Rabu, 30 November 2022
Sabtu, 19 November 2022
Pilihanraya 2022
Balik kampung untuk election 2022.Ingat balik hari khamis trafik lancar,tapi takye,4jam baru sampai.memang macam nak balik raya dan ini-yang pertama kali tanpa HA.Selalunya HA jadi transporter,hantar mak & aku kat SKDLS,HA pergi ambil K.Lin pulak,settle pickup semua orang,baru HA settlekan untuk diri sendiri.Tahun ni takde dah khidmat HA...
Tahun ni macam tahun sebelum-sebelum ni,pergi awal,senang.tapi tahun ni pergi awal orang beratur dah ramai.tapi proses tak lama beratur,masuk saluran,beratur di saluran tak sampai setengah jam pon dah settelled.
selesai tanggungjawab utk PRU 2022.
Sabtu, 12 November 2022
Anniversary ke 17
HA,Selamat ulangtahun yang ke -17, yang ke 3, tanpa HA di dunia.
Sedih dan pedih...kemana kita akan celebrate ulangtahun kita kalau HA ada lagi?
Aku hanya berdaya mengenang ulangtahun-ulangtahun yang lepas,sebolehnya aku tak nak memori ini hilang dari ingatan.
Isnin, 24 Oktober 2022
Birthday Haziq
Birthday Haziq-dia nak check in,jom ikutkan aje.
Lokasi : Sg Besar: Homestay Kayu Anis
Pagi gerak dari rumah,bawa diorang mandi-manda di MSekin Wonderland.Tempat ni luas,banyak kolam,untuk kanak-kanak rasa ada-2-3 kolam,dan dalam kolam tu pun ada slide,untuk dewasa ada 1 kolam.Selain mandi-mandi ada juga mainan indoor lain yang disediakan.
Tiket masuk masa aku pergi ni RM18-untuk budak-budak,dewasa aku dah lupa.
Satu yang mengecewakan dekat sini,toilet tak diselenggara dan kotor,tong sampah tak disediakan,lampin pakai buang baby ada atas lantai.
Harap-harap akan datang ada penambahbaikan untuk kemudahan yang penting ni.
Biarkan diorang mandi-mandi sampai Zuhur,lepastu isi perut dekat Laman Tebu Aidil,lepastu baru check in.
Homestay ni depan sawah,view cantik,tapi kawasan ni sempit,nak parking pun susah.Masa kami datang ni swimming pool tengah dalam construction.
Lepas ni kalau datang lagi,boleh mandi manda pulak. Malam makan kat chicken rice pulak.Budak birthday ni banyak songeh nya,balik dari Sg Besar,malam tu minta McD pulak...
Langgan:
Catatan (Atom)
HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA
2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...
-
2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baj...
-
Hari raya haji...macam biasa je, makan-makan je,aktiviti menziarah ke rumah opah je.Lepas tu balik rumah abang melepak je. Hari ray...