5 Dec 2020 -Tahun ni AH 6 tahun,memang aku & HA dah sepakat nak sunatkan dia hujung tahun ni,mula-mula aku tanya dekat klinik yang MA bersunat haritu,senang depan rumah je.Tapi tahun ni klinik tu tak buat pulak,Aku mencari-cari lagi klinik-klinik area yang berdekatan tapi takde jugak,Last sekali aku terfikir PMC,aku call untuk cek,diorang kata ada buat,Proses laser-RM250,so terus aku fix date 3Dec 2020 pukul 8malam,
,AH nampak dah bersedia,tiba-tiba 3Dec tengah hari, PMC call kata tak boleh buat haritu sebab dekat hospital tu ada Covid pulak,frust je rasa...Hari Jumaat aku call balik nak tau boleh buat ke tak,diorang kata ada kosong hari Sabtu pukul 2.45pm.Jadi aku on terus.
Kami pergi berdua je,sebab dekat hospital tu tak boleh ramai-ramai.Sampai-sampai terus daftar terus diorang bawak naik tingkat 1,masuk dalam bilik terus.Aku tengok AH ok je.
Masa bius ada 3-4 kali masa tu dia mengadu sakit nampak dia gelisah.Lepas tu dia nampak ok,tapi dia asyik tanya dah siap ke belum.MO tu kata dia rasa sakit sebab kulit dia melekat.Semua proses aku tengok dari dekat,Masa MA haritu,abah dia ada,abah dia yang duduk dekat dia.Masa AH abah dah takde,aku la yang hadap.Aku tengok alat laser tu potong kulit sampai semua selesai.
Alhamdullilah selesai lagi satu tanggungjawab ibu untuk AH,dia sangat ok dia kata tak sakit.dia jalan pun ok je.Hari Ahad tak sampai 24jam lepas bersunat tu dia dah tak nak duduk diam,berjalan ke sana sini,dia dah tak nak buat kain tergantung tu.Dia kata bosan.Dia kata malam nanti pun dia taknak tidur dekat tilam dia,dia nak tidur tempat biasa dia.Ok lah terima kasih AH sebab tak buat drama.
Terima kasih mak sebab tolong jaga.
Lepas selesai,ada makcik tu tegur dia,makcik tu sedekah kat AH. |
Hari ni je dia boleh duduk diam,esoknya dia dah taknak tergantung. |
Selamba je dia duduk,makan pun tak nak bersuap,dia kata macam budak kecik |