Selasa, 31 Disember 2013

2013-2014

Dah sampai hujung tahun...
Aku dengan Has mengakhiri 2013 dengan aktiviti mengecat rumah.Bukan satu rumah pun,Aku cuma cat 1 dinding dekat hall,lepas tu balance cat  7liter tu,kitaorang cat bilik belakang.

Hasil kerja dari mengecat ni ok.ok la sangat-( comot ) !tapi cat tu warna dia tak menyerlah la..xmenarik langsung,tapi dah beli nak buat camner kan,takkan nak buang kan aje cat tu.Beli pun tak agak-agak sampai 7liter.Padan muka aku

Nama cat :Federal Paint
Code : 7791 coral
Harga :RM 32-7liter


zamirda

Selasa, 24 Disember 2013

Last weekend


Balik kampung...the main reason aku balik sebab nak pergi kenduri Apit.
And the main reason for Has, nak belanja abah & bawak abah jalan-jalan.Dah dapat bonuskan..kan..kan.

Hari Sabtu
Aku saje beli kek untuk Mirza,saje-saje nak bagi dia tiup lilin,nak bagi dia merasa.Takde nya aku nak buat befday party...tak kuasa..Aku kagum dengan sebilangan besar mak-mak yang gigih buat birthday party untuk anak-anak diorang.Mungkin sebab dari kecil memang aku tak didedahkan dengan benda-benda camni,so aku pun tak heran,lagipun Has pun tak sibuk-sibuk,puhhh...legaaaa.
Harap-harap Mirza tak pandai request untuk celebrate birthday dia..
zamirda punya
Dia suka tiup lilin..macam dah pernah buat je.
zamirda punya
Menyibuk nak potong kek
 Lepas makan kek,akau ajak has pergi gunting rambut.
Selepas 21 tahun....akhirnya aku berambut pendek!
Sejak sekian lamanya aku simpan rambut ni,tapi aku tak tau kenapa kali ni aku tekad potong pendek.
Memikirkan masalah keguguran rambut kot,hasilnya rambut aku paras bahu je...
Balik dari kedai potong rambut tu abang kata aku macam pakai rambut palsu...cehhh.



Hari Ahad
Pergi kenduri apit kat Bidor...Has ikut sekali sebab nak terus balik KL.
Ahli rombongan yang pergi.

Has..kenapa kalau gambar kat rumah orang kawin,has cium anak macam ni?




Isnin, 16 Disember 2013

Rupa-rupanya.....

Pagi semalam aku dengar Suria FM,topik pasal peribahasa-aku baru tau 2 peribahasa yang selalu orang dok guna tu sebenarnya salah.

Harapkan pagar-pagar makan padi-rupa-rupanya harapkan pegar,pegar makan padi.
*Pegar-sejenis burung.

Lagi satu-melepaskan batuk ditangga,yang betulnya melepaskan betuk di tangga.
*Betuk-nama tempurung yang orang dulu-dulu guna untuk basuk kaki sebelum masuk rumah.

Salah rupanya apa yang kita guna selama ini.

Khamis, 12 Disember 2013

Journey to JB

Penatnya......pergi dan balik dalam masa  24jam....
Trip yang tak dirancang,ikut aku,aku nak naikkan mak flight.Senang dan cepat. Sejam dah sampai.
Tiba-tiba Has menghasilkan buah fikiran untuk hantar mak ke JB...drive...dia kata tak yakin nak lepaskan mak sorang-sorang.Ok...cadangan diterima.Aku boleh je,sebab aku memang tengah dalam misi menghabiskan cuti.Aku cuti sampai Selasa,rabu memang Selangor cuti Keputeraan Sultan Selangor.
Pagi Selasa tu aku tengok dia pergi kerja,so aku ingat dia half day,tengok-tengok masa aku dengan mak tengah breakfast dia dah sampai.
So dalam pukul 10.30 kitaorang memulakan perjalanan,dalam kepala aku dah set perjalanan mungkin dalam 5jam.....tapi disebabkan  jammed + kesesatan yang melampau,kitaorang sampai kat rumah Anis lepas 8jam....perghhhhhhhhhhh.Penat nak mampus!!!Dalam meraba-raba kesesatan tu la Mirza nak meragam,agaknya dia pun penat kot!aku tension,semua orang tension,mak pun sampai baring kat belakang.
Co-pilot aku pun dah hilang sabar,last-last surrender.Tunggu Zam suruh Zam ambil.
Kitaorang tunggu dekat perpustakaan Sultan Ismail,library ni dekat dengan showroom Mutiara Motor-Attraction dia-ada kereta kaler hijau kat atas bumbung dia.Has melayan Mirza sempat lagi snap pictures,aku dah tak larat...stay dalam kereta je.
Dah sampai rasa lega,makan and lepastu tidur...esok pagi lepas breakfast gerak balik,sebelum balik Zam bawak kitaorang lalu kat Legoland-lalu je....pastu singgah kat Danga Bay...memenuhkan hajat laki aku,sibuk sangat dengan Danga Bay tu,bukannya ada apapun.
Perjalanan balik,Syukur-5jam je,sebab tak sesat.

Asyik posing background kapal layar,ape kes?

On the way balik-dia dah pengsan

Tempat menunggu-lepas kesesatan yang melampau!

Tu..nampak tak kereta atas bumbung tu?

Meragam


Untuk rekod aku:
Minyak pergi balik-RM 100
Tol Damansara-Skudai RM 45 ada sen....tak ingat dah.
Sila exit Skudai,jangan keluar tol terus je!!!

Langkawi-HIG

Last entry aku terlupa nak cerita pasal HIG ni.Masa aku dan ahli rombongan bershopping hari ke 2 tu,mula-mula pergi dekat HIG yang kecik + lama,sempitje tempat ni.Nak memilih barang pun kena berlaga bahu dengan orang lain,lagi besar Pasaraya Minat kat Kampar tu.Dalam hati aku berkata "apehal la orang sibuk sangat nak bershopping kat sini".Aku yang kena handle Mirza ni rasa macam issssshhh,geramnya,tak boleh nak memilih barang langsung!Jadi aku pun biarla mak dan yang lain-lain bershopping,dan aku melepak kat luar HIG je.Bila abahnya dah ada baru aku boleh beli barang,itupun sementara aku nak ambil 1 barang tu je pun aku dah dengar suara dia meraung! anak aku ni!maka opahnya umpan dengan Kit Kat baru la dia senyap.
Petang kitaorang keluar balik sebab nak sambung shopping,maka lagi sekali ke Kuah,pusing punya pusing,kitaorang ternampak wisma ke plaza HIG,aku ingatkan bangunan ni untuk pejabat-pajabat,bila dah dekat baru tau itu adalah tempat bershopping a.k.a menghabiskan duit. Plaza ni  baru pastu besar pulak tu,selesa la sikit dari tempat yang lamatu.Dan dia ada HIG hotel jugak!Maka sesiapa yang gila bershopping,bolehla menginap kat hotel ni.Senang..beli-beli pastu hantar bilik,pastu turun balik...shopping lagi.Dalam ni banyak lagi kedai-kedai lain,so selesa la sangat-sangat bershopping kat sini.Luas!sampai ada ahli rombongan yang tak keluar-keluar,orang lain dah pergi meneroka tempat lain dia kat dalam tu lagi,nak kata sakan bershopping,aku tengok takde la banyak barang yang dia beli,ntah kadang-kadang aku tak paham laki aku ni.Apa je yang dibuatnya.
Depan wisma HIG ni ada bazar pulak,lepas habis kat HIG sambung dekat bazar ni,Aku + Has ternampak banner durian crepe,maka kitaorang pun menyerbu la kedai kek tu,membeli beberapa kudapan dan aku teringin nak merasa pavlova,maka aku pun beli.Tapi rasanya agak mengecewakan bagi tekak aku,tekak orang lain aku tak taula.
Kesimpulannya next time bila aku pergi Langkawi lagi,aku dah tau nak tuju tempat bershopping kat mana.
Tak payah berhimpit-himpit kat kedai lama tu.

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...