Isnin, 2 Jun 2014

Tukar tayar

Aku dah rasa stering bergegar bila drive,masa untuk tukar tayar,makanya hari Sabtu hari tu kitaorang pergi kedai dekat bandar baru.Tinggalkan kereta kat workshop tu dan kitaorang pun pergi makan kat restoran rasa le lagi.Siap makan pergi balik kat kedai tu,tayar dah siap ditukar,cepat jugakla kerja diorang.
Harga satu tayar Silverstone-RM125,aku tukar yang depan je,yang belakang nanti dulu la,boleh lagi kot.So total RM250 + balancing + tampal tayar,total semua RM280.
Puas hati dengan keje diorang.
*Kedai hujung sekali sebelah klinik panel Has.

Lepas tukar tayar tu kitaorang terus ke KL,pergi melawat Galeria Perdana-sedih sebab maintenance dia kurang memuaskan.Aircond pun tak rasa,aircond macam malu-malu je nak menyejukkan udara  kat dalam ni.Lepas keluar dari sini pergi melawat Muzium Negara pulak,pastu pergi pulak Memorial Tun Abd Razak,kat sini rasa meriah sikit,mungkin sebab lokasi kot,sbb galeri perdana macam tercerok je,tiba-tiba ada 1 galeri kat sini.Yang memorial tun abd razak pulak terletak dekat dengan banyak tempat tarikan yang lain-lain,so mungkin sebab tu memorial ni lebih terjaga.Tour harini diakhiri dengan makan kat cafe memorial tu,lepastu balik rumah........yeay!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...