Jumaat, 25 Oktober 2013

Manusia yang pentingkan diri sendiri

Minggu lepas aku ada kursus dekat Desa Pandan,nak drive ke sana memang aku xtau jalannya.
Jadi aku decide untuk menggunakan KTM,parking kat station KTM Kuang,parking sangat lah limited.
Aku rasa yang boleh parking dalam ni tak sampai seratus pun.Ada yang parking kat tepi-tepi jalan,kat kedai-kedai,bersepah orang parking.
Disebabkan parking yang kat dalam ni very limited,akan adalah manusai yang mementingkan diri sendiri.
Hari khamis haritu aku sampai kat KTM Kuang ni dalam pukul 5ptg.Sampai je kat kereta aku tengok xde jalan keluar untuk aku keluar dari parking tu.....disebabkan manusia-manusia yang bodoh+pentingkan diri sendiri dah parking kat laluan keluar,bukan setakat 1 kereta,sampai 4 kereta! memang laluan tu dah ditutup sepenuhnya oleh manusia yang bodoh tu.Bukan aku seorang je masa tu,nasibla ada  kereta lain yang stuck sama,maka berusala kami  bertiga menggunakan kudrat perempuan untuk mentry menolak keretatu,mana tau kot-kot boleh gerak,boleh la kitaorng cuba keluar dari situ.Tapi apakan daya....kereta tu tak bergerak langsung!Aku buat "komplen" kat pejabat KTM tu dia kata dia xboleh buat apa!hampeh!pastu officer tu boleh plak suruh aku "basuh" orang-orang yang bodoh tu..Aikkkk dia ni...aku lempang kang baru tau!!!
Bukan ke ko yang sepatutnya buat kerja tu?ok fine...aku pun blah...dalam hati aku cakap memang kena basuh la manusia bodoh ni..tungguuuu kau!
Tunggu punya tunggu- sampai pukul 7 barula owner-owner kereta ni sampai.....and salah sorang dari diorang je sempat aku basuhkan,agaknya yang lain dah gerun kot,bila tengok few manusia muka tension tengah tunggu dekat kereta diorang.Diorang cepat-cepat jalan terus masuk kereta and blah.Yang minah sorang ni dia sampai je kat kereta aku terus tegur dia,dia melawan pulak tu cuba menerangkan apa yang dia buat tu xsalah!!!!kepala hotak ko!!!tak lama perang mulut,dia malas nak lawan dengan kitaorang yang ramai ni,dia pun blah.
Barula kitaorang boleh keluar,2 jam masa dah terbuang kat situ.
Aku serikkkkkkk,esoknya aku amik parking yang dekat dengan pintu keluar.Nasib aku baik aritu ada banyak parking kosong lagi,sebab ari Jumaat kot.kalau tak sejarah mungkin berulang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...