Sabtu, 24 Ogos 2019

Bagan Lalang-Birthday HA





 

Macam biasa birthday kami pergi check in dekat-dekat je.Birthday HA kali ni pergi ke sini.
Ini kali ke 3/4 rasanya check in kat sini,sebab harga dia tak membebankan sangat.Harga apartment 2bilik RM204,ok le tu.Bilik besar & bersih. 
Dari hotel ni boleh jalan kaki je pergi ke kawasan pantai.
Hari Sabtu sampai-sampai tu HA cari makanan ringan dulu,goreng pisang,sengaja tak makan nasi,sebab malam nanti nak makan banyak๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.
Lepas check in berehat sambil makan kudap-kudap, lepas Asar kami pun keluar melepak kat pantai dan cari port parking kat HM Sri Bagan,kami datang awal sebab untuk mengelakkan kekecewaan menungu lama.Sebelum pukul6 kami dah duduk kat situ,pelayan tu kata pukul 6 baru diorang start ambil order.
Ok le kami pun melepak je kat situ melayan angin laut yang boleh buat mata jadi kuyu๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค.
HA order banyak kerang,kerang tu HA& MA je yang hadap,AH kurang,AH makan udang goreng tepung,tapi dia makan tepung je.alahai anak,rugi le macam tu.
Selesai memenuhkan perut kami balik ke hotel dengan kekenyangan.
Pagi kami buat morning walk sambil mencari kedai untuk bersarapan,nampak ada 2-3 kedai je yang buka untuk sarapan,pilihan menu pun tak ada yang menarik,kami makan nasi lemak dengan cucur,sebab nampak macam itu je yang ada.Lepas sarapan bersiar-siar kat pantai menikmati pemandangan waktu pagi disini.




11 Aug2020-Ini sambutan birthday Has yang terakhir๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...