Appoitment lagi sekali untuk tahu result scan 25hb haritu,takde apa sangat....darah masih ada,tak bertambah tak berkurang,tak membesar,tak mengecil.sampai bila? tak de rawatan ke? apa yang patut dibuat?Macam tiap-tiap kali pergi benda yang sama.
Harini dapat Dr yang bernama Nurul.Dia ni macam budak-budak yang baru belajar medic.Semua soalan aku macam jawapan dari dia ntah apa-apa je..kalau aku google apa yang aku tanya dia tu aku akan banyak dapat jawapan yang at least macam menjawab soalan aku,ni soalan-soalan aku :
Soalan 1
Aku : Nanti baby boleh makan,makanan apa yang dia tak boleh makan untuk eckzema dan untuk galektosemia.
Budak baru belajar medic aka "doktor" :Ibu yang kena tengok,bagi dia makan,kalau nampak ada alahan jangan bagi.saya tak tahu,sebab bukan saya jaga dia..
Jawapan dalam hati aku : Bodohla ko...macam ni aku pun tau...jawapan ni tak payah belajar medic pun boleh jawab!!!!
Soalan 2
Aku : Nanti saya nak buat suntikan pneoumococcal untuk baby,sebab hati dia ada masalah,takpe ke suntikan tu?
Budak baru belajar medic aka "doktor" :Nanti ada list effect untuk suntikan tu,nanti tengok la,saya pun tak ingat.
Jawapan dalam hati aku : Doc...izinkan saya lempang doc...
Soalan 3
Aku : Lepas dia menyusu selalu nya dia akan berak..takpe ke?
Budak baru belajar medic aka "doktor" : Memang dia akan berak kan?- dia tanya aku balik!!!
Jawapan dalam hati aku : Doktor berak lepas tiap kali makan ke?
ok dah..tak payah tanya dia lagi..buat sakit hati je...nak keluar tu aku tak cakap pun terima kasih...
Terima kasih untuk apa? untuk jawapan-jawapan dia yang tak membantu langsung?
Lepas habis dekat HSB,ngam-ngam pukul 11,aku buat appoitment untuk service kereta pukul 1130,cun je,mula-mula dah bincang dengan Has,nanti dia bawak hari Sabtu,tapi memikirkan hari Sabtu kereta banyak,jadi aku pun decide untuk terus jugak buat service,Has tinggal kat HSB sebab nak pergi jumpa doktor pasal kaki dia yang bengkak tu.
Sampai kat PeroduaAH tidur,jadi aku angkut sekali dia dengan car seat dia.Tempat ni dah renovate,ruang menunggu dah lebih selesa dari yang dulu.Ada tv,ada tempat budak main tapi kecik je,ada bilik untuk menyusukan baby & tukar lampin baby jugak.Ok la tu,AH selesa je golek-golek dekat tempat kanak-kanak tu,sebab takde orang lain kat situ.Pukul 1.30 baru siap.Kena RM210 untuk servis yang ke 80,000.Harga selepas GST.Tiap-tiap satu benda semua ada GST.
Aku pun balik rumah,Has belum settle lagi...petang sikit dia bagitau dia kena masuk wad pemerhatian,aku ingat kejap je la,rupa-rupanya dia kena overnight,aku pun jadi kelam kabut,pack barang-barang dia nak hantar kat dia.Masa aku packing barang-barang ni,Mirza tanya aku,Ibu,kita nak pergi hotel ke? Anak ooi....takdenya hotel...hospital adala.
Pukul 8 keluar rumah menuju ke HSB dengan anak-anak,cari wad pemerhatian,tengok sign board-budak bawah 12tahun tak boleh masuk.So aku tunggu kat luar je,bagi barang-barang terus aku chow,sebab hari dah hujan,nasib baik la boleh handle sorang-sorang semua ni.
Nasib baik aku yang jenis biasa drive sorang-sorang,kalau aku jenis yang tunggu laki je yang drive,bila jadi macam ni nak buat macamana.Mak adik beradik semua jauh...so have to be independent.And I'm glad i'm strong enough to face this, and I can do it.