Tahun ni menyambut ulangtahun kelahiran di Fuga Village,Melaka.
Best tempat ni sunyi je.selalu pergi Melaka masuk town,tapi kali ni mencari kelainan pergi tempat yang kitaorang tak pernah sampai.Jadi sampailah kami anak beranak ke Pengkalan Balak.
Chalet kat sini tak banyak,tak sampai sepuluh pun,jadi tu sebab sunyi je.
Owner bukan orang tempatan,tak tau dari mana.macamana dia boleh terjebak buat chalet kat sini tak pulak aku terpikir nak tanya.
Kitaorang ambil 1 chalet- boleh la anak kecik-kecik lagi boleh semua orang tidur atas 1 katil.Dalam bilik pulak takde tv,kalau nak tengok tv pergi tengok dekat "lobi" dia.
Tak ada apa sangat aktivit dekat sini,lepak-lepak kat pantai,lepak-lepak kat bilik pastu lepak-lepak makan.Tu je la aktivitinya.Ohh ada lagi satu,sebelah chalet ni ada pusat konservasi penyu,jadi kami pun melawat penyu yang bermaustatin dekat situ.
Dekat dalam Fuga ni ada swimming pool,tapi masa kami datang swiming pool tak boleh digunakan,jadi budak berdua ni berlari kesana-sini dalam kawasan ni,ada masa melepak kat swimming pool tu.Risau je aku si AH terjun masuk dalam swimming pool tu.
Tengok aktiviti diorang. Sampai sini je cerita kat Pengkalan Balak.
*Ada ternampak satu chalet yang menarik-Kg Pinang sebatang.mungkin next time.
Apa la yang difikirkan |
Dah bertukar posisi |
Ada peti ais kecik,ada kettle,ada coffee |
Sibuk nak interframe |
Model toilet bowl |
Aktiviti berjemur |
Budak ni penakut sikit,makanya dia layan ombak je. |
Dah main pasir pulak |