun2016 bersamaan 6Ramadhan-Hari terakhir abah @ ADNAN YEOB IBRAHIM atas muka bumi.
Semalam hari Sabtu kitaorang baru pergi tengok abah kat rumah Kak Anim.Abah nampak sihat je,nampak cergas je.Cuma abah tak keluar dari bilik,abah duduk dalam bilik je.
Kitaorang pergi econsave belikan abah betik,abah teringin makan betik. Nasib baik ada.
Hari ahad petang-Kak Lin & abg ngah pulak melawat abah,masa kak lin datang abah dah nampak lemah,tapi abah sempat makan lemang,Abah memang suka lemang.
Kak Lin & abg ngah yang menguruskan abah,mandikan abah pastu bawak abah ke hospital ampang.
Kitaorang tak pergi melawat abah,sebab kat hospital budak-budak tak dibenarkan,HA pergi sorang lepas berbuka..HA sampai kat hospital pun lambat dalam pukul 9lebih,950 dia hantar mesej kata abah dah takde.Macam tak percaya,tapi itulah kehidupan.Aku terus kemas beg.
Aku bagitahu pada MA-atok dah takde,soalan yang keluar dari mulut dia-abah nangis tak?Alahai anak,apa je yang dipikirkannya.
Baru semalam kitaorang discuss macamana itinerary nak balik kampung dengan abah,tengok-tengok abah dah takde.
Kitaorang bertolak ke Kampar dalam pukul 3pagi,sahur siap-siap,takut tak sempat nanti.Sampai kat rumah Subuh,adik beradik lain dah sampai.
Kebumi abah awal,sebab semua dah siap-dimandi dan dikafankan di hospital.
Pergilah abah menghadap pencipta....




Sabtu, 4 Jun 2016

Mangsa keadaan

27May-Tiba-tiba teacher ros call lebih kurang kul 12tgh,Dia bagitahu kepala MA berdarah,dia explain lagi MA kena baling kerusi dengan sorang budak istimewa(Autisme).Dia kata teacher-teacher dah letak ubat gamat,Mirza pun tak nangis,Aku ingat tak serius sangat,ingatkan luka kecik je,rupa-rupanya besar,aku kata takpe,aku on the way balik.
Lepas dari teacher rose call,mak suspek pulak telefon aku,Dia kata dia mintak maaf sangat-sangat.Aku kata takpe,budak-budak biasa la.
Bila aku sampai,teacher cerita kronologi kes,diorang tengah Q nak makan tengahari,lepastu budak ni selalu baling-baling barang macam beg dia,tapi dihari kejadian,beg dia tergantung dekat kerusi,makanya dengan kerusi-kerusi melayang,MA dekat depan sekali,jadi dia la yang kena,dengan sorang lagi budak yang berdiri belakang MA.Budak ni tak teruk,cuma merah je.
Teacher kata MA tak menangis & tak mengadu apa-apa pun,teacher tau pun bila budak-budak yang lain bagitau kepala dia berdarah.Anak ibu kuat!


Aku terus bawak dia pergi klinik,mula-mula bawak dia klinik keluarga,tutup la plak.Lunch time.
Pastu aku ingat nak bawak pergi Serena,tengok dekat kad,dia dah tutup.
Pastu aku mencari klinik di bandar baru plak,tutup tapi diorang nak jugak tengok apa yang terjadi,diorang panggil doktor,doktor keluar walaupun doktor tu tengah makan,dia tengok2,dia kata dalam,dia tak boleh buat kena pergi hospital.Ok.....aku malas nak buang masa kat hospital,nak menunggu lama-lama,jadi aku decided pegi PMC.Sampai-sampai je aku bagitau diorang kepala MA berdarah,terus diorang panggil doktor,doktor suruh cukur rambut dia then terus jahit.Masa jahit pun dia tak menangis,Aku rasa sebab dah kena bius,mana dia nak rasa.Nurse & doktor puji-puji dia.Ibu bangga dengan anak ibu.Dia dapat 5 jahitan,ubat tahan sakit & ubat antibotik.

Ni lepas balik dari PMC,Lepas keluar dari PMC tu aku bawak dia pergi makan,aku makan nasi ayam,dia plak makan roti bakar.Dia lapar sangatla tu,habis roti dia makan sambil baring-baring,Dia ngantuk kena ubat bius tadi tu kot.Kesiannya tengok dia jadi mangsa keadaan.

Lepas buka jahitan-Hari ke-8 baru bawa pergi PMC.Alhamdullilah,luka dia elok kering .

Semua sekali untuk hari ni kena RM230.Esok kena datang lagi,katanya untuk dressing dan lepastu datang balik lepas seminggu untuk buka jahitan.
Total untuk semua ni adalah RM453,Mak suspek tanggung RM230.




Ahad, 29 Mei 2016

Kenduri tahlil

Kak Lin paling bersemangat nak buat kenduri tahlil ni,lagipun siapa lagi yang boleh diharapkan...cuma kak lin je,kitaorang ni tukang sokong je.
Hari jumaat tu Has balik sorang-sorang naik bas kat TBS,sepatutnya kitaorang balik bersama-sama,tapi dah MA mengalami kecederaan dikepala,dan esok kena pergi hospital lagi,jadi kena la HA balik sorang.
Aku pun kalau tidak malas dah nak balik,tapi memikirkan kenduri ni untuk HA jugak sebab dia dah keluar hospital haritu,maka lepas balik dari PMC berangkat la kami 3 beranak ke kampung.First time travel jauh bersendirian dengan budak-budak ni.Agak mencabar sebab AH tak tidur-tidur,MA dari Rawang dia dah tidur,AH dah dekat-dekat sampai baru la dia nak tidur.
Kami sampai pun agak lambat-tapi nasib baik takde jem.
Penat....sebab ahad dah kena balik sini balik.

Khamis, 26 Mei 2016

Tukar tayar

Sejak kebelakangan ni,tiap-tiap minggu aku kena isi angin tayar belah driver,asyik kempis je.
Haritu masa Has kat hospital,masa nak pergi jenguk dia kat hospital,tengok-tengok tayar dah melepek..aku pun bawak la ke kedai tayar,aku mintak budak tu tampalkan aje.Ingat takde yang serius,sebab masa budak tu rendam tayar,dia tunjuk lubang tu kecik je.....tapi lepas seminggu tampal,dia kempis balik,jadi aku decice untuk membawa tayar itu ke pakar,sebab nanti nak balik kampung,risau jadi apa-apa.
Bawar ke Tayaria bandar baru-macam biasa dia suggest kan brand KUMHO-RM135,ok boleh,sila kan tukar,dia tunjuk tayar tu belah dalam dah pecah,dia kata sebab alignment.

Khamis, 19 Mei 2016

Kena HFMD

May tahun ni banyak dugaan,
Kitaorang balik kampung sebab cuti Hari Buruh,.balik ke rumah, AH demam,esoknya
3Mei,Has pulak masuk hospital sebab DVT lagi sekali,check in 3May-check out 10May.Duduk dalam hospital seminggu,seminggu je la pantang makannya,lepas tu belasah je makan.
Esoknya pulak MA pun demam jugak tapi aku suruh jugak dia pegi sekolah,aku mintak mak tolong ambilkan dia tengahari.
Mak kata dia demam teruk,meracau bagai,rupa-rupanya diorang ni kena HFMD,tak tau dapat dari mana.AH yang kena dulu,masa dekat kampung lagi,tapi aku bintik-bintik  kat badan dia sebab dia main-main kat luar rumah,dia punya bintik-binti tak teruk pun,MA kena teruk sangat.
Bawak pergi klinik doktor bagi ubat demam,antiobiotik dengan ubat sapu je.Itu je rawatannya.
Aku kena cuti kan MA dari pergi ke sekolah,nasib baik la mak ada waktu ni,Mak datang sebab nak temankan kitaorang sebab Has masuk hospital,tengok-tengok cucu-cucu pulak kena HFMD.
MA cuti lama-3minggu.Dia lambat sangat sembuh,Ntah kenapa,AH kejap je..seminggu badan dia dah clear.
Bertabahlah anak-anak.




Ahad, 10 April 2016

Makan-makan di bagan lalang

Kak Anim dapat bonus,so belanja 1 family makan bakor-bakor dekat bagan lalang.
Kak Anim,Kak Lin & abah stay dekat homestay.
Kami pulak cari hotel,sebab bilik tak cukup...dekat-dekat je hotel dengan homestay.Tak sampai 5 minit drive dah sampai,tapi kalau nak pergi laut,lagi dekat hotel ni.
Aku tak bawak dan buat apa-apa pun,memang datang pun memeriahkan suasana je.Tak membantu langsung.
Barang-barang bakor semua Kak Anim &,Kak Lin siapkan.

Makan free

Ni je gambar dalam bilik,gambar lain tak sempat ambik

Tukang bakor

Sibuk mengisi perut

Mangsa bakor2

Tukang bakor dah penat

Isnin, 28 Mac 2016

Pak Yang bertunang

26MAR 2016-Abang bertunang jugak akhirnya...Moga selamat sampai ke alam perkahwinan.Jangkaan majlis 7.01.2017.
Ni adalah sebahagian dari hantaran ke pihak perempuan,mak sibuk nak gubah sendiri,biarla..layankan aje.Lagipun in majlis yang last,semua orang dah selamat dah.




Menantu to be yang last

Jurucakap pihak lelaki-baju purple @ ucu boan

Moga kekal

Sebahagian ahli rombongan,Yang lelaki melepak kat luar.....eh ada orang terselit disitu!!

Isnin, 29 Februari 2016

LANGKAWI 24FEB-26FEB

Tak tau kenapa macam tiba-tiba terancang percutian ke Langkawi...Has cuti 2 minggu,jadi ambil kesempatan untuk bercuti-cuti,aku pun nak habiskan cuti tahun 2015,jadi terjadila percutian ke Langkawi.Kami 4 ketul je pergi,ajak mak,mak kata sibuk nak menyiapkan barang hantaran abang nak bertunang.
Kitaorang pergi naik Malindo,senang sebab dekat dengan rumah.First time AH naik flight,lagi kecik dari MA masa dia first time naik flight,masa MA dia dah 2 tahun lebih,AH umur dia 1 tahun 4 bulan,so far dua-dua nampak ok.Nasib baik la si AH tak meragam dalam flight,pergi balik dia tidur je.Bagus senang kerja aku.
First time pulak aku naik flight dengan baby,rupanya dia bagi belt untuk "tambat" aku dengan baby,rasa aku kalau premier airline dia akan bagi duduk dekat row yang ada bassinet.So bila time take off and landing,baby kena masukkan dalam bassinet tu.Setahu aku la,tapi sebab ini budjet airline macamtu la caranya.Stewardess tu siap pesan,"apa-apa jadi jangan buka belt tu",scarynya :(
Macam biasa aku akan cari homestay,ntah rasa lagi selesa kot duduk kat homestay,rasa macam boring nak naik turun lift.
Book homestay dekat Nilam Quest House.Jauh sikit dari airport and Kuah,tapi still ok.
Rumah cantik and paling penting bersih.Aku suka deco rumah ni.

Hari 1-Gerak dari rumah pukul 7pagi,dah janji dengan teksi siap-siap supaya tak kelam kabut.Teksi pun ontime.sampai dekat airport cun-cun dekat pukul 8,pergi breakfast dulu,pastu baru check in,kalau takde baby boleh buat web check in,and boleh gerak lambat sikit ke airport.Flight selamat sampai dekat Langkawi pukul 11,Tunggu kereta sewa,tengok-tengok sampai kereta baru,bestnya.Aku sewa vios,saje nak merasa kereta mahal,pakai sendiri tak mampu,waktu bukan peak season macamni harga vios dapat RM80/24h.Jakun kejap dengan kereta ni,sebab dia tak guna kunci,tekan je butang start dia.
Macamana la plak rasanya kalau drive kereta-kereta mewah yang lain.

Lepas tu terus menuju ke HIG,sebab nak ambik kunci homestay,janji dengan tuan rumah ambil dekat situ.Dah dapat kunci kitaorang terus lunch dekat kedai makan depan HIG.Dah makan terus mencari homestay,
lega dah jumpa...dapatla nak merehatkan badan.Hari pertama ni tak pegi mana-mana pun,lagipun AH tiba-tiba demam,cuaca panas sangat kot.Nasib baik aku bawak bekalan ubat diorang.
Malam je keluar mencari makanan,last-last depan HIG lagi sekali.

Hari 2-Pagi pergi Oriental village,jalan-jalan je kat sini,tak naik pun cable car tu,sebab kitaorang dah naik sebelum ni jadi takpayah la naik banyak kali.Tapi yang lawaknya gambar kenangan kitaorang kat pelantar kat atas tu,diorang edit je.MA sibuk bagi ikan makan kat sini.
Dah penat jalan kat sini,balik ke homestay balik.
Rehat-rehat kejap,petang keluar balik pergi Wildlife park,Homestay ni dekat je dengan wildlife park.
Tengok budak berdua tu enjoy bagi makan kat semua binatang kat sini,MA dah biasa bagi,pengalaman baru untuk AH,dia pun nampak ok,kadang-kadang takut tu ada jugak.Paling seronok dekat tempat deer dengan rabbit,masing-masing berebut nak makan.Meriah la binatang-binatang kat sini.
Dah keluar dari sini kitaorang ke tempat kapal-kapal berlabuh,tempat ni nampak macam dah kotor,macam dah tak berjaga.Suram je tempatnya,Lepak kat sini kejap lepas tu kitaorang bersiar-siar dalam Langkawi,Dah habis pusing-pusing,nak isi perut untuk makan malam pulak.

Hari ke 3-Takde apa-apa aktiviti untuk harini,cuma menunggu masa untuk check out je,check out awal sikit,pastu ronda-ronda kat Pantai Cenang.Pusing-pusing lepastu menuju ke airport.
Serahkan kereta,pastu kitaorang pergi lunch sementara menunggu masa untuk terbang balik ke Subang.

Ni kat Wildlife park

Homestay Nilam-dapur


Homestay Nilam-Ruang makan

Ruang tamu

MA sedih bila tunjuk gambar ni,sebab dia tengah tidur dalam kereta,malas nak bangunkan.


Tak naik pun atas-tapi ada gambar.

Dalam flight masa nak pergi-dia tak boleh duduk diam

Abah duduk kat seberang

Kat airport Subang


Ahad, 10 Januari 2016

SG KLAH lagi sekali

Lagi sekali datang sini,sebelum check in kitaorang pergi ke Pusat Konservasi Haiwan-tapi malangnya dia tutup sebulan,untuk kerja-kerja upgrading.Masih awal lagi tak tau nak pergi mana,last-lastnya berjalan-jalan dalam Tecso.
Dekat-dekat pukul 2 baru gerak ke hotel untuk check in.Kali ni book bilik yang biasa je,tak mampu la,tiap kali datang sini ambil villa.Best memang best,sebab dia luas.
Bilik biasa dia pun ok je,senang nak pergi breakfast,sebab dekat dengan dia punya cafe.Jalan kaki je.
Petang menghabiskan masa bersiar-siar di taman.Malam malas nak keluar,kitaorang ambil room service je.Ada order teh tarik-sedapnya teh tarik dia...lemak berkirm

Isnin, 4 Januari 2016

Dunia Baru MA

Hari ni MA start ke Tadika Naluri Bestari.Dunia baru untuk dia,aku & Has ambil cuti,aku standby takut dia menangis ke,terkencing ke atau terberak ke.
Aku hantar dia kat pintu tadika,lepas tu terus je balik.Aku tau mesti teacher-teacher tu pun serabut tengok parents sibuk-sibuk ada kat situ,Mesti merumitkan keadaan je,Aku percaya diorang boleh handle.

Teacher dia buat group WA untuk parents,boleh tengok update kat situ,first day dia kat sekolah tu nampak ok la.

Gambar-gambar hari pertama dia dengan dunia baru dia :

Masa pergi dia tak dapat baju lagi,sampai kat school teacher dia baru bagi baju .

                                                             Itu dia depan sekali dekat kereta







Dia dekat sebelah budak pakai baju hijau


Teacher Husna bersemangat!!

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...