Trip ni befday gift untuk Has.Nama je gift.Tapi perbelanjaan adalah 50-50.Kopakla aku kalau semua aku yang tanggung.
Kalau dekat and sehari je boleh le kot,ni sampai 2malam.so kena la share.
Day 1
Start journey seawal pukul 8am,kalau tidak aku nak gerak awal lagi,tapi disebabkan hujan rahmat dipagi jumaat-flight delay.Sampai kat Kampar pukul 12.Pergi Taman Awan jumpa mak dulu,kalau jadi apa-apa kat kitaorang,xde le terkilan sangat.Lepak kejap je.Masa yang diperuntukkan adalah 10minit.Say good bye dengan mak,menuju ke rumah abah pulak.Sampai je abah tengah undur kereta nak keluar...Nasib baik sempat tangkap abah,lepas salam-salam dengan abah pergi menziarah arwah mak pulak.Mirza 2nd time datang sini.Masa ajak dia balik,dia merengek tak nak balik.Seronok kot sebab kawasan redup je.Kubur arwah bawah pokok mengkudu tu yang redup je.Dah tu meneruskan perjalanan ke Lumut.
Sampai kat Lumut isi perut dulu,dan juga keluarkan isi dalam perut.Dah makan pergi kat jeti(sebelum tu pergi tandas lagi sekali) and feri dah ada pukul 2.30 nak jalan.Terus beli tiket and naik feri.Harga tiket adalah RM10 pergi balik per adult.
Dah naik feri risau je Mirza buat hal.Lega bila kat dalam feri tu dia ok je.Takde meragam,ada budak-budak yang duduk kat seat belakang tu yang 'tolong' main-main dengan dia.So dia happy la.
Sampai kat pangkor Has cari tandas lagi!Lepas lepaskan hajat dia kitaorang naik van pink.Tambang adalah RM10 one way.
Kejap je dah sampai kat Pasir Bogak .
Hotel : Puteri Bayu Resort
Bilik : Garden Villa
C/in c/out : 23-25aUG 2013
Cost : RM200 per night( guna contract rate-lagi murah dari segala booking online)
Review resort ni :
Nama je villa-indah nama dari rupa je
.Aku tak suka sebab :
1) Keadaan Bilik tak ceria langsung
2) Interior dah berabad-tukar la ikut peredaran zaman.Aku rasa ini interior 15tahun yang lepas kot!
3)Pencahayaan adalah sangat mengecewakan.Ada lampu yang rosak tapi tak direpair.
4)Bilik air kotor & tekanan air rendah-Kalau berak,the next person yang nak berak kena tunggu sejam lepas tu sebab air dalam tanki nak flush tu lambat penuh.Dia turun setitik-setitik!Tension.
5)Sliding door rosak-tak boleh kunci pun!Kalau ada lanun nak merompak kitaorang adalah mangsa yang pertama.
6) Breakfast-biasa je.menu yang sama kat kedai-kedai biasa.Lunch-tak tau sebab lunch dekat luar.
Dinner-Enjoy the candlelight dinner,menu western.
7)Staff-ok
8)Location-good,depan pantai,kira macam yang lepak kat pantai ni penghuni kat hotel ni and hotel sebelah dia (Sandy beach)so tak ramai orang macam kat teluk nipah.Teluk nipah bersepah manusia kat pantai tu.Jalan sikit ada kedai runcit.And malam pulak ada 1 kedai makan melayu yang bukak kat area ni.
9)Persekitaran dia tak dimaintain-rumput panjang-banyak kemuncup lekat kat seluar.+ banyak nyamuk.
Day 2 -Lepas breakfast,bawak Mirza mandi laut.Penakut sangat mamat ni,menangis dia bila ombak datang.kecewa!!!ingat nak bagi dia berendam kat dalam laut,tapi tak boleh la,melekat je dekat abah.Bagi dia masa 15minit-tetap tak ok jugak.ok anak marilah naik ke darat!Dia siap tarik aku pergi jauh-jauh dari pantai.Ishhh..teruk betul!Pastu kitaorang pun masuk bilik mandikan dia dengan air shower and keluar balik nak round-round kat pulau ni.
Has sewa motor-skuter-24jam-RM30 stall dia kat tepi resort ni-kena menapak sikit.Dia isi minyak penuh...apehal isi penuh-penuh,bukan nya pulau ni besar sangat.Sukar untuk memahami makhluk lelaki ni,isi 2henggit pun dah cukup.2 henggit lagi boleh beli air dekat pakcik tak nampak air sarsi tu!huh!Dah pusing pulau ni masuk bilik balik-nak take a nap.
Pukul 5 keluar balik cari makan-pergi makan kat teluk nipah.Gerai-gerai kat sini dah diupgradekan.
Dulu gerai buruk-buruk jela,tapi konsep baru ni tempat duduk terhad sangat.Kat stall dia kitaorang makan nasi goreng,and dek kerana terpukau dengan udang yang besar dalam pinggan display tu,maka kitaorang pun orderla udang tu-masak berempah,Bila sampai je udangnya yang besarnya adalah 2 ekor je.Yang alain udang yang kecik je.(2 besar-udang harimau kot-4 udang kecik)Harga sepinggan kecik udang ni adalah RM20.Lepas makan pergi ronda Kota Belanda pulak.Dah ronda balik ke resort.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Day3-Pergi breakfast-masa breakfast Mirza dah kalut nak pergi swimming pool.Breakfast pun dalam keadaan yang kelam kabut je,dia asyik nak menuju ke swimming pool.Lepas breakfast tu bawak dia jalan-jalan ke pantai and sempat 'mengintai' Sandy- environment dia nampak bersih,tapi tak tau pulak dalam bilik dia macam mana.Ok dah cukup,nak balik dah,balik bilik terus pack barang & check out.
Bye Pangkor!!!
Ini jalan nak balik.Aku takut lupa,tu tempek kat sini.
Perjalanan balik-Simpang 4 yang besar kat Lumut (kot)tu ikut signboard sitiawan,Lepas dari sini layanla sign board-teluk-intan-bidor.Dah atas dari bidor sikit,yang aku pun tak tau kat ceruk mana tempat ni-lalu ladang kelapa sawit,dah dekat dengan tol sungkai,jd aku start masuk highway dari Sungkai.
Total journey 4jam-termasuk berhenti kencing 2 x,isi minyak,makan aiskrim.start pukul 10,sampai rumah dekat-dekat pukul 2.Jimat sejam...Syukur selamat perjalanan pergi and balik.
Esok kerja...penatnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan