Rabu, 28 Ogos 2013

Ganti puasa

Aku dah selamat menggantikan puasa-6 hari.

Dah selesai hutang aku.Syukur....

Isnin, 26 Ogos 2013

Pangkor 230813

Trip ni befday gift untuk Has.Nama je gift.Tapi perbelanjaan adalah 50-50.Kopakla aku kalau semua aku yang tanggung.
Kalau dekat and sehari je boleh le kot,ni sampai 2malam.so kena la share.

Day 1
Start journey seawal pukul 8am,kalau tidak aku nak gerak awal lagi,tapi disebabkan hujan rahmat dipagi jumaat-flight delay.Sampai kat Kampar pukul 12.Pergi Taman Awan jumpa mak dulu,kalau jadi apa-apa kat kitaorang,xde le terkilan sangat.Lepak kejap je.Masa yang diperuntukkan adalah 10minit.Say good bye dengan mak,menuju ke rumah abah pulak.Sampai je abah tengah undur kereta nak keluar...Nasib baik sempat tangkap abah,lepas salam-salam dengan abah pergi menziarah arwah mak pulak.Mirza 2nd time datang sini.Masa ajak dia balik,dia merengek tak nak balik.Seronok kot sebab kawasan redup je.Kubur arwah bawah pokok mengkudu tu yang redup je.Dah tu meneruskan perjalanan ke Lumut.

Sampai kat Lumut isi perut dulu,dan juga keluarkan isi dalam perut.Dah makan pergi kat jeti(sebelum tu pergi tandas lagi sekali) and feri dah ada pukul 2.30 nak jalan.Terus beli tiket and naik feri.Harga tiket adalah RM10 pergi balik per adult.
Dah naik feri risau je Mirza buat hal.Lega bila kat dalam feri tu dia ok je.Takde meragam,ada budak-budak yang duduk kat seat belakang tu yang 'tolong' main-main dengan dia.So dia happy la.
Sampai kat pangkor Has cari tandas lagi!Lepas lepaskan hajat dia kitaorang naik van pink.Tambang adalah RM10 one way.

Kejap je dah sampai kat Pasir Bogak .
Hotel : Puteri Bayu Resort
Bilik  : Garden Villa
C/in c/out : 23-25aUG 2013
Cost  : RM200 per night( guna contract rate-lagi murah dari segala booking online)

Review resort ni :
Nama je villa-indah nama dari rupa je
.Aku tak suka sebab :
1) Keadaan Bilik tak ceria langsung
2) Interior dah berabad-tukar la ikut peredaran zaman.Aku rasa ini interior 15tahun yang lepas kot!
3)Pencahayaan adalah sangat mengecewakan.Ada lampu yang rosak tapi tak direpair.
4)Bilik air kotor & tekanan air rendah-Kalau berak,the next person yang nak berak kena tunggu sejam lepas tu sebab air dalam tanki nak flush tu lambat penuh.Dia turun setitik-setitik!Tension.
5)Sliding door rosak-tak boleh kunci pun!Kalau ada lanun nak merompak kitaorang adalah mangsa yang pertama.
6) Breakfast-biasa je.menu yang sama kat kedai-kedai biasa.Lunch-tak tau sebab lunch dekat luar.
   Dinner-Enjoy the candlelight dinner,menu western.
7)Staff-ok
8)Location-good,depan pantai,kira macam yang lepak kat pantai ni penghuni kat hotel ni and hotel sebelah dia (Sandy beach)so tak ramai orang macam kat teluk nipah.Teluk nipah bersepah manusia kat pantai tu.Jalan sikit ada kedai runcit.And malam pulak ada 1 kedai makan melayu yang bukak kat area ni.
9)Persekitaran dia tak dimaintain-rumput panjang-banyak kemuncup lekat kat seluar.+ banyak nyamuk.

Day 2 -Lepas breakfast,bawak Mirza mandi laut.Penakut sangat mamat ni,menangis dia bila ombak datang.kecewa!!!ingat nak bagi dia berendam kat dalam laut,tapi tak boleh la,melekat je dekat abah.Bagi dia masa 15minit-tetap tak ok jugak.ok anak marilah naik ke darat!Dia siap tarik aku pergi jauh-jauh dari pantai.Ishhh..teruk betul!Pastu kitaorang pun masuk bilik mandikan dia dengan air shower and keluar balik nak round-round kat pulau ni.
Has sewa motor-skuter-24jam-RM30 stall dia kat tepi resort ni-kena menapak sikit.Dia isi minyak penuh...apehal isi penuh-penuh,bukan nya pulau ni besar sangat.Sukar untuk memahami makhluk lelaki ni,isi 2henggit pun dah cukup.2 henggit lagi boleh beli air dekat pakcik tak nampak air sarsi tu!huh!Dah pusing pulau ni masuk bilik balik-nak take a nap.
Pukul 5 keluar balik cari makan-pergi makan kat teluk nipah.Gerai-gerai kat sini dah diupgradekan.
Dulu gerai buruk-buruk jela,tapi konsep baru ni tempat duduk terhad sangat.Kat stall dia kitaorang makan nasi goreng,and dek kerana terpukau dengan udang yang besar dalam pinggan display tu,maka kitaorang pun orderla udang tu-masak berempah,Bila sampai je udangnya yang besarnya adalah 2 ekor je.Yang alain udang yang kecik je.(2 besar-udang harimau kot-4 udang kecik)Harga sepinggan kecik udang ni adalah RM20.Lepas makan pergi ronda Kota Belanda pulak.Dah ronda balik ke resort.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Day3-Pergi breakfast-masa breakfast Mirza dah kalut nak pergi swimming pool.Breakfast pun dalam keadaan yang kelam kabut je,dia asyik nak menuju ke swimming pool.Lepas breakfast tu bawak dia jalan-jalan ke pantai and sempat 'mengintai' Sandy- environment dia nampak bersih,tapi tak tau pulak dalam bilik dia macam mana.Ok dah cukup,nak balik dah,balik bilik terus pack barang & check out.
Bye Pangkor!!!

Ini jalan nak balik.Aku takut lupa,tu tempek kat sini.
Perjalanan balik-Simpang 4 yang besar kat Lumut (kot)tu ikut signboard sitiawan,Lepas dari sini layanla sign board-teluk-intan-bidor.Dah atas dari bidor sikit,yang aku pun tak tau kat ceruk mana tempat ni-lalu ladang kelapa sawit,dah dekat dengan tol sungkai,jd aku start masuk highway dari Sungkai.
Total journey 4jam-termasuk berhenti kencing 2 x,isi minyak,makan aiskrim.start pukul 10,sampai rumah dekat-dekat pukul 2.Jimat sejam...Syukur selamat perjalanan pergi and balik.

Esok kerja...penatnya

Isnin, 19 Ogos 2013

Cerita raya

Ramadhan dah berlalu....syawal pulak menjelma................
Tahun ni aku tinggal puasa 6 hari...nasib baik la hujung-hujung Ramadhan tu tak diserang  "p",kalau tak banyak la kena mengganti.

Raya Pertama:Pagi ni kat rumah has,macam biasa,siapkan breakfast dulu baru siapkan anak and diri sendiri,breakfast tak siap lagi,tengok-tengok Mirza dah siap mandi and pakai baju raya.Abah dah tolong  siapkan dia.Lega....
Lepas breakfast pegi kedai gambar.Hajat K.lin,sebab semua orang ada tahun ni.Lepas kedai gambar pergi beraya dengan mak pulak,terus pergi rumah cu rosli,beraya dengan ayah plak,pastu terus balik kampung jumpa opah pulak...
Petang baru balik rumah has...Lari dari kebiasaan sikit,kalau tak pergi rumah wanchik or ikut rombongan abah,tahun ni ikut rombongan aku plak.
Malam nya plak...abah suruh pergi rumah kak bibah,so kitaorang pun pergi la,kat sana ada mee kari.Boleh tahan gak mee kari dia,sedap,pastu balik taman awan....tido...

Raya Kedua : Mak nak pergi melawat sedara-sedara mak,aku ikutkan aje...Has tak ikut.Aku hantar dia balik rumah dia.Iju pulak bawak uji datang rumah abang awal-awal pagi.Pergi rumah pak ngah(arwah nenek jaga orang ni-ada bau-bau bacang kot)
Pastu pergi rumah makcik mon and pak ripin.Dah...balik...Petang geng batu gajah datang...diorang adik beradik ni memang happening....Malam rehat...

Raya Ketiga : Hari ni pergi rumah ucu tapah plak,ucu masak nasi ayam. rumah ucu ada kolam kecik,Mirza and sepupu2 nya serbu kolam tu...seronok sangat dia main air kolam tu sampai basah baju and banjir rumah ucu...xlarat nak controll dia ni..baru ada sorang,kalau aku anak ramai ntah camner la plak kan.Nak balik cepat!!! lepas makan terus balik,tak boleh nak bergosip lebih-lebih.*Kek yang mira baked tu sedap la,nak mintak tapau...segan!Balik mambang drop kan has kat rumah. aku dengan mak pergi rumah Yang plak,lepas rumah yang pergi rumah nana plak.
Petang aku ajak has pergi rumah Nor....senang la pulak dia setuju,dah lama tak jumpa BF aku tu.Kesian dia.
Kejadian serangan kolam oleh 2 budak kecik



Raya keempat- Balik rumah abah,kak lin nak balik t'ganu dah.K.lin takde,tak best,.K.Lin macam pengganti arwah mak has.Lagi la tawar hati aku nak stay kat rumah abah,tapi stay gak kejap sebab pakcik datang.Has masak special untuk pakcik-ayam masak kurma + udang goreng ( kempunan xdapat makan ) + ikan goreng + papadom.Has punya kurma ayam memang marvellous.


Raya kelima-Tengahari sampai petang sibuk sediakan benda-benda untuk kenduri tahlil malam nanti.Mak buat kenduri tahlil.Katering je...nasib baik...kalau tak penatnya nak masak bagai.
Malam waktu orang makan Mirza sibuk kehulu kehilir-budak ni jarang "jumpa" tanah,dia duduk kat kayangan,tu dia terlebih excited bila jumpa tanah.

Raya keenam-Pagi-pagi bangun dah sibuk siap-siap nak balik sg buloh....cepatnya seminggu berlalu...
Tak puas berjimba kat kampung halaman!!!!Lepas breakfast terus balik....alhamdullilah ...perjalanan balik lancar.Tak sangkut dalam kesesakan.

                                                               Ni gambar raya 2013

*Tengok Mirza-Dia macam tercengang!!haha

Khamis, 8 Ogos 2013

Balik kampung

Has dah start cuti awal 3-18hb,aku start 6hb nanti,tak boleh balik awal pun,sebab pakcik nak datang.
Asraf nak stay kat sini sebab nak practical..
Makanya hari sabtu haritu has n pakcik n asyraf pun pergila mensurvey tempat asyraf nak practical tu.
Bertambah lebam laki aku!!
Petang pulak pergi berbuka kat rumah kak anim....seronok berbuka ramai-ramai ni.Macam-macam ada.
Hari Ahad Has dengan Asyraf pergi lagi survey tempat tu,berapa kali nak pergi survey da!!!
Hari ahad pakcik balik ke SP balik....sunyi balik rumah.Mirza pun sunyi gak.
Isnin aku kerja lagi-lepas kerja terus siap-siap balik kampung.syukur jalan tak sesak langsung,perjalanan kami lancar.Sampai kat rumah abang dalam kul 9malam....sampai-sampai tengok barang-barang dari kulim penuh kat tengah rumah...esok aku ada misi pembersihan rumah.Mesti buat sebelum mak balik.

Hari selasa-sepatutnya aku ada misi kat rumah abah,tapi misi ni direject oleh laki aku.Jadi harini aku ada masa berehat....petang pergi Tesco beli barang-barang nak masak untuk berbuka.konon-kononya,pastu mak kata beli je .yahoo!!! xyah masak lagi!suka!!

Hari rabu-Hari membaking-Kek keju.xsedap!hampeh!






HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...