Selasa, 19 Ogos 2014

CHICKEN POX =CACAR AIR

Hari ni aku EL sebab  Ana demam,dia tak boleh jaga Mirza,Lepas mandikan dia,nak pakaikan baju tu aku perasan ada bintik-bintik  berair dekat muka dia.Bila tengok kat tempat-tempat lain pun dah banyak rupanya.Sah! dia dah kena chicken pox.
Terus bawa dia pergi Klinik Serena,biasala kat klinik ni waktu menunggu dia memang cabaran besar,orang sentiasa ramai je,lepastu waktu rawatan untuk sorang-sorang patient tu lama,tapi selama berurusan dengan doktor ni,rasa ok la,ubat-ubat dia (dengan izin Allah)dengan dia punya nasihat ok la.Itu sebab walaupun lambat tapi tetap nak tunggu.
Masuk dalam aku cakap kat doktor Mirza kena demam campak,dia tengok,pastu dia kata "Mama,ini bukan demam campak,ini cacar air=chicken pox."Oh baru aku tau ada beza rupanya,kalau demam campak dia tak ada air,merah je.Ok.....baru aku tau.

Doktor kata bawak hari pertama dia kena,adalah bagus sebab dapat mengawal virus tu dari merebak ke otak dan jantung.Jadi ubat antiviral tu dia kena makan setiap enam jam sebanyak 20 dos.Gigih la aku dengan Has bagi dia ubat tu tengah malam,awal pagi,tak boleh lambat,Lambat setengah jam takpe.Itu kata doktor.

Bagi dia ubat,ikut mood dia,kalau dia tengah ok,senang je nak bagi,dia sendiri yang masukkan ubat dalam mulut.Kalau tengah takde mood,huh jenuh....sampai ada yang angin naik ke kepala.

Dekat muka yang mula keluar

Kat tangan pulak
Ubat anti viral,ubat gatal & ubat demam




Khamis, 14 Ogos 2014

Aktiviti bila abah jauh di kampung...


Dia tengah tengok album gambar,tapi dia buat itu macam laptop,konon-konon dia tengah main laptop la tu.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Has kena demam campak

Lepas balik dari kampung beraya haritu,has cuti lagi-cuti 2 minggu,tiba-tiba hari rabu dia kena demam campak,mula-mula aku tak syak pun itu demam campak,sebab besor-besor.Maka seronokla pakcik tu dapat cuti lagi seminggu.Aku halau Has balik kampung,sebab aku adalah golongan yang sangat berisiko kalau kena jangkit,kalau kena aku sorang je takpe,aku takut yang buruk-buruk jadi kat baby dalam perut.
Maka tinggal la aku berdua dengan Mirza menjalani kehidupan kami kat sini.
Nasib baik la dia tak meragam nak kat  abahnya,dia sorang anak yang tabah,mungkin dia dah set dalam kepala dia abah dia "work",itu dia macam tak kisah sangat kot

Ahad, 3 Ogos 2014

Kesian mak...



Tgal akak je, lepas zohor, huhuhu raye n trjah, meninggal kn kesan yg menyayat prasaan trluka.... Mira jngan buang mak ngah tau... Mak ngah rase ade mira je skrang, mak ngah bukan nak duit kemesraan dan kasih sayang, klau mkngah xlayak brsame, jas crite je majlis trtutup untuk ayah n mak je.


Ini status mak kat fb.Raya n terjah.Aku tak tau yang mak n ucu memang planning nak terjah rumah kat TR.Aku tolong bawak je,dah dekat nak sampai kat TR baru aku teringat orang tu nikah ari ni.Jadi mana ada orang kat rumah,aku cakap kat mak,mak kata sebenarnya mak memang nak terjahje,nak tengok reaksi diorang camner.Bila sampai aku tengok,cam takde orang,bagi salam,lama baru la ada orang menjawab salam,rupanya tinggal yang lelaki je,yang perempuan semua pergi berinai.Ok fine....kitaorang masuk makan kuih raya semua,yang pakcik ni sibukla telefon anak-anaknya suruh sorang balik,buat air,cehhh buat air pun takkan tak boleh kot,anaknya tengah sibuk nak berinai mana la dia nak balik.Kalau laki aku setakat nak buat air tu celah jari dia je ,nak ais blended pun dia boleh buat.
Maka abang yang sulung pun berusaha untuk buat air,maka dapatla kami minum.

Kesian kat mak,sebabkan peristiwa ni mak baru tau perangai family ni macamana,kitaorang dah lama tau.Nak cakap lebih-lebih kat mak karang kecik hati pulak.

Lepas balik dari sini mak,aku n has pergi maidyn,nak beli barang baby.Ucu n mira pergi JJ,Anis and zam balik rumah.

Moral of the story: Berpada-pada la pada orang yang pandai bermuka-muka.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...