Isnin, 18 Februari 2013

1tahun 2 bulan

Ini ibu sengaja nak update pasal Mirza...

Dah setahun 2 bulan,Mirza dah start belajar berjalan masa umur 1 tahun 1 minggu.
Sekarang Mirza suka pusing-pusing 1 tempat.Suka sangat memeningkan diri sendiri.
Mirza suka joget-joget.Ibu tengok buruk sangat step yang Mirza buat.Apa-apa je la anak oii....
Tak ada lagi tanda-tanda Mirza nak bercakap.
Ibu cuba nak berhentikan Mirza dari terus mengisap "curut".
Bunyi macam senang,tapi susah sebenarnya.Mirza teramat la bergantung pada "curut" tu untuk melelapkan mata.
Bab makan pulak-nampaknya Mirza dah mula memilih,kadang-kadang 2 tiga suap boleh terima lagi,lepastu suap dia akan luahkan balik.Kadang-kadang makanan tu sempat duduk dalam mulut dia sesaat je,kesian makanan tu...tak sempat dikunyah dah diluahkan balik.
Itu je kot untuk setakat setahun dua bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...