Khamis, 11 November 2021
PASAL CIK VIVA-KENANGAN 11.11.21
Dah pakai Cik Viva hitam manis 10tahun,bila pakai kereta lama kita boleh belajar...belajar dari kerosakan yang terjadi...
1) Tayar bunyi mengaum macam tayar lori- masalah wheel barring
2) Ada bunyi tok...tok...tok bila corner ada masalah driveshaft-dah tukar tahun 2019
3) Ada bunyi yang tak tau aku nak explain...bila drive dia akan bunyi macam rasa lalu bonggol,lepastu bila naik bukit dia tak boleh pick up.slow je naik bukit.workshop kata gigi gearbox dah tak cengkam,jadi repair benda ni dia charge RM1700.
4) Tak boleh nak pam angin...antara 2 1)pam rosak 2) nut dekat tayar yang rosak,dah sekali cuba tak boleh masuk angin,jangan ko cuba-cuba nak pam jugak,cepat-cepat tutup dan cari kedai tayar terdekat.
5) Penutup apa kebenda kat dalam enjin tu terangkat-mounting absorber rosak.
6) Bila tekan break, pintu tak auto-lock-ada masalah dengan lampu brek.
Al kisah kejadian,sebelum ni bila tayar pancit,bagitau dekat HA,dia akan settlekan bawak pergi kedai,nak tukar tayar ke apa dia yang buat.
Semalam masa nak pergi kerja aku tengok angin sebelah penumpang kurang,lepas isi minyak aku nak isi angin,cuba satu pam tak boleh,cuba lagi satu pam tak boleh jugak,tengok-tengok tayar dah flat.
Aku cuma terfikir untuk call kedai tayar yang dekat office,tapi dia takde pulak service datang untuk tukar tayar. Tengok barang-barang tukar tayar ada,aku cuba sambil tengok youtube. Baru nak jek kereta,ada orang bagi salam,dia tak cakap banyak terus dia sambung kerja-kerja tukar tayar...aku tak nak minta tolong orang, sebab aku tau masing-masing tengah rushing nak pergi kerja.Dia buat sampai selesai,sambil dibantu sikit-sikit office mate aku.
Dia kata dia berenti kat Petronas tu nak beli rokok,nampak aku terbongkok-bongkok,tu dia datang tolong.Alhamdullillah Allah utuskan pertolongan...Lepas selesai,terus pergi kedai tayar dekat office,dan tukar nut tu-RM12.
Kenangan beli Cik Viva-HA suruh tukar kereta auto,dia kata senang,aku tiap-tiap hari hadap jem.Jadi kami pun tukar dari si Kancil ke Cik Viva-beli kereta ni lepas pindah le LB,April 2011 beli kereta ni December 2011 muncul la si MA ke dunia,umur kereta sama dengan umur MA.
Langgan:
Catatan (Atom)
HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA
2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...
-
2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baj...
-
Hari raya haji...macam biasa je, makan-makan je,aktiviti menziarah ke rumah opah je.Lepas tu balik rumah abang melepak je. Hari ray...