Selasa, 19 Ogos 2014

CHICKEN POX =CACAR AIR

Hari ni aku EL sebab  Ana demam,dia tak boleh jaga Mirza,Lepas mandikan dia,nak pakaikan baju tu aku perasan ada bintik-bintik  berair dekat muka dia.Bila tengok kat tempat-tempat lain pun dah banyak rupanya.Sah! dia dah kena chicken pox.
Terus bawa dia pergi Klinik Serena,biasala kat klinik ni waktu menunggu dia memang cabaran besar,orang sentiasa ramai je,lepastu waktu rawatan untuk sorang-sorang patient tu lama,tapi selama berurusan dengan doktor ni,rasa ok la,ubat-ubat dia (dengan izin Allah)dengan dia punya nasihat ok la.Itu sebab walaupun lambat tapi tetap nak tunggu.
Masuk dalam aku cakap kat doktor Mirza kena demam campak,dia tengok,pastu dia kata "Mama,ini bukan demam campak,ini cacar air=chicken pox."Oh baru aku tau ada beza rupanya,kalau demam campak dia tak ada air,merah je.Ok.....baru aku tau.

Doktor kata bawak hari pertama dia kena,adalah bagus sebab dapat mengawal virus tu dari merebak ke otak dan jantung.Jadi ubat antiviral tu dia kena makan setiap enam jam sebanyak 20 dos.Gigih la aku dengan Has bagi dia ubat tu tengah malam,awal pagi,tak boleh lambat,Lambat setengah jam takpe.Itu kata doktor.

Bagi dia ubat,ikut mood dia,kalau dia tengah ok,senang je nak bagi,dia sendiri yang masukkan ubat dalam mulut.Kalau tengah takde mood,huh jenuh....sampai ada yang angin naik ke kepala.

Dekat muka yang mula keluar

Kat tangan pulak
Ubat anti viral,ubat gatal & ubat demam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...