Selasa, 8 Oktober 2019

Selamat Jalan Opah Zainab Alang

8 Oct 2019 Selasa-Opah pergi meninggalkan dunia,meninggalkan harta benda, meninggalkan segala-galanya di dunia.Perjalanan menuju akhirat opah dah bermula.
Semoga amal ibadah opah diterima semuanya dan diampunkan segala dosa.Diringankan dari azab kubur.Amin๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข
Malam tu lepas dapat WA dalam group mak kata suruh standby,aku terus kemas beg,lepas kemas beg masuk tidur tapi tak boleh tidur,perasaan yang sama masa nak lahirkan MA.Rasa sejuk-sejuk. Pukul 12  kot baru dapat tidur.Pukul 3.20 pagi terima panggilan,aku tengok nama nyah yang naik,aku dah dapat agak berita apa yang nak disampaikan.Nyah bagitau opah dah takde.....
Aku terus mandi and bersiap-siap,aku kena pergi office dulu,sebab nak hand over kerja aku dekat boss.Lagipun aku ada 3 booking deadline haritu,kena jugak pergi untuk settlekan.

 Dah siap semua lepas sembahyang Subuh kitaorang terus memulakan perjalanan,sampai dalam pukul 8.30. Ramai yang dah ada,cuma Anis & abg je lambat sebab diorang jauh.
Aku sampai,terus tukar baju ambil wudhuk dan terus baca Yassin.Sambil-sambil baca Yassin tengok muka opah,lepas ni dah takde dah orang yang aku panggil opah.Tak lama lepas tu,geng pengurusan jenazah sampai,siap-siapkan untuk mandi....aku dapat mandikan opah masa opah dah tak bernyawa,Mak & nyah dapat peluang mandikan opah masa ada hayat opah.
Dah siap mandi...masa untuk dikapankan....last dah nak tengok muka opah,lepas ni tinggal kenangan je semua.Semua orang cium opah untuk kali terakhir...aku panggil MA & HA untuk cium onyang diorang. opah dikapankan dan dibawa ke surau untuk disembahyangkan.

Lepas tu proses untuk pengebumian pulak....sebelum Zuhur dah settled.Malam mak buat tahlil,mak kata mak buat untuk 3malam.Aku tak dapat tunggu untuk 3 malam,malam pertama je kitaorang ada.
Hari Rabu lepas Zuhur kitaorang balik sini meneruskan perjalanan dan urusan didunia ini.

Selamat jalan opah....moga kita berjumpa semula di syurga......

Mat Affan & onyang.Ada video opah tengah melayan Mat Appan tapi aku dah terdelete.

Tahlil malam ke-3


Opah "berjiran" dengan opah cina & atuk








Sabtu, 24 Ogos 2019

Bagan Lalang-Birthday HA





 

Macam biasa birthday kami pergi check in dekat-dekat je.Birthday HA kali ni pergi ke sini.
Ini kali ke 3/4 rasanya check in kat sini,sebab harga dia tak membebankan sangat.Harga apartment 2bilik RM204,ok le tu.Bilik besar & bersih. 
Dari hotel ni boleh jalan kaki je pergi ke kawasan pantai.
Hari Sabtu sampai-sampai tu HA cari makanan ringan dulu,goreng pisang,sengaja tak makan nasi,sebab malam nanti nak makan banyak๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.
Lepas check in berehat sambil makan kudap-kudap, lepas Asar kami pun keluar melepak kat pantai dan cari port parking kat HM Sri Bagan,kami datang awal sebab untuk mengelakkan kekecewaan menungu lama.Sebelum pukul6 kami dah duduk kat situ,pelayan tu kata pukul 6 baru diorang start ambil order.
Ok le kami pun melepak je kat situ melayan angin laut yang boleh buat mata jadi kuyu๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค๐Ÿ’ค.
HA order banyak kerang,kerang tu HA& MA je yang hadap,AH kurang,AH makan udang goreng tepung,tapi dia makan tepung je.alahai anak,rugi le macam tu.
Selesai memenuhkan perut kami balik ke hotel dengan kekenyangan.
Pagi kami buat morning walk sambil mencari kedai untuk bersarapan,nampak ada 2-3 kedai je yang buka untuk sarapan,pilihan menu pun tak ada yang menarik,kami makan nasi lemak dengan cucur,sebab nampak macam itu je yang ada.Lepas sarapan bersiar-siar kat pantai menikmati pemandangan waktu pagi disini.




11 Aug2020-Ini sambutan birthday Has yang terakhir๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA

2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...