Khamis, 24 April 2014

Ragam Ija...

Mirza bahasakan diri dia Ija...
Bantal Ija,baju Ija,shoe Ija,car Ija,lori Ija,tab Ija,so cute...
Semalam dia berjaya sebut perkataan baru..." handsome" ,bila pakai spek tu kena terus cakap handsome Ija....hehehe..
Conversation aku dengan dia dekat McD sambil tunggu abah tapau.
Aku : Ija...cuba tengok ada bulan tak?
Ija   :Takde...bulan tidur.....bestnya dah boleh bawak bersembang...rasa macam ciutnya dia.

Kalau suruh dia buat apa-apa,mesti dia nak cakap jap,jap.Ish,ish,ish....anak ooi.Tu belum dia buat perangai dia,rasa macam penat sangat kalau dia buat hal,dari 1 benda meleret ke benda yang lain.Kadang-kadang buat aku hilang sabar.

Dia boleh diharapkan untuk kemaskan toys dia.Selalu sebelum masuk tidur aku suruh dia kemaskan barang mainan dia,tapi bila kadang-kadang tu aku suruh kemas awal,dia akan tanya....nak tidur?sambil laju je tangan dia tutup suis tv.Geramje...

Kalau aku masak kat dapur,dia pulak masak kat living room,habis periuk,kuali semua dihangkutnya ke depan sebab dia nak masak.Masak fish la,ayamla.Main macam perempuan!

Ija...ija...macammana la Ija bila ada adik nanti?ibu harap Ija boleh tolong ibu jaga adik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...