Sabtu, 4 Ogos 2018
Masa untuk bertukar
Masa balik raya-
Tukar tayar belakang belah penumpang-sebab tayar dah koyak,nasib baik la ipar aku perasan,kalau tak kalau jadi apa-apa dekat highway dah berganda-ganda susahnya.
Tukar dekat kedai mambang-Tayar Silverstone-RM145
6 July-Masa untuk tukar specs untuk kesekian kalinya,entah dah tak terkira berapa kali tukar.
Buat dekat kedai biasa dalam The Store.
Kali ni katanya power aku turun belah kiri 675 kanan 750 dan silau 075.
Harga pulak RM500.
4 Aug- .Masa untuk tukar bateri kereta pulak,2-3 hari sebelum kejadian aku dah perasan bunyi bateri yang dah weak,tapi lenjan jugak lagi,sampai la malam Sabtu tu memang tujuan keluar untuk cari bateri,tapi kedai semua dah tutup,tak dapat la nak tukar,on the way balik singgah beli burger kat gerai tepi jalan,matikan enjin sebab masa menunggu tu lama.Burger dah sampai,nak start kereta dah tak boleh,HA pergi workshop yang tak jauh dari situ,dia kata dia takde bateri.Cari bateriku.com pun tak dapat membantu sebab diorang punya orang available lepas pukul 11pm je.HA jumpa no phone kedai dekat SU yang ada servis 24jam-orang tu pun kata ok boleh datang,lega..sementara tunggu orang tu datang melepak la kami dalam kedai makan tu,makan burger tadi.Tak lama lepastu orang tu pun sampai dan proses menukar bateri berjalan dengan lancar.Dia kata bateri tak charge mungkin sebab ada problem dengan belt.(Aku tak tau -aku dengar belt ke bar ke) dia suruh bawak ke workshop.
Ok terima kasih en pomen,atas service.Bateri lama baru tukar setahun yang lepas takkan cepat sangat,selalu aku guna lebih dari setahun.
Alhamdullillah Allah permudahkan semuanya.Aku takut kalau kereta breakdown bila aku tengah drive sorang-sorang.
Langgan:
Catatan (Atom)
HARI TERAKHIR DI SEKOLAH RENDAH AGAMA
2023/2024- Dah berakhir dah zaman sekolah rendah untuk anak sulung ibu....Dunia baru lepas ni melangkah ke sekolah menengah.Ibu harapkan kej...
-
2Jun-Petang tu macam biasa-aku sibuk dengan tugas harian aku.Cuma hari tu aku tak masak sebab HA kata berbuka kat luar.Jadi aku mengiron baj...
-
Hari raya haji...macam biasa je, makan-makan je,aktiviti menziarah ke rumah opah je.Lepas tu balik rumah abang melepak je. Hari ray...