Jumaat, 28 Mac 2014

Dugaan buat passport.

Susahnya nak buat passport...agaknya sebab dah dekat cuti sekolah,tu sebab ramai orang.
First time nak buat tu kitaorang pergi dekat pejabat Glomac Kelana Jaya,masuk kat dalam nak ambik nombor giliran,orang yang jaga kaunter tu kata nombor dah habis,masa tu dalam pukul 10,aku nak menyumpahje time tu,buka sampai pukul 1,tapi pukul 10 nombor dah habis?dia kata UTC bukak sampai malam.so kitaorang pn pergi la ke Pudu,sampai kat sana dalam pukul 11 lebih kot,sampai je nak ambik no,dia kata nombor dah habis!!!Pak guard kata,pukul 2 nanti bukak balik,bagi nombor baru,maka kitaorang pun melangutla kat Pudu tu sampai pukul 2,kul 1lebih kitaorang dah pergi balik kat pejabat tu,bila dia buka balik,dia kata nombor dah habis,dia takkan bukak lagi kalau nombor pagi tadi dah habis.Kitaorang dapat info yang salah dari pak guard tu,memandai dia aje.buang masa betul melangut kat pudu tu.

Minggu berikutnya pulak,pukul 8 kitaorang dah ada kat opis kelana jaya tu,tapppppppppppiiiiiiiiiiiii orang yang dah beratur tu mak  aiiii panjangnya......aku decide untuk pergi Shah Alam,sampai kat Shah Alam tutupla pulak,kat website kata bukak,lagi sekali hampa!!!!ok....ni dah kena tekan butang panik ni...

Kitaorang decided untuk buat kat pudu,pada hari biasa, dan kitaorang decide untuk check in dekat hotel ancasa pudu,supaya pagi-pagi buta tu kitaorang boleh terpacak kat depan opis tu.Makanya check in 4hb tu kat hotel,pukul 8,lepas kitaorang breakfast,kitaorang pun pergi la,tengok-tengok "q" tetap dah panjang,tapi boleh lagila dapat nombor,pergi awal-awal macamtu pun nombor dah corot,kalau nak bertolak dari rumah nak keluar pukul berapa la agaknya....nasib baik ada ancasa hotel kat sini,jadi Mirza boleh menghabiskan masa dalam bilik,abah je yang tunggu no giliran kitaorang naik.

Sekarang siapa-siapa yang nak buat passport dah tak payah ambil gambar kat kedai gambar lagi,buat membazir duit je,sebab diorang takkan guna gambar yang kita bagi tu,sekarang dekat setiap kaunter tu ada kamera,kejap tu jugakla staff kaunter tu tangkap gambar kita,gambar hitam putih.Yang perempuan kena pakai tudung hitam,kalau masa pergi tu tak pakai tudung hitam,diorang akan bagi tudung hitam yang distandbykan untuk pelangganMasa turn Mirza berpeluhla jugak nak suruh dia tengok kamera tu,berapa kali cuba ntah,untuk dapatkan gambar yang menepati standard piawaian diorang.Lepas tu kena tunggu passport siap,oleh sebab dah dekat waktu lunch,terpaksa la kami berkampung lagi dalam UTC tu,tunggu sampai pukul 2 untuk collect passport.
Syukur tak berapa lama tunggu no dipanggil,lega......buat untuk 2 tahun je,sebab takde merancang nak pergi mana-mana lagi.Harga-Adult RM100 Child bawah 12-RM80.
Ok dah boleh pergi Singapore!

Jumaat, 21 Mac 2014

Tak mengenang budi

Semua orang masih diselubungi misteri kehilangan MH370,entah kemana menghilangnya flight ni.
Aku tau perasaan ahli keluarga diaorang yang terlibat dalam flight ni,dah semestinya diorang sedih,hampa,kecewa....dan macam-macam lagi yang aku tak boleh rasa,tapppppppppiiiiiiii tak payah la ko pergi serang bilik media tu,bukannya kerajaan Malaysia tak buat apa-apa,bukannya diorang duduk je tengok tv tunggu update,macam aku.Kerajaan Malaysia dah dan masih berhempas pulas nak menjejak flight ni.Buat kecoh je...ko ingat itu market kat kampung ko ASSOH hoi?Menyampah betul aku scene tu...macam la dalam 1 flight tu semuanya ahli keluarga dia.Keluarga orang lain amanje.
Memang tak mengenang budi,dah orang bagi duduk kat hotel,tanggung semuanya,makan minum bagai,tiket,siap ada kausellor lagiii nak terpekik-terlolong....ko memalukan kaum ko jela!!!aku menyampah.
Aku tertanya-tanya jugak mana dia dapat bahan-bahan untuk  dia buat banner tu? mesti ada "supplier" kan?
Supplier yang nak mengeruhkan keadaan dan yang nak mengambil kesempatan atas kebodohan assoh tu!
Kalau rasa ko tak boleh tunggu kerajaan Malaysia buat kerja,apa kata ko pergi sendiri berenang cari flight tu,Ingat ini kerja senang ke?ingat ini kerja main-main ke?nak cepat la sangat!
Lagi sekali aku nak kata aku menyampah kat puak-puak tu!


Khamis, 20 Mac 2014

Result SPM

Harini ni result SPM keluar...aku dah tempuh moment getir ni berbelas tahun yang lepas.
Mula-mula takut je rasa nak pergi sekolah,tak tau nak expect macamana result.Aku masa ni tengah kerja kat MCKK.Jadi hari tu aku ambil cuti sebab nak amik result.

Alhamdulillah......result yang aku sendiri tak sangka boleh dapat macam tu,walaupun bukan straight A.Tapi zaman aku ni bukan kira berapa A nak dapat.Kira aggregate lagi masa ni.

Lepas dapat result tu,lepak kejap dengan kawan aku 2 orang ni Nor & Nani-Aku & Nani sama aggregate,Nor pulak dapat 12.Lepas lepak kejap dengan diorang aku pergi cari laki aku,nak tau apa yang dia dapat.Dah jumpa dia dah tau result dia,aku nak balik cepat-cepat.Nak tunjuk kat mak result aku.Zaman ni takde handphone lagi.Lagipun tak surprise la kalau call.Tengok kertas result depan mata barula feel.

Sampai rumah terus tunjuk kat mak,mak peluk aku,sambil nangis...aku ingat lagi apa mak cakap masa ni,aku masih "nampak" scene ni yang terjadi kat dapur......"Akak dah buktikan pada orang-orang yang suka mengumpat tu akak boleh buat"......sedihnya aku.Baru aku tau,tingginya harapan yang mak letakkan kat aku.Mungkin mak rasa penat lelah mak bangun pagi-pagi untuk jual kuih berbaloi. Sedihnya....aku harap aku akan terus dapat mengembirakan mak sampai akhir hayat mak.
Mak....akak saang mak.


HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...