Khamis, 12 Disember 2013

Langkawi-HIG

Last entry aku terlupa nak cerita pasal HIG ni.Masa aku dan ahli rombongan bershopping hari ke 2 tu,mula-mula pergi dekat HIG yang kecik + lama,sempitje tempat ni.Nak memilih barang pun kena berlaga bahu dengan orang lain,lagi besar Pasaraya Minat kat Kampar tu.Dalam hati aku berkata "apehal la orang sibuk sangat nak bershopping kat sini".Aku yang kena handle Mirza ni rasa macam issssshhh,geramnya,tak boleh nak memilih barang langsung!Jadi aku pun biarla mak dan yang lain-lain bershopping,dan aku melepak kat luar HIG je.Bila abahnya dah ada baru aku boleh beli barang,itupun sementara aku nak ambil 1 barang tu je pun aku dah dengar suara dia meraung! anak aku ni!maka opahnya umpan dengan Kit Kat baru la dia senyap.
Petang kitaorang keluar balik sebab nak sambung shopping,maka lagi sekali ke Kuah,pusing punya pusing,kitaorang ternampak wisma ke plaza HIG,aku ingatkan bangunan ni untuk pejabat-pajabat,bila dah dekat baru tau itu adalah tempat bershopping a.k.a menghabiskan duit. Plaza ni  baru pastu besar pulak tu,selesa la sikit dari tempat yang lamatu.Dan dia ada HIG hotel jugak!Maka sesiapa yang gila bershopping,bolehla menginap kat hotel ni.Senang..beli-beli pastu hantar bilik,pastu turun balik...shopping lagi.Dalam ni banyak lagi kedai-kedai lain,so selesa la sangat-sangat bershopping kat sini.Luas!sampai ada ahli rombongan yang tak keluar-keluar,orang lain dah pergi meneroka tempat lain dia kat dalam tu lagi,nak kata sakan bershopping,aku tengok takde la banyak barang yang dia beli,ntah kadang-kadang aku tak paham laki aku ni.Apa je yang dibuatnya.
Depan wisma HIG ni ada bazar pulak,lepas habis kat HIG sambung dekat bazar ni,Aku + Has ternampak banner durian crepe,maka kitaorang pun menyerbu la kedai kek tu,membeli beberapa kudapan dan aku teringin nak merasa pavlova,maka aku pun beli.Tapi rasanya agak mengecewakan bagi tekak aku,tekak orang lain aku tak taula.
Kesimpulannya next time bila aku pergi Langkawi lagi,aku dah tau nak tuju tempat bershopping kat mana.
Tak payah berhimpit-himpit kat kedai lama tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...