Khamis, 20 Mac 2014

Result SPM

Harini ni result SPM keluar...aku dah tempuh moment getir ni berbelas tahun yang lepas.
Mula-mula takut je rasa nak pergi sekolah,tak tau nak expect macamana result.Aku masa ni tengah kerja kat MCKK.Jadi hari tu aku ambil cuti sebab nak amik result.

Alhamdulillah......result yang aku sendiri tak sangka boleh dapat macam tu,walaupun bukan straight A.Tapi zaman aku ni bukan kira berapa A nak dapat.Kira aggregate lagi masa ni.

Lepas dapat result tu,lepak kejap dengan kawan aku 2 orang ni Nor & Nani-Aku & Nani sama aggregate,Nor pulak dapat 12.Lepas lepak kejap dengan diorang aku pergi cari laki aku,nak tau apa yang dia dapat.Dah jumpa dia dah tau result dia,aku nak balik cepat-cepat.Nak tunjuk kat mak result aku.Zaman ni takde handphone lagi.Lagipun tak surprise la kalau call.Tengok kertas result depan mata barula feel.

Sampai rumah terus tunjuk kat mak,mak peluk aku,sambil nangis...aku ingat lagi apa mak cakap masa ni,aku masih "nampak" scene ni yang terjadi kat dapur......"Akak dah buktikan pada orang-orang yang suka mengumpat tu akak boleh buat"......sedihnya aku.Baru aku tau,tingginya harapan yang mak letakkan kat aku.Mungkin mak rasa penat lelah mak bangun pagi-pagi untuk jual kuih berbaloi. Sedihnya....aku harap aku akan terus dapat mengembirakan mak sampai akhir hayat mak.
Mak....akak saang mak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...